Monday, September 29, 2008

Minal 'Aidin Wal Faaizin

Rabu dah nak raya...sekejap je kan rasanya..

Aku pun dah berada di kampung mertua aku ni...sampai hari Ahad sini...saja travel awal sikit sebab ada baby kecik ni kena la plan elok-elok...

Semalam dalam perjalanan masih tak banyak kenderaan lagi di highway...adik aku pun bertolak hari yang sama tapi ke arah Utara dari Kuala Lumpur...sama jugak tak jam katanya...

Walaupun hanya sekupang (10 sen) harga petrol turun kali ni, bagi orang yang travel jauh macam aku ni terasa jugak la kelegaannya...

Pasal cuti raya ni pun satu hal...tadi kawan aku yang kerja Pegawai MAS kat KLIA sms tanya aku raya mana...then dia bagitau yang dia tak dapat cuti tahun ni, kena kerja...aduh kesiannya...anak-anak semua dia dah pos balik ke kampung mertua kat Perak...wife dia tunggu last minit kot-kot dia dapat cilok cuti atau pergi berjumpa tuan doktor yang berhampiran...heheh

Oh ya...ingat dulu aku pernah tulis kat sini pasal program Ramadhan yang Dato' Seri Shahidan Kassim dok buat tu kan...ingat tak?Tengok balik kalau tak ingat dan jugak sini....

Baru-baru ni aku terperanjat bila baca blog anak aku si Adam...ada satu pagi tu memang aku terperasan dia dok menaip selepas Subuh tu...kalau rajin korang baca la apa dia tulis tu...

Raya 1 Oktober 2008...ehhhhh...bukan ada orang janji apa-apa berkaitan Kerajaan baru ke 1 Oktober ni??Ke aku silap...ke aku tak tahu perkembangan terkini???Hehehe...

Ni ada satu lawak untuk travel dalam kereta di Hari Raya....Kalau korang dengar CD lagu apa-apa jugak pun dalam kereta...bila nak tukar lagu..hati-hati dengan ayat-ayat..."Tukarkan Track Number lain pulak..."!!!!Hehehe...sapa yang faham akan faham la kan...

Di kesempatan ni aku nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua sahabat dan pengunjung blog ni yang sentiasa tak jemu walaupun kadang-kadang bahan aku ni membosankan...aku jugak nak ambik kesempatan mintak maaf Zahir dan Batin...sebarang silap faham harap dimaafkan....



Kepada yang bakal memandu tu, hati-hati di jalan raya...kepada yang memasak tu hati-hati di dapur...kemalangan boleh berlaku di mana-mana...apa nak dikata...

No comments: