Blog ini ditulis oleh seorang yang menggelarkan dirinya Ahmad Anon(ymous)...
I’m Ahmad Anon(ymous), 48, from Kelantan in Malaysia. You can call me “Ahmad” or “Mat” or “Mart”. And there’s nothing to stop you from calling me nasty names either; although I hope that you won’t. Or to mock, scorn or condemn what I had written above and elsewhere, should you be harbouring bitter experiences from your unfortunate relationship or contact with someone else who was a drug abuser. Your comments won’t be deleted just because you were nasty towards me.yaa..betul...dia seorang bekas penagih...yang pernah ditahan dipenjara dan pusat serenti...
Maha Penyayang Allah yang telah memberikan hidayahNya kepada beliau, dan beliau kini berkongsi bersama kita pengalaman dan pengetahuan beliau...
Banyak yang aku sendiri belajar dari blog beliau sepanjang aku baca tadi...pada aku satu blog yang sewajarnya mendapat perhatian ramai pihak...
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
5 comments:
En. Azhar,
Saya terjumpa blog saudara bila linknya keluar dalam "link" blog Wordpress saya.
Terima kasih dengan kata-kata saudara. Memang benar kata-kata Ahirudin (Rocky's Bru) yang ada menyebut "magical Ramadhan".
Tapi saya tak menyangka langsung bahawa pada hari yang sama, saya akan di temukan dengan begitu ramai orang... Dan mereka macam juga saudara - begitu murah hati untuk memberi kata-kata semangat.
Percayalah, kerap-kali kata-kata begini jauh lebih berharga dari wang - walaupun wang komoditi yang amat perlu.
Kata-kata beginilah yang boleh bangkitkan semangat yang mula pudar, kebimbangan, kurang keyakinan, kesunyian...
Moga-moga Allah akan beri balasan yang setimpalnya kepada saudara dan keluarga. Saya telah hilang banyak perkara, dan saya tak mahu orang lain turut derita perkara yang sama.
Jagalah diri dan beri keutamaan kepada ibu-bapa, anak-anak, isteri & adik-beradik.
Terima Kasih, En. Azhar.
woww...ayat2 dia..menenangkan betul..
i wish semua org dlm dunia ni sentiasa berkata benda2 yg baik2 cmni..tiada lg kata mengata..kutuk mengutuk..hhmm..too good to be true ek?..
Saya jadi curious dengan diri saudara ... gambar saudara, ada `satu aura'.
Saya nampak saudara "muka cerah", menunjukkan "seorang yang happy & contented", seorang yang betul-betul syukur dengan rahmat Allah ke atas dirinya (Ini lain dari setakat ucap "alhamdulillah" lepas sembahyang, tapi HATI tidak kata/rasa gini. Saya macam ni dulu, tak bersyukur ... akhirnya, Allah telah ambil balik hampir semuanya).
By the way, saya juga agak biasa dengan Perlis ni. Sebenarnya, dulu saya berasal dari Kedah: Emak Alor Star, bapa Binjai, Asun. Saya juga pernah kerja macam saudara - "government"...
Wassalam.
@suria
Saya takut jadi `perasan' pulak, tapi adakah saudara/saudari maksudkan saya di sini?
Kalaulah saya, kata-kata yang kat blog saya tu ke? Kalau kat situ, saya jujur dan ikhlas nak nyatakan ... sesiapa saja boleh buat/tulis/cakap macam tu bila bertafakur; mengikut apa dan cara saya belajar dari Narcotics Anonymous (NA).
Ini, bila difikir balik, datang dengan Bantuan Allah, walaupun pada masa mulanya saya tak nampak macam tu. "Kena masuk penjara 3 bulan", lepas tu "mahkamah hantar pulak ke pusat 2 tahun" (saya boleh balik selepas 13 bulan, sebab `tak buat kacau').
Bila kita redha, kita nampak. Saudara, sebenarnya pengalaman saya di Pusat Serenti Gambang tu adalah antara yang terpenting dan yang paling manis dalam hidup saya! Tak kurang penting dari saya masuk college, uni dulu. Siapa boleh jangka dan sangka?? Ini KUASA TUHAN.
Saya belajar prinsip-prinsip NA... Dulu (dan sekarang pun), saya ni ego, mudah marah, angkuh. Pernah ajak ketua jabatan bertumbuk, walaupun saya ni kurus (dia pun kurus jugak). Itu semasa TAK relapse menagih dadah semula!... bila menagih, bertambah teruk lagi.
TAPI, bila saya dalam keadaan begini, sekarang ni saya cepat-cepat ingat ajaran NA. Bila menulis kat blog tu, saya akan cuba untuk "merendah diri" sebelum buat apa-apa.
Salah satunya ialah, Tumpu kepada kesalahan diri sendiri saja, dan tidak campur-aduk dengan kesalahan dan kelemahan orang lain.
Sebab, kita tak dapat buat apa-apa sebenarnya untuk ubah orang lain. Tapi, kita boleh ubah dan kawal diri sendiri.
Bila buat begini, akan jadi rendah diri; sedar diri.
Tapi, saya tak mengaku bahawa saya sekarang "dah baik", "dah insaf", "dah pulih 100%", "dah sempurna".
Kadang-kadang sifat-sifat tak elok saya ni muncul - payah nak hapuskan 100%. Saya cuma boleh harap dan mintak dengan Tuhan, bila berlaku macam ni, supaya cepat-cepat saya "boleh teringat" prinsip-prinsip NA untuk kawal diri dan perasaan.
anda telah salah faham dgn ayat2 saya...
"too good to be true" yg saya maksudkan di sini ialah harapan saya supaya semua org di dunia ini berkata2 dgn baik dan tulus spt anda..sekian...
Post a Comment