Abah : Ada benda nak tanya sikit...
Aku : Apa dia Abah?
Abah : Ada orang kata, sebab lintah tu binatang yang tak boleh kita makan, maka tak boleh makan duit hasil jualan lintah tu, betui ka?
Aku : Ish...mengarut la...takkan macam tu...macam-macam benda orang jual la ni..ada yang kutip sampah jual...ada jual cacing...tu orang yang bukak kedai pet, jual kucing, hamster segala tu..takkan tak boleh makan hasil duit tu...
Abah : Tu la...masalahnya ada orang kita dok habaq lagu tu...tolong la tanya sat kat ***** tentang hal ni....apa fatwa dia...
Aku : Boleh..takpa nanti nak tanya...
Ok...untuk pengetahuan anda semua..abah aku sekarang menceburi bidang baru..membela lintah...aku rasa ramai jugak yang tahu tentang benda ni...dah ramai join...
Abah aku ni dah tua...umur 71...pencen cikgu...kemudian bawak van budak sekolah...then berhenti...then buat perusahaan Cucuq Badak (Frozen) kat rumah dengan mak aku..sampai sekarang...so now dia diversify lagi dengan membela lintah...
Pada aku, aku bangga dengan abah aku..pasai pada usia dia la ni...dengan pencen..dia boleh rileks saja...tapi dia tak mau dan terus bekerja....
Masalahnya...sesetengah orang Melayu kita ni...kenapa suka nak menjahanamkan orang???
Sepatutnya kita rasa tertarik nak tiru orang yang lebih berusia dari kita..tak duduk saj tapi terus bekerja...instead of that kita cari jalan nak jatuhkan apa yang bangsa kita buat....
Kalau ada orang Melayu bukak kedai runcit...kita akan berkira dengan dia walaupun sepuluh sen....walhal kita tak tau..kedai dia lebih dekat dari rumah kita..so jimat petrol!!
Asal nampak orang Melayu kaya sikit..pakai kereta besar..terus tuduh..tu kroni la..makan rasuah la...penipu la...selagi tak dak bukti jangan cakap macam tu..FITNAH!!Maybe dia kaya..mak bapak dia kaya..
Lepas tu suka pulak sebarkan berita ala-ala yang abah aku bagitau tu...kenapa tidak kita ramai-ramai saja bangunkan ekonomi Melayu/Islam kita ni...
Sama la macam Nik Aziz...dah elok PAS dan UMNO bermuzakarah untuk perpaduan Islam/Melayu yang makin tertindas...dia dok marah pulak...masih nak pertahankan Pakatan dia tu..walhal dalam Pakatan tu ada satu Parti yang terang-terang menolak Islam...
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu pemimpin parti itu menghentikan segera usaha mengadakan muzakarah dengan Umno.Inilah sikap sesetengah orang Melayu yang perlu sangat-sangat diubah....kalau kita tak boleh ubah benda ni..jangan harap kita boleh maju sampai bila-bila...
Menteri Besar Kelantan itu berkata, ini kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan ahli parti dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Ingatlah..Allah berpesan :
"Dan persiap-sediakan diri kamu dengan apa yang kamu termampu untuk menghadapi mereka (musuh Allah) dari segi kekuatan.."Bermaksud bukan Allah suruh kita dengkikan diorang...tetapi berusaha untuk bersaing dengan diorang....
Ubah la sikap ni...kalau masih ada di kalangan kita yang macam ni...alamatnya takkan ke mana la Melayu...apa nak dikata....
No comments:
Post a Comment