Friday, December 5, 2008

Antara AidilAdha dan Merry Christmas...

Last weekend aku dan family spend kat KL...rasanya aku dah bagitau sebab my grandfather agal tidak sihat, so kami guna peluang hujung minggu untuk ziarah...peluang sampingan jugak kami gunakan untuk berjalan-jalan sikit la...dah datang jauh-jauh, then tak tau samada ada masa nak pi pulak masa cuti ni, dengan course isteri aku yang panjang tu...

So on Saturday last week kami ke The Curve..aku suka pergi situ sebab cozy, tak terlalu luas sampai senak perut nak jalan dan tak terlalu sesak...kebetulan pulak cuti sekolah dan dah nak masuk Holiday Seasons, so banyak la sale...

Tengah jalan-jalan kat The Curve tu, datang satu kumpulan Christmas Carol ni...diorang nyanyi lagu-lagu Krismas...sambil ada watak-watak dari Folks Tale about Krismas dan Santa Claus...siap bagi candies lagi..Zain pun dapat jugak la kiranya..hehe...







Ramai orang yang terhenti dan menunggu persembahan diorang ni...diorang bukannya mintak donation ke apa ke..tak salah aku budak-budak sekolah je tu, maybe sponsored by nearby Church la kot...

Then my wife kata kat aku..."They really make Christmas so fun and happy..why don't we Muslims do the same to our big days?"

Secara kebetulannya pulak AidilAdha akan disambut Isnin 8 Disember ni...17 hari lebih awal dari Krismas...so aku terfikir di mana promosi dan kempen Muslim dalam menyambut AidilAdha?

Sejak dulu dan sejak kecil, kita umat Islam di Malaysia tak pernah berusaha mengenengahkan sambutan AidilAdha secara besar-besaran..cuti umum pun cuma sehari, kecuali Perlis yang cuti dua hari...

Tetapi, kalau kita teliti dalam Islam, AidilAdha sebenarnya ialah sambutan yang sepatutnya lebih meriah di dalam Islam...aku bagi beberapa aspek:

1. Tiada ibadah korban pada AidilFitri, hanya pada AidilAdha, dan korban pula selama 4 hari, 10,11,12 dan 13 Dzulhijjah....

2. Takbir Raya; AidilFitri hanya sehingga solat raya sahaja, lepas Solat dah habis...sedangkan AidilAdha sehingga Asar hari 13 Dzulhijjah....

3. AidilAdha bersempena Ibadah Haji, sehari selepas umat Islam yang menjadi tetamu Allah di Kota Suci Mekkah berwukuf di Arafah, maka kita sambut AidilAdha...

ini hanya sebahagian perbezaan antara kedua Hari Raya ini...

Walaubagaimanapun, kita di Malaysia menjadikan AidilFitri sebagai induk segala perayaan...sedangkan ianya ialah meraikan kejayaan kita berpuasa sepanjang Ramadhan...dan penumpuan seharusnya di letakkan pada penghayatan Ramadhan itu sendiri...

Untuk mengubah persepsi ni bukan senang...bayangkan umat Islam nak buat Ibadah Korban selama 4 hari, sedangkan cuti hanya sehari....

Berbalik kepada betapa pihak Kristian berusaha menjadikan Krismas itu sebagai sesuatu yang indah bagi kanak-kanak dan orang ramai, aku hanya mampu menjawab kepada isteri aku macam ni..."Apa yang kita umat Islam nak buat...adakah kita nak berjalan beramai-ramai berzanji memuji Allah dan RasulNya sebagai tanda menyambut hari kebesaran Islam?...Akan ada pulak pihak-pihak yang kata itu bid'aah yang tidak dilakukan oleh Rasulullah dan Para Sahabat..."

Ini ialah satu punca kenapa kanak-kanak dan remaja agak jauh...kerana mereka tak nampak sesuatu yang indah (secara luaran) pada hari kebesaran Islam...golongan yang lebih berusia mungkin mampu menyelami lebih jauh, tetapi yang muda-muda ni dia perlukan sedikit boost up untuk memahamkan mereka....

Mungkin sampai masanya pihak yang berkenaan boleh memikirkan apa yang dapat menarik golongan muda untuk kembali menghargai hari-hari kebesaran Islam...mungkin apa yang kita dapat buat itu tidak dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat Baginda, tetapi adakah ianya menyalahi Quran dan Sunnah serta melanggar batasan Syarak?

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud

"Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu"

Maka itu bermaksud kita yang selayaknya mentadbir urusan kita hari ini, selagi ianya berlandaskan Quran dan Sunnah...

Jangan satu hari nanti anak-anak kita memilih untuk merayakan Krismas berbanding Hari Raya kerana diorang kata Krismas lebih seronok, ada Santa Claus...ada candies...ada hadiah...Raya ada apa?Salam-salam saja...hehe...anak-anak aku pun sekarang dok tanya boleh tak we celebrate Halloween...apa aku nak jawab tu???...Apa nak dikata....

Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua Muslimin dan Muslimat, semoga Allah menjadikan pengorbanan kita dalam apa jua segi sekalipun sebagai pengorbanan yang di bawah keredhaanNya...

4 comments:

Kembara Politik said...

Salam,

Selamat Hari Raya Qurban.
:)

Amak Kongsi said...

slamat hr raye qurban utk unkel skeluarga, pd sy mmg ramai xtau sbnrnye ry haji ni lbih bmakna dlm islam. tgk sejarah dia sdiri, knp qurban tu di buat, ianya diiktibarkan dr kisah nabi Ibrahim yg kena sembelih anaknya sdiri iaitu nabi Ismail atas perintah dr Yang Maha Esa, ramai yg xpeduli ttg smua ni. malah org slalu ckp, org2 pantai timur kalo ry haji lebih meriah... padahal meriahnye kerana ada acara korban, pastu bahagi2kan daging korban. mmg le meriah...budak2 le paling suke klo dpt daging. org tua pn suke gak sbnrnye..ehehehe ape2 pn slamat aidiladha kpd smua..

Unknown said...

Psytroopers --> Salam AidilAdha juga buat anda sekeluarga

Kay --> Betul tu..kita kena tanam dalam masyarakat kesedaran ni...Salam AidilAdha...

FareeNi said...

aku dapat daging korban.. ehehe.. masa budak tu bagi dari rumah ke rumah.. rasa terharu lak bila sampai ke rumah aku. aku siap bukak pintu dan tunggu budak tu. bukannya sebab nak sgt daging tuh.. cuma.. ntahlah.. ada sesuatu yang berbeza aku rasakan..