Dua tiga hari ni kita dengar dalam berita, baca akhbar pasal konflik di Palestin...
Selain dari Israel yang membunuh umat Islam Palestin di Tebing Barat tu...kita jugak disajikan dengan pembunuhan sesama Islam di Gaza...iaitu antara HAMAS dan FATAH...
Inilah masalah sebenar di Palestin...pengalaman aku masa bergaul dengan masyarakat Arab ni memang terbukti bahawa bangsa Arab ni susah nak percaya sesama diorang dan suka bermusuhan satu sama lain...
Siapa HAMAS dan siapa FATAH?
HAMAS
Ḥarakat al-Muqawama al-Islamiyya atau Islamic Resistance Movement ditubuhkan oleh Syeikh Ahmed Yasin dan Mohamad Taha di Gaza pada 1987...penubuhan HAMAS adalah berdasarkan semangat Egypt's Brotherhood, selepas kebangkitan (Intifada) yang pertama...HAMAS jugak berperanan sebagai parti politik...
Sejak kematian Yaseer Arafat, HAMAS banyak memenangi pilihanraya parlimen Palestin, khususnya di Gaza, Qalqilya dan Nablus....Januari 2006 menyaksikan HAMAS menyapu sejumlah 76 dari 132 kerusi manakala FATAH (pemerintah) memenangi hanya 43...
Pegangan HAMAS ialah setiap permasalahan Palestin hanya dapat diselesaikan dengan jihad...
HAMAS dianggap sebagai pengganas di Canada, Negara-negara Eropah, Israel, Jepun dan Amerika Syarikat. HAMAS diharamkan di Jordan, Australia dan United Kingdom.
FATAH
Harakat al-Tahrir al-Watani al-Filastini atau Palestinian National Liberation Movement ialah parti paling besar dalam pakatan PLO (Palestine Liberation Organization)...memerintah selama ini dan hanya kehilangan kuasa pada 2006...kalau disingkatkan nama penuh parti ini..jadi HATAF..bermaksud 'sudden death'..so diorang terbalikkan jadi FATAH...
FATAH ialah parti nasionalis...
FATAH tidak pernah dianggap pengganas di mana-mana negara sekalipun...
Ok...dah tahu cerita sedikit sebanyak baru kita sembang....
Kenapa perlunya HAMAS dan FATAH berbunuhan satu sama lain?Tak cukup kah kematian yang dicipta oleh Israel?
Setiap hari kita tengok Yahudi Israel membunuh umat Islam Palestin...nyawa cukup murah...seluruh dunia pulak mengutuk Yahudi Israel..semua orang kesian...semua masing-masing tubuhkan tabung untuk bantu umat Islam Palestin...
Tapi...
Umat Islam Palestin sendiri tak mau bersatu...tak mau bersama-sama menyelesaikan masalah...sanggup bunuh sesama saudara seIslam hanya kerana perbezaan fahaman politik...
Yang pastinya Yahudi Israel akan gelak besar...pasal usaha mereka nak hapuskan umat Islam Palestin dibantu oleh orang Islam sendiri...
Apa pengajaran yang boleh kita ambik?
Negara kita Malaysia jugak semakin menuju ke arah itu...semakin hari kita tengok semakin kuat 'orang luar' punya pengaruh di negara kita...manakala kita Melayu/Islam pulak tak habis-habis bertelagah...ada yang cadangkan nak bersatu...tapi ada pulak yang menolak!!...
Tak mustahil satu hari kita akan menjadi seperti HAMAS dan FATAH...
HAMAS ibarat UMNO...FATAH ibarat PAS...apabila ditakdirkan PAS (seperti FATAH) mendapat kuasa...maka UMNO akan dihukum seperti mana HAMAS dihukum...
Maka bermusuhan lah sesama kita...
Siapa yang untung?...
Tepuk dada tanya selera...apa pegangan kita sekarang tentang perpaduan antara Melayu/Islam di Malaysia...adakah kita nak berpegang kepada kata-kata alim ulamak yang sanggup mengenepikan keutamaan Melayu/Islam kerana dendamnya terhadap pihak yang satu lagi...atau kita nak pakai cakap orang yang nakkan penyatuan antara semua Melayu/Islam tanpa menghiraukan perselisihan yang pernah terjadi...
Andai terjadi apa yang tidak kita ingini...jangan lupa kita turut menyumbang kepada terjadinya ia...apa nak dikata...
3 comments:
Pergh.. Ader jugak logo puak hamas nieh yerk.. ingatkan pekida jerk.. Ehehe..
Tenq uncle kerana telah memberi komen yang positif dkt blog saya tuh. Hits blog saya memang kurang. Seperti tidak ader aper2 yg boleh dikongsi kepada orang ramai. Manfaat macam mana yang uncle sebutkan tuh?
Dan.. Aper yang uncle rasakan kurang dalam penulisan blog saya?
Founder Off -> http://zackrulz.blogspot.com
psstt.. you've been nominated for bloggers creative award.. visit my blog to claim your award k?
uncle.. nak mintak kasi komen..
http://zackrulz.blogspot.com/
uncle tgk latest entri pasal ict camp..
Post a Comment