Wednesday, August 27, 2008

Nostalgia...

Tadi aku sembang-sembang dengan wife aku, teringat kami kepada satu peristiwa masa aku kerja dengan bos lama aku, Dato' Seri Shahidan Kassim (ex-MB Perlis)...

Antara tugasan khusus aku kat Pejabat MB masa tu ialah mengatur pergerakan MB di luar negara bila dia ada urusan rasmi, tak kira dengan Perdana Menteri, berseorangan mahupun rombongan dagang kerajaan Negeri Perlis...

Aku bertanggungjawab dari menempah tiket kapalterbang, hotel, pengangkutan darat (kereta la tu..) kat destinasi tu, mengatur pergerakan dengan Wisma Putra, menghubungi kedutaan Malaysia di negara terbabit dan macam-macam la lagi...pendek kata seberangkatnya beliau dari KLIA sampai lah mendaratnya beliau kembali di KLIA, aku kat Malaysia ni sama seolah-olah aku pun sama kat sana...

Aku tak ingat peristiwa ni tahun berapa, tapi dalam awal 2003 kot, pasal masa tu masih Tun Mahathir sebagai PM kita...

Jadi kisah yang kami teringat ni adalah ketika Dato' Seri Shahidan di arahkan oleh PM untuk mewakili UMNO dalam satu persidangan di Afrika Selatan...maka aku pun buat la semua urusan, cuma masa tu aku masih tak secekap masa last2 tu la...ececece....

So aku buat semua urusan...termasuklah urusan kenderaan rasmi beliau kat Cape Town melalui Kedutaan Afrika Selatan di Kuala Lumpur...aku dah lupa nama mamat Afrika Selatan ni...

Tapi mamat ni agak mangkuk sikit...lepas aku bagi semua buti-butir perjalanan dan jadual kat sana untuk dia sediakan kenderaan, dia janji akan sediakan...

Tiba-tiba on the day yang Dato' Seri nak travel tu, masa tu aku dah kat KLIA, mamat ni call aku mintak ambik satu dokumen nak kirimkan melalui Dato' Seri...siap demand pulak kata kalau tak bawak dokumen tu nanti mungkin ada masalah...

Gila apa aku nak pergi ambik dari dia pulak, bos aku dah nak terbang malam tu...so aku buat dek ja la...

Dokumen apa?...Kejap lagi la...

Then aku esoknya pergi rumah mak sedara aku kat Banting...tengah makan nasi..ada call masuk...sekali Dato' Seri dah ada kat Cape Town tanpa ada kenderaan tunggu dia...aiseh!!!Dia dah marah2 la...

Aku call mamat tadi tu, dia cakap tu la pasal..kena bawak surat semalam tu pasal itu dokumen kenderaan...aku kata gila ke apa nak kirim surat kenderaan melalui orang yang nak pakai kereta tu sendiri...dia kata "You have to pay for what you've done"...siot...

Aku kata tu VVIP, takkan nak kirim...tu dia kena tunggu kat airport lama tu...dia kata.."Let's teach the VVIP some lesson"...aku masa tu maki cakap melayu la...apa lagi...

Then aku ikhtiar macam-macam, aku call staff kat Kedutaan Malaysia kat Afrika Selatan...kawan tu kata tak de kenderaan nak pick up dari pihak Kedutaan Malaysia...tapi dia bagi aku nombor handphone DUTA AFRIKA SELATAN kat Malaysia...amik ko...hehe...

Aku call terus Duta tu, baik bukan main...aku pun jenuh address Mr Ambassador la...aku cerita ceriti kat dia, dia janji dalam 15 minit akan ada kereta ambik bos aku tu...dan aku sound dia suruh ambik tindakan kat mamat sial tadi tu...hehe...tak tau la apa jadi...

Lepas tu aku bagitau bos aku perkembangan, dan dalam 10 minit dia call aku dan bagitau kereta dah sampai...dia dah cool...hehe...aku pun story la pasal apa yang terjadi...

Satu ja nasihat Dato' Seri Shahidan masa tu yang aku ingat sampai hari ni..."Buat satu benda sendiri sampai habis Azhar, jangan percaya orang lain, orang lain takkan faham kehendak kita buat sesuatu.."...

Nasihat tu aku pegang sepanjang aku kerja dengan beliau...selama 5 tahun 9 bulan aku kerja kat Pejabat MB tu, tak ingat dah aku berapa banyak rombongan peribadi Dato' Seri dan rombongan dagang Kerajaan Negeri Perlis yang aku aturkan...dan untuk semua tugasan tu aku hanya buat sendiri...pasal aku pegang kata-kata Dato' Seri tu...Thanks Dato' Seri...

Tu la salah satu nostalgia aku berkhidmat dengan Dato' Seri Shahidan...biasal la pahit manis kerja kan...kalau nak manis saja mana nak dapat..kan...apa nak dikata...

3 comments:

Rifaie said...

mencabar gak keje uncle dulu2 ek..
tp takpe, sekurangnye2 bertambah gak pengalaman.. tabik la kt uncle.. :)

SYARIENARIFEN said...

WOW...
TABIK TOIN TOIN KAT UNKEL..

Suria Azhar said...

ekekke...
sampai skrg kalo SK call jek..u mesti bingkas bgn mcm dia ade depan u eh..

one thing yg unkel selalu tersasul..each time SK cal..dia akn jwb.."ye YAB.."

walaupun skrg SK bukan lg seorg YAB..nk wat cmne..dh mmg dr dulu pgl gitu..hahhah