Saturday, August 16, 2008

Inikah Ulama' Pewaris Anbiya'??

Ingat posting aku pasal Nik Aziz?

Hari ni aku nak dedahkan lagi perihal seorang yang berselindung di balik nama Tuan Guru ni...

Hari ni dalam surat khabar Nik Aziz keluarkan statement :

Sumpah pegang Quran tiada dalam Islam: Nik Aziz

BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan memegang kitab suci al-Quran adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam.

Nik Aziz berkata perbuatan memegang atau menjunjung al-Quran sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.

Sedangkan pada 4 Julai 2008 yang lalu ini kenyataannya :

Nik Aziz: Bersumpah junjung al-Quran tentukan kebenaran

04-07-2008 10:04:01 PM

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “mubahalah” atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan manamana pihak yang bersalah.

“Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.


Korang tengok dan bandingkan dua kenyataan ni..dua-dua keluar dari mulut orang yang sama...tidakkah ini tanda munafik?

Renungkan sendiri ok...tah la..apa nak dikata...

4 comments:

BoxxTomoi said...

this is how we should sumpah :
aku sanggup keluar dengan monyet kalau ...... !!

BukiTiLMu ( BI ) said...

byk dour dgr psl ni..

tp leh tau tak dr keratan akhbar mane ye 2 statement ni?

lupe la..

dr harakah ke?

Azhar Abdullah said...

dour,

kalau dalam Harakah sure takkan siarkan kepincangan PAS...

macam Suara Keadilan takkan siarkan kepincangan PKR...

macam Berita Harian, Utusan, TV3 tak siarkan kepincangan UMNO...

kita yang nak kaji ni kena lihat semua aspek...kita baca semua sumber bukan untuk kita cerita bahawa kita baca semua, tapi kita bandingkan...

Kalau dour tengok, uncle ni Pak Lah pun Uncle sapu, Nik Aziz pun kena, Anwar pun kena...pasal setiap mereka berkata-kata dengan sesuatu yang diorang tak buat...

Bukan niat dihati tak mau hormat ulamak..tetapi apa kriteria ulamak yang perlu kita hormati?Kita kena fahami dulu yang tu...

Bukan nak sanjung ulamak UMNO...diorang pun kalau tak betul kita sound...kalau yang tak mau sound tu maknanya dia ikut membuta tuli...tak minat jadi pengikut macam tu...

Sokong biar berprinsip...cuba baca blog Nasruddin Tantawi, Pemuda PAS tu...dia ni ada prinsip...bagus.

BukiTiLMu ( BI ) said...

betul tu..

tp wartawan ni pun bukan ye betul..

eh,bukan wartawan,editor diorg..

byk lari dr pe yang maksudkan..

contoh yang baru2 ni..

dlm utusan kate,pemuda pas mencabar anwar untuk bersumpah.

tapi dalam malaysiakini,pemuda pas tu nafi yang die kate cabar anwar untuk bersumpah...

ssh..

kite kne bace 2 2..

n dr situ kite dpt nilaikan..