Thursday, July 31, 2008

Antara Permatang Pauh dan Kekal Dalam PR

Terkejut jugak dengan episod drama terkini ni...

Wan Azizah umum letak jawatan Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, pengundurannya itu bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya kecil.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Anwar di ibu pejabat parti itu di sini.
-sumber
Begitulah kasihnya isteri terhadap suami...meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen...malahan ketua pembangkang pulak tu, bagi membolehkan suaminya bertanding..

Keputusan terbaik untuk negara - Wan Azizah
Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Thu | Jul 31, 08 | 4:55:03 pm MYT

Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti KeADILan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Dato' Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin.

Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.

Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.

Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak mencapai kemerdekaan.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran.

Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala-nyala dan membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kenegaraan.

Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengurusi Yayasan Aman.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008.

Masa depan negara kita bergantung kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk anda pada masa depan seikhlas mungkin.

DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

31 JULAI 2008
PETALING JAYA, MALAYSIA
Permatang Pauh memang kubu kuat diorang..aku cakap betul ni..alang-alang calon pasti akan kalah..Wan Azizah pun menang, apatah lagi Anwar...

Ironiknya duduk dalam negeri Pulau Pinang (negeri aku tu!!)...negeri Perdana Menteri kita Pak Lah yang jatuh ke tangan DAP/PKR/PAS baru-baru ni...so..kita tunggu sajalah...

Lagi satu ialah pasal ni...

Pas putus tiada kerjasama dengan Umno

KUALA LUMPUR: Pas hari ini memutuskan tiada sebarang kerjasama atau perkongsian kuasa antara parti itu dengan Umno sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan demikian selepas jawatankuasa khas Pas Pusat mengadakan perbincangannya pagi ini.

Bagaimanapun beliau berkata, parti itu memutuskan akan mengadakan pertemuan dengan Umno dalam apa sekalipun istilah yang digunakan sama ada muqabalah atau muzakarah demi kepentingan Islam dan orang Melayu.
-sumber

Pas jamin kekal dalam Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pas hari ini menegaskan untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat dengan memberi peranan lebih aktif membela sesiapa saja yang dizalimi termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengumumkan demikian, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pendirian Pas ialah isu Anwar berhubung tuduhan liwat terhadapnya perlu dirujuk ke Mahkamah Syariah.
-sumber

So akan kekal lah PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP...

Aku teringat kepada syarat Nik Aziz semalam...kalau nak kerjasama dengan UMNO, syaratnya UMNO kena setuju laksanakan Hudud dan Qisas...

Adakah PKR dan DAP dah setuju syarat Hudud dan Qisas tu???Hehe..tu pasal aku kata aku hilang respek pada Nik Aziz ni...Kalau dengan Melayu (UMNO) letak syarat bukan main...sekali bila dengan bukan Melayu (PKR dan DAP)..semua lentok leher...

Itulah Parti Islam SeMalaysia...korang fikir lah sejauh mana 'Islam' diorang kalau boleh main-main macam tu saja...

Namun akan ada yang mempertahankan semua statement yang keluar dari Nik Aziz..konon ulamak harus difahami cara ulamak jugak...deyyyy....pigi dah!!!!...macam tu ka ulamak...apa nak dikata...

No comments: