Wednesday, July 16, 2008

Nonsense...

Nonsense #1 : Debat

Aku malas nak ulas pasal debat ni...pasal dah ramai ulas...aku tonton jugak la dah pasal kang kalau tak tengok sampai tak tahu apa yang diorang debatkan pulak...

Masalahnya siapa untung dari debat tu? Pada aku pentadbiran Pak Lah terlalu lemah..itu lah punca minyak naik mendadak...

Memang tak dinafikan harga minyak di pasaran dunia naik teruk..tapi andai kata matawang Ringgit terus ditambat mengikut cara Tun Mahathir dulu...rasanya kita takkan terapung teruk macam negara lain jugak...maybe naik la jugak harga minyak..tapi tidak la mendadak...apa yang Anwar cadangkan ada benar dan ada tak benarnya...benar pasal memang boleh ambik duit untuk tampung subsidi..tak benar pasal sampai bila kita boleh bertahan dengan duit yang nak ditampung tu...adakah untuk keselesaan kita hari ni maka masa depan anak cucu kita terpaksa digadaikan...???

Tapi yang paling penting ialah....nama Tun Mahathir menjadi juara dalam debat semalam...secara directnya Shabery Cheek terpaksa menyebut tentang kebijaksanaan Tun Mahathir dalam menjana ekonomi Malaysia dan kejayaan Petronas...Hidup Tun Mahathir!!!

Lain-lain point dalam debat tu...nonsense...


Nonsense #2 : Hari Tanpa Belanja

Hari ni ialah 16 Julai 2008...Ingat lagi posting aku pasal Hari Tanpa Belanja ni??

Aku pun dah lupa sebenarnya...tadi tengok Buletin 1.30 baru ada..then teringat...tiba-tiba wife aku kata hari ni lah pulak satu pagi saja aku dah belanja banyak...

Apa tak nya...hari ni ialah hari aku kena bawak isteri aku untuk routine check for pregnancy...Hospital tu pulak kat Jitra (Pusat Rawatan dan Bersalin Mahsuri)...so ini senarai belanja aku hari ni :

- Beri wang saku belanja sekolah untuk anak-anak aku dua orang tu
- Isi petrol kereta aku untuk membolehkan aku sampai ke Jitra
- Bayar harga pemeriksaan kat Pusat Rawatan tu
- Makan bersama isteri aku (takkan nak berlapar..nak balik rumah pun 40 minit jugak)

Itu semua belum masuk bil elektrik dan air untuk hari ni...Baju tetap kena basuh...kipas tetap kena pasang..nasib baik hujan so tak payah pasang air-cond rumah...

Itu belanja sampai waktu ni...sampai malam nanti tak tau lagi ya..


Tadi kat Buletin 1.30 aku tengok la geng-geng FOMCA dok edar risalah semalam pasal Hari Tanpa Belanja...then ada footage yang disediakan oleh TV3..aku tengok dia tunjuk orang shopping...

Soalan aku...adakah Hari Tanpa Belanja ni hanya untuk memberhentikan tabiat shopping sahaja??? Kalau yang tu..AKU DAH LAMA TAK SHOPPING!!...sejak minyak naik aku hanya membeli barangan keperluan rumah sahaja...makanan, barangan dapur, barangan keperluan asas yang lain...ada tak ada pun aku beli barang-barang baby saja...tu pun hanya yang penting...

So apa asasnya Hari Tanpa Belanja?? Nonsense...

Kesimpulannya...negara di ambang kehancuran bila orang yang tidak selayaknya berada si satu kedudukan tetapi tidak sedar tentang ke'bangang'an dirinya...malahan asyik tidur pulak tu!!...err...mana dia tak dengar cerita sangat sekarang ye...sedang bercuti mungkin??...apa nak dikata...

2 comments:

SYARIENARIFEN said...

ARI NI TAK G MANE2..DOK UMAH JERK..
SO TAK KUAR DUIT...
TP...PC TETAP ON..KIPAS ON..
AIR GUNE GAK..
SUME2 TU TETAP JLN..
SHOPPING?TAKDE...ZERO..
SBB?DUIT TAKDE...
SBB?TAK KEJE LG..
ADUHH...NEK BOSAN DH NIH..

*UNKEL, ADE KEJE KOSONG TAK?

cookey said...

hari tanpa belanja...even dok umah tak pasang pc, tak pasang kipas, peti ais..bla..bla..bla..
tapi sewa rumah satu hari tetap dikira blanja..hum..camtu, kene duduk dalam gua...