Saturday, September 20, 2008

Antara Fitrah, Pembersihan Jiwa dan Jiwa Kacau...

Dah 20 hari kita melalui Ramadhan Al-Mubarak 1429H...Alhamdulillah kita meniti medan tarbiyah yang Allah bagi kat kita dengan penuh tabah...mana yang tak lengkap tu kena fikir-fikir la nanti ye...hehe...

Sebelum berakhir Ramadhan ni..kita kena ingat satu lagi tanggungjawab, iaitu Zakat Fitrah...satu jenis zakat yang wajib dikeluarkan setiap Ramadhan oleh yang berkemampuan....Zakat Fitrah ni wajib ke atas semua yang bernyawa...tak kira yang masih bayi ataupun orang tua sakit terlantar tak boleh bergerak dah...selagi ada nyawa selagi itu kena bayar...cuma orang yang bertanggungjawab la bayar, takkan nak suruh baby tu bayar pulak...

Perkataan Fitrah tu bermaksud Suci..Bersih...Perkataan Zakat jugak membawa makna yang sama...sebab tu hanya kita Melayu sebut Zakat Fitrah, tapi Arab akan sebut 'bayar Fitrah saja'...pasal Fitrah ialah zakat yang special untuk bulan Ramadhan dan wajib kepada semua...

Jadi kalau kita keluarkan zakat dari harta kita, itu ialah untuk menyucikan harta dari saki baki yang tak elok...dan kalau kita jelaskan Fitrah pulak, ialah untuk membersihkan jiwa kita, selaras dengan kehendak Ramadhan untuk menyucikan jiwa...

Tahun ni kadar berbeza jugak pada Fitrah...sebabnya Fitrah ni sebenarnya kita kena sedekahkan makanan asasi kepada mereka yang fakir atau miskin...tapi nak mudahkan maka di convert ke matawang...ni kadar di Malaysia :

Johor = RM6.50
Melaka = RM6.30
Negeri Sembilan = RM6.50
Selangor = RM5.20
Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan = RM5.20
Penang = RM7.30
Kedah = RM7.00
Perlis = RM6.00/ RM7.00
Perak = RM7.00
Pahang = RM7.30
Kelantan = RM7.60
Terengganu = RM6.00/ RM7.00/ RM8.00
Sarawak = RM7.50
Sabah = RM7.70

Walaumacam mana pun, aku tetap dengan bagi beras sebagai Fitrah...aku akan beli beras untuk diri aku dan tanggungan aku (isteri dan 3 anak - tahun ni 3 anak aku dah!!!) dan cari mana-mana orang susah (kat Perlis ni senang nak cari lagi)..dan sedekahkan dapa dia sebagai Fitrah kami...

Dengan bermulanya esok jugak adalah bermulanya sepuluh malam penghabisan Ramadhan...di mana Allah janjikan Lailatul Qadr...maka sepatutnya penghujung Ramadhan ni kita sibukkan diri dengan ibadah dan amalan..bukannya dengan perkara-perkara yang dibawa oleh orang yang jiwanya kacau...mungkin jiwa mereka perlu disucikan jugak ni..tapi tak tau la macam mana ya...

Jiwa kacau ni kalau dia sorang-sorang tak pa...tapi ni dia nak heret orang lain sama untuk mempercayai apa anutan dia...dan ada pulak tu yang nak ikut!!!Pelik manusia ni kan...tapi tu la...kita tak mampu menghalang manusia yang lain, kita hanya mampu berdakwah saja..yang lain tu adalah kerja Allah SWT...apa nak dikata...

p/s: Selingan...setelah puas menunggu dan mencuba..akhirnya dapat capture foto Zain senyum masa dok main-main dengan kami...selalu elok ambik je kamera dia terus serius...haha...



Terubat duka di hati kan...

2 comments:

apisfires said...

http://pakleman.blogspot.com/

yang ini link blog arsenal saya...
hehekite menang lagi...
comel gak anak tuan tu..
laaa biasa la dai lalu serius amik gambar, pasal nak buat mykad cepat2...
nak besar cepat2 la tu..

Little Bookworm said...

Selamat Melalui the final 10 days of Ramadhan! Kjap je dh nak raya. tpi tak feel pun coz keje byk nk mampos. lg tension ada la kalau dgr lagu raya. Huhu.
Cute betul la si zain ni! erm...muka dia mcm rayyan ke? puas kak long try detect, coz he looks familiar in a way. Hehe.