Wednesday, September 17, 2008

Antara 17 Ramadhan dan 'Asyarah Al-Awakhir...

Hari ni 17 Ramadhan...agak terlewat posting aku ni sebenarnya, tapi tak pa la...bukan apa..terleka dengan 16 September urusan lain...hehe...

17 Ramadhan ialah Nuzul Quran...maknanya hari Al-Quran diturunkan...tapi bukankah Al-Quran menyatakan bahawa Kitab Suci itu diturunkan pada Lailatul Qadar, dan malam Al-Qadr tu pulak tak diketahui bila?

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar
- Al-Qadr Ayat 1

Memang kita tak tahu bila Lailatul Qadr..cuma berdasarkan beberapa hadis dari Rasulullah SAW, Baginda pernah menyebut ianya pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan Kareem ('Asyarah Al-Awakhir)...dan ianya dikecilkan fokus kepada malam-malam ganjil...maknanya malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29 lah...

Tapi bukanlah tanggungjawab kita manusia untuk memilih beribadat...bila Allah dah bagi kemudahan yang begitu banyak dalam Ramadhan ni, sepatutnya kita gunakan tanpa mengira siang atau malam, ganjil atau genap, penghujung atau permulaan...

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
- Al-Baqarah Ayat 186

Ini janji Allah...Dia amat hampir dengan kita dalam bulan Ramadhan...maka kita gunakan peluang mendekatkan diri dengan lebih baik lagi...

Satu peristiwa berkaitan 17 Ramadhan jugak ialah Peperangan Badar Al-Kubra...peperangan pertama di dalam Islam...

Bayangkan betapa umat Islam ketika itu dengan fasiliti peperangan yang tidak seberapa, tidak pernah berperang, diperintahkan berperang oleh Allah SWT di dalam bulan puasa....

Peristiwa ini memberikan satu pengajaran yang amat besar...iaitu puasa bukan sebab untuk kita menyatakan kita letih...alangkan menggalas senjata kali pertama pun pada Ramadhan, inikan pulak tugasan seharian kita...

Satu pengajaran yang aku sendiri ambil dari berlakunya Peperangan Badar pada bulan Ramadhan ialah apa yang baru-baru ini berlaku dalam negara kita Malaysia...

Jika satu ketika umat Islam pernah di arahkan berperang menentang Kuffar Quraisy ketika berpuasa, umat Islam Malaysia jugak tahun ini menerima cabaran yang lebih kurang sama...musuh Islam (yang bertopengkan nama Islam) cuba untuk menjahanamkan kemakmuran negara dan kestabilan politik...makanya menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memerangi anasir ini...

Alhamdulillah apa yang diwar-warkan tidak menjadi, bahkan pelbagai alasan dan cara (trick) lain pulak yang didatangkan...tapi itu semua tak menghalang sebahagian manusia untuk terus menganut fahaman yang sama...masih terbelenggu dengan kepercayaan...yang syok tu...dia kata kita ni jumud tak mau bukak mata...yang dia dok kena tipu memanjang tu apa???hehe...

Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh ujian...Ujian Lapar, Ujian Sabar, Ujian Cari Duit nak Raya dan segala macam ujian lagi...

Jadi apa jugak yang melanda diri kita, itu ialah ujian...dan ingatlah perkataan ujian itu sendiri bertujuan menjadikan kita lebih baik...macam anak-anak kita ujian kat sekolah, untuk bagi jadi pandai lagi la kan...

So kita kena redha dan terima segala ujian tu...harungi...dan selesaikan dengan cara yang elok..pelan2...jangan gopoh-gopoh...

Bincang dengan orang lain apa cara kita nak selesaikan..dan kena ingat...two wrongs doesn't make one right...jangan selesaikan masalah dengan masalah yang lain...kalau tak boleh selesai jugak...kembalilah kepada Allah SWT...apa nak dikata...

2 comments:

FareeNi said...

Tq uncle.. slalu share benda² yang bermanfaat. Betul tuh.. ujian kita kat dunia ni sama jugak macam ujian masa sekolah.. kita diuji bukan untuk disusahkan.. tapi untuk menguatkan lagi iman dan diri kita..

Suria Azhar said...

woii...perli aku ke?..;P