Friday, December 5, 2008

Misteri...

Semalam baca paper Metro, ada berita pasal seorang wanita kehilangan janin kandungannya yang dah cecah 9 bulan...

ALOR STAR: Aneh dan misteri. Itu ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan kejadian yang menimpa seorang wanita apabila kandungannya didakwa hilang biarpun sudah berusia sembilan bulan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Isnin lalu, Nurul Shuhada Mat Isa, 20, yang melakukan imbasan terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di sini, terkejut apabila doktor mengesahkan bayinya tiada dalam kandungannya.

Lebih mengejutkan, semua buku pemeriksaan dan laporan kesihatannya sepanjang sembilan bulan lalu ketika mengandungkan bayi berkenaan juga hilang sebaik doktor mengesahkan kejadian itu.

Nurul Shuhada dari Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung di sini, berkata dia sukar menerima kenyataan apabila bayi sulung yang dikandungnya hilang sekelip mata.

Katanya, penantian selama dua tahun bersama suami, Mohd Fazli Samsudin, 27, untuk menimang cahaya mata pada awal bulan ini lebur apabila doktor sebuah pusat perubatan swasta mengesahkan tiada bayi dalam rahimnya selepas beberapa kali membuat imbasan.

Difahamkan, Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera di Kuala Lumpur dan dijangka melahirkan anak pada 29 November lalu.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan doktor tiada bayi dalam rahim saya selepas membuat imbasan. Sukar untuk menerima kenyataan bayi yang saya kandung selama ini hilang begitu saja.

“Kerana tidak berpuas hati, saya dibawa ke pusat perubatan swasta di Jitra untuk membuat pemeriksaan sama, namun keputusan tetap sama. Malah, doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita tidak mengandung,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Dia yang tidak dapat menerima kenyataan itu terkulai layu sebelum pengsan kira-kira 15 minit dan sebaik sedar hanya mampu meratapi kehilangan bayinya.

Nurul Shuhada berkata, dia yang merancang melahirkan anak sulung di rumah ibunya turut menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kuala Muda kerana berdekatan kampung suaminya selepas kembali dari Kuala Lumpur pada 21 November lalu sebelum diarah melaporkan diri di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Katanya, sebelum kejadian, dia tidak berasa perubahan ketara cuma lenguh pada anggota badan selain perut memulas dan mendakwa pernah mengalami beberapa kejadian pelik.

“Saya pernah bermimpi ada objek seperti kapas putih di tepi badan seolah-olah sedang menyusu dan ia sentiasa mengusap badan saya.

“Kejadian ini berlaku selama tiga malam berturut-turut dan selepas itu, saya demam panas selama sebulan dan terpaksa berulang alik ke klinik untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Katanya, banyak kejadian berlaku kepadanya termasuk seorang bomoh wanita pernah memintanya menjaga bayi dalam kandungan dengan elok kerana ada orang berminat mendapatkannya.

“Ketika di Kuala Lumpur, saya beberapa kali membuat imbasan dan doktor mengesahkan saya mengandung dan bakal menimang bayi perempuan,” katanya.

Katanya, walaupun sukar menerima kenyataan itu dia tetap reda ketentuan Tuhan yang mungkin ingin mengujinya.

Sementara itu, Mohd Fazli yang bertugas sebagai anggota tentera bergegas pulang dari Kuala Lumpur, kelmarin selepas dimaklumkan isterinya dan masih terkejut dengan berita itu.

Katanya, dia yang tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata sulung terpaksa memendam sedih selepas sering kali melihat pergerakan bayi dalam kandungan isterinya.

“Setiap hari saya memegang perut isteri untuk merasai pergerakan bayi dan ada kalanya saya meletakkan telinga pada perutnya.

“Namun, saya pasrah menerima kejadian ini dan segala persiapan yang dilakukan sejak tiga bulan lalu kini tinggal kenangan,” katanya yang bertugas di Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak.

Dia berharap isterinya bersabar dan berterima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan moral kepada mereka.


Memeranjatkan jugak la apa yang aku baca ni...sebelum ni pernah jugak aku dengar cerita-cerita tentang kehilangan janin ni, tapi ni kali pertama rasanya aku baca in newspaper..

Selalunya bila berlaku perkara macam ni, unsusr-unsur makhluk halus akan diceritakan...akan dikatakan bahawa anak dalam kandungan itu ialah anak bunian, atau kaum makhluk halus tu berkenan lalu diambil jadi anak mereka...

Sejauh mana kesahihan benda tu aku tak pasti la...

Aku terlebih dahulu mintak maaf sekiranya pembaca entri aku ni ada kaitan dengan wanita tersebut atau suaminya atau ahli keluarga mereka...

Aku dan isteri pernah terbaca satu kisah di luar negara, tak salah aku Amerika Syarikat kot...lebih kurang la kes dengan apa yang dalam paper tu...cuma penjelasan dari pakar agak lain sikit...iaitu berkait dengan penyakit mental, iaitu pesakit akan tanam dalam minda dia bahawa dia pregnant, so setiap hari hormon dia akan bertambah dan memang nampak bahawa dia pregnant...in the end of sembilan bulan tak de apa yang berlaku...lebih kurang gitu la kisah dia...

So dalam hal yang kat Kedah ni aku tak pasti la...walaupun hilang segala rekod pemeriksaan, for sure kat Klinik Kesihatan tempat dia dok selalu pergi check tu akan ada file simpanan...maybe dia boleh keluarkan supaya menjadi bukti kepada masyarakat bahawa benda ni betul-betul terjadi...kalau tak, agak susah la jugak orang nak percaya...kan...apa nak dikata...

2 comments:

FareeNi said...

a'a.. aku ada baca uncle. tapi memandangkan aku skrg ni sensitif isu² gini, aku setakat baca je la. tapi pelik kan??? suami dia pun slalu rasa gerakan baby dalam kandungan wife dia.

betul uncle cakapkan tu, xkan kat klinik xda rekod. tapi dr. pun sendiri pelik camana baby tu tiba² xde.

tanak la aku pikir sgt.. aku ni slalu fikir bukan².. nanti mimpi buruk je aku malam²..

apa nak dikata..

eh.. camat hari raya aidiladha kepada uncle dan maksu sekeluarga.... ;)

penyapubaru said...

rasanye ade satu term scientific utk nih...kang aku google cr..tp yg pasti omputih pon ade kes ilang2 baby nih