Tuesday, September 9, 2008

Antara Ramadhan dan Kesedaran Umat...

Pagi ni baca-baca ruangan terkini kat Berita Harian Online, terjumpa berita yang menyayat hati :

Wanita mati dalam kejadian samun ketika bersahur, dua penjenayah kecundang

SHAH ALAM: Seorang wanita meninggal dunia di hospital akibat ditikam dan dikelar sekumpulan empat penjenayah, dua daripadanya mati ditembak, dalam kejadian samun di sebuah rumah di Seksyen 13 pagi tadi ketika penghuninya sedang bersahur.

Raja Noriana Raja Ahmad, 41, meninggal dunia di Pusat Perubatan Selangor dekat sini akibat kecederaan yang dialami ketika bergelut dengan penjenayah itu manakala seorang anak perempuannya berumur 18 tahun patah pinggang ketika terjun dari tingkat dua untuk cuba melarikan diri, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada pemberita di tempat kejadian.

Seorang lagi anak perempuannya berumur 20 tahun yang turut terjun cedera ringan manakala suaminya sempat menyelamatkan diri dari tingkat bawah.
Bila baca berita ni, aku rasa sedih, geram, marah dan macam-macam lagi...

Yang pasti penjenayah tu mesti warga asing :

Siasatan awal mendapati kesemua penjenayah berkenaan berumur dalam lingkungan 20-an dan dipercayai kumpulan sama yang terbabit dalam enam kes samun rumah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Seorang daripada mereka memiliki pasport yang tamat tempoh manakala selebihnya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata polis juga mendapati pistol yang digunakan oleh kumpulan penyamun itu adalah hasil rompakan di rumah seorang kakitangan awam di Seksyen 3 di sini pada 3 Sept lepas.
Amat zalim penyamun tu pasal dah la masuk rumah orang waktu orang nak bersahur bagi mengerjakan ibadah puasa Ramadhan...lepas tu kalau dah kantoi dengan tuan rumah, apa kata korang blah je dari situ...anggap je gagal rompakan korang tu...tapi diorang ni apa yang dia buat :

Sebaik menyedari dua daripada rakan mereka telah ditahan polis, penjenayah yang berada dalam rumah bertindak menjadikan Raja Noriana sebagai tebusan dan mengurungnya di bilik utama manakala suami dan dua anaknya berjaya menyelamatkan diri.

"Dalam rundingan dengan dua suspek berkenaan kira-kira tiga jam supaya melepaskan tebusan, penjenayah terbabit enggan bekerjasama dan mula bertindak ganas dengan membakar bilik mangsa dan mencederakannya," katanya.

Khalid berkata sebaik mendapati penjenayah mula bertindak demikian, polis menyerbu masuk dan melepaskan tembakan ke arah dua suspek berkenaan yang bersenjatakan sepucuk pistol dan beberapa bilah parang.

"Kedua-dua penjenayah itu mati manakala Raja Noriana cedera ditikam pada bahagian leher dan bahunya dikelar dengan parang," katanya.
Sepatutnya Ramadhan menjadi medan untuk mentarbiyah diri bagi menjauhkan maksiat dan kejahatan, tetapi manusia-manusia macam ni tak langsung mencuba, malahan mengambil kesempatan pulak atas kesediaan orang lain menghadapi Ramadhan...

Teringat pulak kepada satu hadis yang menyatakan bahawa Syaitan kena ikat atau rantai bila masuk bulan Ramadhan ni...maknanya tak dak la gangguan atau hasutan syaitan ke arah buat jahat kan...jadi kalau ada yang buat jahat tu dari mana??



Kalau dulu kecik-kecik, Ustaz aku akan kata.."tu memang diri sendiri la yang jahat..tak perlukan syaitan pun dah memang jahat.."...hehe...

Sekali fikir betul la jugak kan...kalau dah Syaitan kena ikat, maka manusia la yang jadi Syaitannya...

Apa pun Takziah kita sampaikan kepada keluarga mangsa...semoga roh Allahyarham akan ditempatkan di kalangan para solihin...meninggal kerana diserang dalam bulan Ramadhan dan ketika bangun untuk mengerjakan Sunnah Sahur...Hanya Allah yang akan memberi ganjaran...

Kepada penjenayah jahanam tu...yang masih terlepas tu aku doakan agar kena bala yang besar..biar dia tanggung akibat kerja jahat dia tu...kepada yang baru-baru nak fikir buat jahat tu pulak..tak payah la...cari jalan lain la nak cari duit raya pun...jangan kacau orang...

p/s: Kejap je dah seminggu lebih berpuasa...semoga jiwa kita lebih 'tabah'...hehe..apa nak dikata...

6 comments:

penyapubaru said...

adeh sedeynye aku bc nih uncle...aku tgk berita takde la sefeeling nih..dok teringat mak pak aku bersahur plak...eee aku kdg geram gak dgn pendatang2 nih...jenis kalu yg jahat...jahat gile...

Suria Azhar said...

kalo jumpa la penyangak ni..kasi tutuh jer...sampai mampus..lahanet!!!

FareeNi said...

suami arwah ni bekas peg. polis kan? masa nak raya ni org maken terdesak nak duit. macam² boleh berlaku. Mgkin arwah tu melawan.. tu yang kena tikam. Dah ajal...

Unknown said...

Katanya suami arwah tu pemilik Triways Travel and Tours...betul tidak ntah le...

tapi Indon tu memang sial la...

Heical said...

Kerajaan tak kawal ke pendatang asing,mana polis kalau tak cukup gunakan tentera kawal perairan kita dari penceroboh.
Macam ini bermakna keselamatan kita terancam.Kerajaan memerintah kena buat sesuatu.
tq

FareeNi said...

pegawai aku kate dia kenal somi arwah ni.. bersara opsyen kot.. bukan takat sial uncle.. cilakak babi anjing kurap haramjadah.. (aku x pose.. sok dah bleh pose x leh nak maki lebey²) ekekeke..