Kita selalu dengar orang bila sesuatu benda yang baik berlaku, diorang akan kata Alhamdulillah...
Tapi bila suatu musibah melanda, kita akan cuba bersabar dan mententeramkan pihak yang kena tu dengan mengatakan itu ada hikmahnya...
Aku pernah terfikir...kalau kita bersedih kerana sesuatu hal, macam mana kita nak kenal pasti apa yang dikatakan hikmah tu...
Kadangkala hikmah yang terselindung tu memang khusus untuk kita..contohnya kita plan dah elok-elok nak pergi berkelah kat pantai...tiba-tiba ada kawan kita pulak datang bertandang ke rumah membuatkan kita terlewat lalu kensel terus trip tu...anak-anak mungkin marah...maka kita kata "Ada hikmah tu...entah-entah kalau kita pergi mungkin ada musibah jalanraya ke, tsunami ke..." tu contoh hikmah yang selalu kita sebut...
Tapi ada satu lagi hikmah yang ada kt situ...iaitu silaturrahim antara keluarga kita dan kawan kita tadi tu akan terus terjalin....hubungan yang selama ini mungkin dah hampir terputus, disambung kembali kerana kunjungan dia tadi...
Hari ini dan semalam aku belajar sesuatu yang besar dalam hidup aku. Ada satu hal yang berlaku di sekitar aku yang membuatkan aku jauh merenung...kejadian ini memang berkait dengan aku walaupun tidak secara langsung...tetapi aku merenung untuk cuba mencari hikmah di sebalik kejadian ini...
Dan aku dapati terlalu banyak hikmah yang tersembunyi...ada yang untuk diri aku pelajari...ada yang untuk ahli keluarga yang lain...pendek kata semua orang dapat pengajaran...
Jadi benarlah kata-kata bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...cuma it it a matter of time untuk kita dapat tahu bahawa itu ialah hikmahnya...yang penting ialah kita harus bersedia untuk menerima dan mempelajarinya...selagi tak nampak, selagi tu la bersabar ya...apa nak dikata...
1 comment:
ha ah.. "setiap yang berlaku ada hikmahnya.." inilah yang aku pegang selama ni.. yang memujuk hati aku selalu... ;)
Post a Comment