Friday, September 12, 2008

C'mon Pak Lah, Tunggu Apa Lagi?

Bermula dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak Pak Lah supaya meletakkan jawatan, dengan alasan pertengahan 2010 tu terlalu lama dan UMNO serta BN perlu diselamatkan segera...kini semakin ramai berani...

Datuk Seri Najib Tun Razak pulak kata sebarang pelan peralihan kuasa sepatutnya ditentukan oleh mesyuarat Bahagian UMNO...maknanya akan dibawa usul ke dalam Perhimpunan Agong UMNO Disember ni la...

Hari ni Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pulak bercakap...
“Pendapat seorang atau dua pihak bukan penentu sebenar. Kalau suara datang dari akar umbi, tidak kiralah apa Majlis Tertinggi (MT) atau pucuk pimpinan cakap, tetap kena dengar suara mereka di bawah,”
Tu belum kita tengok pendapat rata-rata pemimpin UMNO berkenaan ura-ura kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam UMNO...

- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kepulangan Tun Dr. Mahathir ke pangkuan UMNO akan meningkatkan perpaduan ahli parti. Beliau yang mengalu-alukan keputusan tersebut turut menjelaskan UMNO tidak mempunyai masalah untuk menerima semula negarawan itu. "Langkah yang diambil Tun Dr. Mahathir juga akan memperkuatkan UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

- Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Sepedas mana pun pandangan beliau kepada UMNO sebelum ini, ia sebenarnya pandangan yang ikhlas. Pendapat Tun Dr. Mahathir sebagai bekas presiden parti tentu lebih bernilai dan mempunyai kredibiliti jika beliau berada dalam UMNO.”

- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menyatakan komitmennya untuk mencadangkan kepada MT UMNO supaya menerima semula Tun Dr. Mahathir. "Kalau tidak ada orang yang menerimanya dalam mesyuarat MT nanti, saya sebagai ahli MT akan cadangkan kita terima". Sementara itu, Mohamad mahu kemasukan Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO dibuat dengan telus tanpa mengenakan sebarang syarat.

dan ramai lagi sebenarnya...

So Pak Lah...masih mau menurut nasihat anak dan menantu anda kah?

Jangan sampai peralihan kuasa menjadi rampasan kuasa..masa tu tak boleh nak cakap apa la..Thaksin Shinawatra pun cabut lari...apa nak dikata...

1 comment:

apisfires said...

najib ni susah sikit la...
play safe aje...
macam mana nak menang...
main la serang cara arsene wenger...
tol tak pakcik...
berani amik risio beb...
jika dah menang, cari la menteri muda...
jangan muda belaka macam wenger tu...
amik la tua sikit sebagai pengalaman...