Presiden MUBARAK (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia), Tan Sri Abu Zahar Ujang semalam kasi kow-kow punya, sapu Pak Lah dan Zaid Ibrahim..best!!!
Heran jugak pasal TV3 bagi full coverge kat Tan Sri Abu Zahar menghentam Pak Lah...ni beberapa transkrip dari akhbar hari ni...
Kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan kepada ahli parti untuk memutuskan mengenai peralihan kuasa kepemimpinan parti adalah selaras dengan Perlembagaan Umno, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang.
“MT tidak boleh ketepikan hak dan suara perwakilan dan setiap ahli perlu hormati perlembagaan parti. Jangan amal sindrom bisu dan sindrom pak turut,” katanya.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) berkata, bahagian UMNO tidak perlu rasa terikat dengan persefahaman peralihan kuasa yang dicapai sebaliknya berhak mencalonkan mana-mana pemimpin menjelang pemilihan parti Disember ini.
Katanya, walaupun telah ada kompromi atau permuafakatan namun UMNO tidak boleh lari daripada mematuhi Perlembagaan parti yang telah menggariskan kaedah-kaedahnya.
''Peralihan kuasa tahun 2010, itu hanyalah satu persefahaman. Ia tidak mengikat dari segi undang-undang. Ia sama seperti memorandum persefahaman (MoU) sahaja.
''Oleh itu dalam hal ini setiap ahli UMNO, tidak kira siapapun kita, mesti akur kepada Perlembagaan parti kerana ini undang-undangnya,''
''Siapa yang tidak ikut Perlembagaan, ini yang salah, bukannya mereka yang tak ikut pelan peralihan kuasa. MT pun dipilih oleh bahagian melalui perwakilan.
''Soalnya kita mesti berbalik kepada Perlembagaan UMNO dengan Fasal 9 (3) menyatakan setiap Perhimpunan Agung yang ada pemilihan merupakan medan untuk menentukan pucuk pimpinan parti bagi tiga tahun akan datang.
''Ada yang kritik kata kita kena ikut pelan peralihan kuasa. Menteri yang jaga undang-undang pun ada cakap macam itu sedangkan cakap seperti itu cakap orang yang tidak faham undang-undang. Patut dia berhenti sahajalah jadi menteri.
Tan Sri jugak semalam belasah Zaid Ibrahim yang konon Menteri jaga Undang-undang, tapi masa Bar Council buat forum yang menghina Islam hanya berdiam diri...
Di bawah ni aku embed kan klip Buletin Utama 14 September 2008 kot-kot ada yang nak tengok semula komen Tan Sri Abu Zahar...korang boleh tengok dari minit 5.40 hingga minit 15.05 komen Tan Sri tu...(in case korang tak leh tengok kat sini, pergi tengok kat Site Buletin Utama ni...
Nampaknya tsunami sudah sedia untuk menggegarkan Pak Lah supaya bangun dan sedar serta turun dengan eloknya...aku pernah tulis dulu, jangan Pak Lah malu diturunkan masa Disember 2008...baik turun sendiri...kalau macam ni punya gelombang, rasa aku tak lama la tu...kita tunggu la...apa nak dikata...
No comments:
Post a Comment