Membaca berita terkini semalam dan menonton berita malam tadi pasal eksiden ngeri kat Lebuhraya Cheras-Kajang tu membuatkan aku kembali teringat pada apa yang pernah menimpa aku...
Macam yang pernah aku katakan dulu...kita berhati-hati di jalan raya...pandu perlahan..ikut segala undang-undang..belum tentu boleh menjauhkan kita dari bencana di jalan raya....macam aku kena dulu la...
Kemalangan ngeri kemarin tu kat lebuhraya tu jadi kerana brek lori tu yang rosak...tapi andai tak dipandu laju...takde brek pun takkan mengakibatkan kematian, kecederaan dan kerosakan yang begitu teruk....
Bayangkan lori turun dari susur keluar MRR2...anda yang selalu drive bayangkan selekoh masuk ke highway...dengan lajunya dan agak menurun cerun...masuk ke highway...
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori itu gagal mengawal kenderaannya akibat kerosakan brek ketika keluar dari Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) dan memasuki susur menuju Lebuh Raya Cheras-Kajang.Motor..Kancil...Kelisa...Iswara...Van...MPV...
"Lori itu mulanya melanggar motosikal dinaiki Mohd Noh dan sebuah MPV, sebelum merempuh penghadang jalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar empat lagi kenderaan lain.
Sekali dia bawak jalan..maknanya impak yang kuat...momentum yang kuat datang dari kinetik yang tinggi...iaitu kelajuan...
Cuma dalam hal ni tak jadi panjang kes pasal driver lori yang berbangsa Cina tu pun mati tersepit...tengok dalam news semalam kaum keluarga dia meraung-raung kat hospital...tak pulak tunjuk kaum keluarga Allahyarham Koperal Mohd Noh Ali (atau aku terlepas dari scene news tu...), anggota dari Unit Pemusnah Bom Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, yang berpangkalan di Cheras yang dalam perjalanan nak pergi kerja...kesian..pada aku kehilangan Allahyarham akan pastinya dirasai oleh bukan saja ahli keluarga..tetapi pasukan beliau...Al-Fatihah untuk Allahyarham...
Selain tu ada 6 lagi yang cedera parah...ada yang kritikal...
Selalu aku jumpa lori-lori macam ni, bawak batu..tanah..dia tak kisah persekitaran...ingat dulu pernah kejadian lori bawak tanah sebat beberapa biji motorsikal yang berhenti berteduh hujan??...Dah pernah berlaku...Kereta aku tu pun kerana lori macam ni yang tak hiraukan persekitaran la...
Pada pemandu lori ni semua...diorang besar...jalanraya milik diorang..apa nak takut...semua orang akan ketepi bila dia nak potong (tak bagi signal pun tak pa..)keluar simpang atau susur highway pun tak payah tengok dulu jalan clear ke tak...orang akan berhenti untuk dia...ini selalu dah tengok...
Yang aku heran..kalau kereta kita..sikit saja lebih had laju pasti akan kena tahan saman atau saman akan dihantar ke rumah...tu had laju kereta 110 kat highway dan 90 kat jalanraya...(kecuali bertanda kurang)...
Lori kalau tak salah aku kat highway pun 80 atau 90 saja...manakala jalan pulak 70...macamana boleh lepas??
Kalau speedtrap sepanjang lebuhraya Utara-Selatan tu..aku tak pernah tengok lori atau bas ekspress yang kena tahan...walhal aku pernah ikut satu bas ekspress ni dia lari 120km/j...bila depan tu ada speedtrap lepas!!...heran kan??
Aku pasti lepas kemalangan semalam tu pasti akan ada suara-suara dari Kerajaan atau mana-mana NGO untuk ketatkan undang-undang lalulintas untuk kenderaan berat...sekejap saja tu...hehe...lepas tu semua diam je...apa jadi dengan kotak hitam pada bas ekspress dulu???Masih pakai ke?
Pada aku pihak berkuasa kita masih ambil sikap sambil lewa dalam law enforcement terhadap kenderaan besar di jalan raya...kenderaan kecik selalu kena..paling kesian motorsikal la...asal ada road block mesti diorang kena tahan...
Tak tau la samada kita nak tengok kejadian semalam tu berulang...kalau berulang kerana sebab yang tak dapat dielakkan tak pa...tapi sebab kecuaian sebegini...tah la...apa nak dikata...
No comments:
Post a Comment