Saturday, August 30, 2008

Bajet Pak Lah...

Rasanya semua dah baca paper hari ni..dah dengar news semalam pasal Bajet 2009 kan...

Kalau dulu masa Tun Mahathir, aku akan tunggu depan tv dari mula sampai habis pembentangan Bajet...tapi sejak Pak Lah ambik alih, aku cuma tengok kali pertama dia bentang (sambil aku tersengguk-sengguk nak tertidur) maka lepas tu aku tak mau tengok lagi dah...

Macam-macam jugak la yang Pak Lah bentangkan (READ:bacakan) semalam kat Parlimen tu...kalau nak tengok summary Bajet tu ada kat sini...

Ada satu dua benda la yang aku sebagai seorang rakyat biasa yang tidak pandai ekonomi ni nak sembang-sembang...

ENSURING THE WELL BEING OF MALAYSIANS

* The government will implement a broad range of measures to reduce the impact of the higher cost of living, particularly among the lower income group and the vulnerables.

Apa tindakan Pak Lah untuk meringankan beban kos hidup yang tinggi tu?Aku yang kategori sederhana peringkat tengah ni pun amat terasa dengan hidup sekarang, apatah lagi kalau lebih bawah dari tahap aku ni...

PUBLIC TRANSPORTATION

* To widen the service network of RapidPenang, an additional 200 buses would be provided and with this the RapidPenang service would be expanded to cover 14 new routes and ridership is estimated to increase to 120,000 passengers daily by end of 2009.

* To further improve the efficiency of public transportation, a sum of RM35 billion would be expended during the 2009-1014 period. This includes projects to enhance the capacity of existing rail services, build new rail tracks, increase the number of buses as well as provide better infrastructure facilities.

* To expand the urban rail network in the Klang Valley, a new Light Rail Transit (LRT) line would be built along a 42km route from Kota Damansara to Cheras.

* The commuter rail services of Keretapi Tanah Melayu Bhd will be further upgraded.

* An integrated transport terminal is being built in Bandar Tasik Selatan to provide facilities for inter urban taxis and buses, especially the southern region of the peninsular.

* To provide facilities for inter urban taxis and buses from the northern region, a new integrated transport terminal would be built.

* The government will also provide soft loan facility of RM3 billion under the Public Transportation Fund administered by Bank Pembangunan Malaysia Bhd to finance the acquisation of buses and rail assets.

* Reduce toll rates by 50 per cent for all buses except at the border entry points namely Johor Causeway, Second Link and Bukit Kayu Hitam for a period of two years effective 15 Sept, 2008.

* In addition, bus operators would be given sales tax exemption on the purchase of locally assembled new buses and accelerated capital allowance on the expenditure incurred. Road tax will be reduced to RM20 a year for all bus and taxi operators, including rent-a-car and limousine operators.

* The public Land Transportation Commission would be established under the Prime Minister's Department to plan, integrate, regulate and improve the overall public transportation services.


Macam mana kami rakyat boleh pastikan bahawa bukan syarikat SCOMI atau anak syarikatnya yang akan mendapat kontrak membekalkan koc atau tren atau bas bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam?

Sebelum Bajet beberapa hari pun Pak Lah dah naik Komuter dan LRT kan..konklusinya Pak Lah kata kena tambah gerabak....kan...so ironik kan, setelah 5 tahun, tiba-tiba beberapa hari sebelum Bajet 2009 Pak Lah bangun pagi-pagi naik LRT..ermmm..sounds fishy...

Kemudian, cerita pasal nak upgrade pengangkutan awam ni kan, dah berkali-kali kan...mula-mula minyak naik (yang aku dah lupa berapa kenaikannya) pun Pak Lah kata kita kurangkan subsidi pasal duit subsidi kita guna untuk menambahbaik pengangkutan awam....

Lepas tu masa minyak naik 78 sen tu, pun cakap benda yang sama....

Ni Bajet pulak, RM 35b (TIGA PULUH LIMA BILLION) diperuntukkan bagi tujuan yang sama...

Aku ni walaupun dok kat Perlis, selalu jugak ke Kuala Lumpur...Penang tu memang kampung aku la, parents aku kat Butterworth...

Tapi aku tak nampak macam mana kesan duit-duit yang dikatakan telah dibelanjakan untuk menambahbaik pengangkutan awam tu...senang cakap masa Pak Lah naik Komuter dan LRT tu tak sepatutnya masalah yang Pak Lah jumpa tu berlaku lagi kan, pasal dah dua kali ambik duit subsidi minyak letak kat situ...

Pasal tu aku agak rigid dalam hal ni...pada aku lebih baik kekalkan subsidi minyak pada kadar tertinggi...tak payah baiki sistem pengangkutan awam sangat pun...

Pasal apa??

Pasal bukan seluruh Malaysia dapat benefit benda tu...LRT hanya KL...Komuter hanya KL...Monorel hanya KL...Pengangkutan awam kat Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain lagi tu apa cerita??

Jadi peruntukan tu hanya dikecapi oleh sebahagian kecik saja...berbanding kalau guna duit tu untuk subsidi minyak...di hujung kampung mana sekalipun rakyat menggunakan minyak untuk kereta, motor, lori, bas, hatta untuk mesin rumput pun pakai minyak...

Cuba korang buat survey...pasti akan jumpa sekurang-kurangnya satu kenderaan bermotor kat rumah kat Malaysia...kalau kat kampung yang orang pakai basikal, at least ada la jugak mesin potong rumput ka, kubota bajak sawah ka...apa-apa la yang pakai minyak...pendek kata semua hamba rakyat akan dapat menikmati setiap sen subsidi minyak tu...

Kalau orang-orang tua yang tak dak motor atau kereta, pasti ada anak dia yang kerja kat pekan yang pakai kereta atau motor, isi minyak untuk balik kampung...tu pun manfaat jugak...

DEVELOPMENT OF GROWTH CORRIDORS

* 2009 Budget provided RM6 billion for the development of five corridors -- Iskandar Malaysia, Northern Corridor Economic Region, East Coast Economic Region, Sarawak Corridor of Renewable Energy and Sabah Development Corridor.

Ini lagi satu hal...Bajet 2008 dulu bukan dah ada pasal koridor ni??Sepanjang setahun ni, aku tak tau la kot aku duduk kat jauh ni tak nampak..tapi ada tak korang nampak perkembangan koridor tu...?

Bajet 2009 lagi mau buat koridor ka..?Asyik hias koridor saja...ruang tamu, dapur, bilik tidur semua bila nak kemaskan Pak Lah weih...

Tu la serba sedikit yang aku terasa nak tengok pasal bajet kali ni...pada aku tak dak beza Bajet Pak Lah ni dengan keadaan sekarang...

Pasal harga rokok yang naik tu...hehehe..nasib baik aku dah last phase untuk berhenti merokok!!!!Hahaha...ya la, dah wife aku baru bersalin, ada anak kecik kat rumah, so dia tak bagi aku smoke dalam rumah langsung..maka aku secara tidak langsung menjadi kurang sangat-sangat merokok...so sekali dengan bajet ni, aku pun akan terus berhenti merokok la...hehe...apa nak dikata...

6 comments:

k-one said...

ada 1 lagi u lupa bro. bagi pengguna yg bil eletriknya bawah rm 20, maka akan jadi free. err bro berapa bil api u sebulan? sapa yg punya bil d bawah rm 20 sebulan? org miskin d kg pn lebih rm 20 . ke pak lah nk tiru mcm krjn s'gor yg bayarkan 20 meter padu bil air pd rakyatnya? ceh nk meniru pun agak2 la. biar la loji sikit.

saya cukup bersetuju dgn hal berkaitan peningkatan perkhidmatan awam yg x pernah selesai. di naikan minyak seluruh negara utk tujuan itu tapi yg d laksanakan hanya d bandarraya spr kl. itu pun mcm x da beza pun . mcm bertambah teruk laginya.

saya akui saya juga tertido dgr budget semalam. berbeza pada zaman TUN.satu yg paling penting!! saya x nampak usaha2 nk tarik FDI dlm budget kali ni. d kalangan negara asean pd ketika ini negara kita adalah antara paling sedikit menerima suntikan dari pelabur asing. senang cerita pelabur x yakin nk suntik modal . malangnya tiada usaha d lakukan utk menarik mereka spt mana yg d tunjukkan d dlm budget ini.

tak heran bila org mengatkan pak lah masa study dulu gagal jurusan ekonomi...

Unknown said...

betul bro...pasal bil elektrik RM20 tu rasanya macam merendahkan martabat kita la...arwah nenek aku dulu cukup berjimat, duduk rumah berdua dgn atuk aku, pakai tv kecik, kdg2 on kdg2 tak, kipas kalau dia bgn nak pegi kencing pun dia off, lampu hanya bukak bila dia dah tak nampak kerusi kat dapur, nak pegi kencing pun off jugak, takde aircond, takde water heater, takde astro dan segala...

Tapi bil elektrik dia lebih dari RM 20 jugak!!!...

Pak Lah ni betul2 malap la..

Pelabur asing tak de, tapi dia usaha anak dia dapat projek luar negara la...anak abah....

apisfires said...

salam
saya setuju tentang pendapat tuan tentang bajet..
minyak patut lagi murah, seperti yang tuan katakan, mana ada komuter kat melaka, dan utara tanah air...
kat perlis pun tuan tahu makanan naik harga, syukur ada kedai makan rm2 siap air di arau...
tak la saya makan megi hari2....
saya paham jika peniaga naikkan harga barang pasal harga barang mentah semua dah naik, jika tak naik pun kuantiti di kurangkan..
kat ipta saya akui ramai tak suka tun mahathir...
kebanyakkannye penyokong anwar dan pas..
yang saya pelik, prpn yang free hair pun sokong pas, dah tau dia tolak kerajaan abdullah yang lemah..
mungkin apabila negara dah jahanam baru nak kenang2..
mugkin mereka ingin mencuba sesuatu yang baru..
biasa la anak muda darah panas, mendidih 100 darjah....
sya memang tak percaya anwar tu peliwat, tetapi saya tak suka dia sangat rapat dengan amerika....
masalahnye timbul bile abdullah badawi ni tunjuk pandai sejak jadi pm lagi...
mula2 baik betul, warak dan alim, tapi lain pulak jadi,
saya lebih suka hidup di zaman 'diktator' mahathir, semua takda bising2 pasal semua hormat dia..
terima kasih memberi komen di blog saya, saya akan add tuan..
salam sejahtera

p/s: cerita tuan tentang dato seri shahidan agak menarik...

apisfires said...

tempat yang tuan cakap tu memamg saya ada pernah pergi, nasi goreng paprik dia sedap...
kedai rm2 plak,
kedai dia sebelah sekolah menengah depan simpan traffic light uitm pintu kedua, ramai pelajar lepak2 situ waktu tengah hari, sebelah kedai makan tempat buat batu nisan, jika tuan dari arau ke kangar tuan akan nampak di kiri jalan..
murah aje, janji alas perut...
hahaha, dah kene merantau punye la jauh...
bak kata nabi, cari lah ilmu sampai negeri cina

penyapubaru said...

good luck uncle...go go uncle...slamat berenti merokok...

p/s aku pun heran dgn koridor2 nih..taknampak ape pon...

Norshah said...

Slamat berhenti merokok unkel. cayalah, hidup sihat sentiasa.. Semoga berjaya. boleh lepas ni kita bukak pusat berhenti merokok, tambah sikit masyuk.. hehe

Apa-pun tahniah, first.