Thursday, December 31, 2009

Ulang Siaran : Allah Is God, But God Is Not Necessarily Allah...

Entri ini ialah ulangan dengan sedikit penambahan. Entri asal ditulis pada 2 Mac 2009. Aku ulang sebab hari ini Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang di adili oleh Hakim Datuk Lau Bee La telah buat keputusan membenarkan Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah sebagai ganti perkataan God pada penerbitan mereka di dalam Bahasa Malaysia.


Kenapa kalimah Allah hanya khusus buat agama Islam?


Sebenarnya kalau dikaji dari semantik Bahasa Arab, perkataan Tuhan di dalam Bahasa Arab ialah [Ilaah]...sebab itu kita menyatakan [Laa Ilaaha IllalLah], bererti Tiada Tuhan selain Allah...

Sebab itu juga tiada perkataan jamak (plural) untuk Allah, tetapi ada plural untuk [Ilaah] iaitu[Aalihah] bermaksud Tuhan-tuhan...

Sewajarnya God diterjemahkan sebagai Tuhan, bukannya Allah...

Aku tak mau berdebat lebih panjang, tetapi rasanya cukup sekadar aku berikan contoh tiga skrip dari Bible yang aku berikan di bawah (yang telah aku terjemahkan mengikut kehendak pihak yang nak terjemahkan God sebagai Allah)...

Kepada pihak yang beragama Islam tetapi masih mahu menyokong dan menyatakan tidak mengapa digunakan God sebagai Allah...anda baca terjemahan berikut, kemudian tanyakan jauh ke dalam jiwa anda apakah anda tidak risau anak-anak dan golongan muda Islam kita akan terkeliru dan terpesong dengan terjemahan ini...

1. Matthew 3:16–17: "As soon as Jesus Christ was baptized, he went up out of the water. At that moment heaven was opened, and he saw the Spirit of God descending like a dove and landing on him.And a voice from heaven said, 'This is my Son, whom I love; with him I am well pleased.'"

Terjemahan mengikut keputusan Mahkamah Tinggi hari ini :

"Sebaik saja Isa dibaptiskan, baginda keluar dari dalam air. Ketika itu syurga dibuka, dan baginda melihat
Roh Allahmelayang seperti burung merpati dan hinggap di atas baginda. Dan satu suara dari syurga memberitahu, 'Ini ialah anak Ku, yang Aku kasihi, bersamanya Aku gembira."


2. Luke 1:35: "The angel answered and said to her, 'The Holy Spirit will come upon you, and the power of the Most High will overshadow you; and for that reason the holy Child shall be called the Son of God.'"

Terjemahan mengikut keputusan Mahkamah Tinggi hari ini :

"Malaikat itu menjawab dan menyatakan kepadanya, 'Roh yang suci akan datang kepada kamu, dan kuasa yang paling tinggi akan mengatasi kamu; dan untuk sebab itu anak yang suci akan digelar Anak Allah.'"

3. Isaiah 9:6 "For to us a child is born, to us a son is given, and the government will be on his shoulders. And he will be called Wonderful Counselor, Mighty God, Everlasting Father, Prince of Peace."

Terjemahan mengikut keputusan Mahkamah Tinggi hari ini :

"Pada kita akan lahir seorang anak, kepada kita akan dikurniakan seorang anak, dan tanggungjawab akan berada di atas bahunya. Dia akan digelar perunding yang indah,
Allah yang berkuasa, Bapa yang berkekalan, putera keamanan."

Apa macam?

Anda masih merasakan bahawa God itu wajar diterjemahkan kepada Allah??

Allah is God, but God is not necessarily Allah...

Allah adalah merupakan Tuhan (yang sebenarnya yang berhak disembah) tetapi Tuhan tidak semestinya Allah, kerana mungkin Tuhan kamu bukan Tuhan kami iaitu Allah...

klik gambar untuk besarkan dan lihat bahagian bertanda merah

Jangan kerana hendakkan kuasa dan pengaruh politik, semua benda kita gadai dan jual...apa nak dikata...

Monday, December 28, 2009

Disember 2009...

Banyak sangat nak cerita pasal apa yang berlaku dalam Disember 2009 ni...

Aku nak cerita pasal kunjungan ke Johor untuk Majlis Akad Nikah adik aku Ammar dan majlis perkahwinan dia...aku nak cerita pasal majlis suka ria aku dengan Encik Hazrey yang terkenal...aku nak cerita pasal majlis kenduri kahwin di rumah my parents...dan beberapa lagi kisah suka duka...

Ok, kita sembang satu persatu...

19 Disember 2009, adik aku Ammar selamat diijabkabulkan dengan Nurriza...majlis berjalan lancar dengan sekali lafaz (meneruskan kecemerlangan abang-abang dia..hehe) di Masjid UTM Skudai...



Then aku lepak rehat kat Pulai Springs Resort...smart ar tempat ni...best jugak..dan malamnya aku dan isteri dikidnap oleh blogger tersohor Hazrey si Bapak Gula-Gula...dia dengan wife dia jugak...aku bersetuju untuk menjahanamkan anak tekak aku yang dah memang serak tak nak keluar suara tu dengan ikut diorang pergi Kotak Merah kat Plaza Pelangi..glamer aku jalan dengan dia, semua orang pandang je..walaupun maybe dia ingat orang pandang dia sebab jambu, walhal orang pandang aku...haha...jangan marah bro...

The next day, 20/12, majlis resepsi perkahwinan adik aku tu, kat Rumah Alumni UTM...meriah, siap ada Zapin bagai...makanan pun bagus..dan sekali lagi Hazrey dan isteri dia yang pertama hadir memeriahkan majlis...serius gila tak kering gusi aku duduk dengan dia...

Segak tak?Macam model iklan ubat gigi kan mereka tuuu..hehe

Petang tu jugak aku gerak balik ke Melaka, then the next day tu bawak anak-anak aku berjalan-jalan makan angin kat Melaka...jalan kota A'Famosa, muzium-muzium kat Melaka...rupanya anak-anak aku walaupun mak diorang orang Melaka, belum pernah jalan pergi sana...hehe...

Then off to KL...dari 21/12 malam sampai lah 24/12 kat KL...tak de jalan ke mana pun, just lepak rumah my sister in law kat Kelana Jaya...melayani emosi yang sedikit terganggu masa tu...hehe..

Balik ke Perlis 24/12 petang, amat letih...pukul 9.30 malam dah tido..haha..then tomorrow tu my newly wed brother and sister in law datang rumah, tolong ambik barang-barang untuk majlis kenduri kahwin kat rumah my parents pulak...aku malam tu baru gerak ke Butterworth..

Come 26/12, majlis kenduri..dah lama rumah tu tak buat kenduri, and this is the first time kenduri besar...5 buah khemah dan jemputan 1000 orang...letih gak la, tapi best sebab jumpa relatives yang lama sangat tak jumpa...


Malamnya off to Penang, tido umah my brother Annuar, esoknya my boys and his kids nak pi tengok Alvin and The Chipmunks: The Squekel...and kami lunch at my sister's house...petang balik Perlis...gila letih...

Ok, there will be some sequel to this entry, especially part-part yang menarik dan meruntun perasaan...hehe...tapi nanti-nanti la aku tulis...ni ialah sinopsis apa yang aku lalui sepanjang seminggu setengah ni...dan that's how my holidays goes...letih?for sure, tapi ada kepuasan di dalamnya, eceh ayat...haha..


Cuma part-part meruntun perasaan tu, membuatkan hati rasa sayu, hiba...apadia??Nanti la...letih lagi ni dan perlu kemas rumah...orite..apa nak dikata...

Friday, December 11, 2009

Tragedi Nikah Empat Jam...

Aku rasa by now dah ramai yang tengok news dan baca paper online berkaitan tragedi yang berlaku di Perlis siang tadi...

Pengantin baru antara 4 maut dalam nahas kereta-bas

KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun, berkata pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.

Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Apsah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.




Aku amat terasa dengan tragedi tu...mangsa yang terkorban semuanya jiran aku dulu masa aku tinggal di Taman Melati Indah, Beseri...rumah aku sebelah rumah Allahyarham Abdul Kadir tu...

Lepas waktu solat Jumaat tadi, aku terbaca Mutakhir Berita Harian tentang tragedi yang mengorbankan empat nyawa termasuk seorang pengantin yang baru bernikah di Jalan Kangar-Padang Besar...aku terus bagitau isteri, betapa kesian nasib mereka...masa tu belum disiarkan nama yang terkorban...

Lewat petang aku dapat call dari seorang jiran jugak kat situ dulu, dia menangis bagitau Abang Kadir meninggal dunia...macam tak percaya, aku ulang ayat kata dia nak kenduri kahwin anak dia Ahad (13/12) ni...Pemanggil bagitau aku suruh datang rumah mayat sekarang...

Sambil isteri dan anak-anak siap, aku telefon seorang jiran lagi nak tanya sahih...Aku call Abang Musa...suara Abang Musa sedih bagitau aku.."Bukan Kadir sorang Azhar...anak kami pun ada sama.."...aku macam tergamam...kami terus pi rumah mayat..

Bila sampai kat situ, aku tegur dua tiga orang, tetiba wife aku terus menangis...baru kami dapat tau jumlah yang terkorban dan sapa yang terkorban...Abang Kadir, Kak Apsah isterinya, Arif anaknya (pengantin) dan Mat Farhan, anak Musa jiran depan rumah diorang...sedih tak tau nak cakap masa tu..

Then diorang panggil aku dan family masuk...rupanya jenazah Abang Kadir dah dikafankan..aku bawak anak-anak pi depan jenazah dan ajar diorang sedekahkan Al-Fatihah...

Then kami ke sebelah dalam lagi, baru nampak Abang Musa dan Kak Noriah isteri dia...lepas ucapkan takziah dan console diorang, nampak pulak Hafiz anak kedua Abang Kadir..Hafiz doktor kat Hospital Tuanku Fauziah ni...Hafiz peluk aku menangis kuat...then jumpa Azli anak sulung diorang...

Keluarga kami dan keluarga Abang Kadir dan Musa memang rapat...sangat rapat..

Walaupun aku dah tak duk kat Taman Melati Indah lagi, tapi saling menghubungi dan mengunjungi...

Antara kenangan paling kuat sekali ialah masa tragedi yang menimpa aku dan Adam, masa tu sliding door pecah, kena muka anak aku...Abang Kadir yang drive kami ke hospital...dan jiran-jiran bersihkan kaca dan darah sampaikan bila aku balik je dah clear dan bersih...

Sama jugak tadi..waktu keluarga Abang Kadir dan keluarga Musa sibuk di rumah mayat, jiran-jiran kawasan tu take the liberty untuk arrange rumah kedua-dua keluarga tu, untuk persiapan bawak balik jenazah...siap pasang spotlight sebab dah tahu malam baru akan balik...aku amat respect kejiranan situ...

Allahyarham Arif, anak bongsu Abang Kadir baru saja balik dari UK..dan Abang Kadir dan Kak Apsah sendiri baru balik dari konvo Arif kat sana...teringat lagi masa aku pi tu lagi seminggu Abang Kadir nak pi London...dia dok bagitau rezeki dapat pi sana tengok anak...dan dia bagitau aku bila balik nanti dia nak nikahkan Arif..memang stail dia tak suka anak-anak usung kawan pompuan lama-lama katanya, baik bagi nikah...Arif pulak sepatutnya lapor diri 1 Disember sebagai tenaga pengajar kat UiTM, tapi minta tangguh 15 Disember sebab kahwin...dan Arif ni yang paling rapat dengan kami, sebab waktu kami berjiran tu, dia selalu bawak balik anak aku Adam ke rumah...masa tu dia sekolah lagi...

Allahyarham Muhd Farhan, kami panggil Mat Farhan pulak anak bongsu Abang Musa dan Kak Noriah...abang Musa anggota Polis dan Kak Noriah kerani sekolah...baru tahun ni Kak Noriah kena tukar ke Selangor, jadi Mat Farhan duk rumah dengan ayah dia berdua...sejak kecik memang samada anak aku bertandang rumah dia atau dia bertandang rumah kami...

Tadi suasana kejiranan yang meriah jadi sayu...ramai orang berkunjung tadi...dan jiran-jiran situ yang amat prihatin dah siapkan rumah kedua-kedua keluarga mangsa...terang benderang...rumah diorang pun dibuka supaya tetamu ada tempat duduk...kerusi penuh di keluarkan...siap ada sapa tak tau dah keluarkan tong air, bancuh air oren untuk tetamu minum...

Dan hampir kesemua jiran tadi masih dalam keadaan termangu...tak cakap banyak pasal masing-masing masih susah nak swallow kejadian yang berlaku mengakibatkan kehilangan empat orang jiran serentak...

Kematian memang boleh diterima, tapi tragedi tu yang agak sukar...sebab Abang Kadir memang terkenal berhemah di jalan raya...itu lah kan, kalau dah ajal, tak siapa boleh halang...

Pilu bila teringat ayat Abang Kadir waktu dia call aku jemput kenduri..."Abang Kadir jemput siap-siap pakai telefon ni, kot-kot tak dan jumpa Azhar.."...

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita bakal kembali...

Semoga roh mereka berempat ditempatkan Allah bersama kalangan para solihin...kepada isteri Arif, semoga tabah menghadapi dugaan ni...setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi...

Kepada pembaca blog yang budiman, sudilah kiranya kita pakat sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mereka yang terkorban tadi, Abdul Kadir Awang, Apsah Osman, Muhd Arif dan Mohd Farhan Musa....


Monday, December 7, 2009

Antara Dua Darjat...



Tak mau tulis banyak-banyak...

Nak lebih?

Bandingkan ranking di SINI dengan di SINUN...

Apa nak dikata...


Saturday, December 5, 2009

And The Countdown Starts...


Diorang dah draw untuk World Cup awal pagi tadi...

Bukannya lama sangat lagi, ada 187 hari je lagi...11 Jun 2010...

Sekejap je, rasa macam baru je 2006 dulu..

Memang perangai aku, kalau World Cup, aku akan jadi gila...betul..semua game aku akan tengok...jadual aku berterabur..makan minum pun ikut suka, tengah malam pagi buta makan macam-macam...pasal tu ending lepas World Cup 2006 dalam dua minggu, aku warded kat Hospital Tuanku Fauziah Kangar...Tekanan Darah Tinggi...hahaha...

So untuk 2010 ni kena lebih bersedia dan berhati-hati...tapi best sikit, sebab bila main kat South Africa, kita untung la sikit...games semua sekitar jam 7.30 malam, 10.00 malam dan paling lewat pun 2.30 pagi saja...

Dan aku tak pernah suka percaya football pundits dalam World Cup...tu pasal 2006 aku dah predict France masuk final, sampai masa satu majlis keramaian waktu demam World Cup tu, yang bertemakan jersi, aku pakai jersi ayam tu, pakat bantai gelak la kat aku, especially geng jersi England laaaa...aku selamba je cakap, France will play kat final...hehe...



Oh ya, lupa plak...ini hasil undian tu...

Group A: South Africa, Mexico, Uruguay, France
Group B: Argentina, Nigeria, Korea Republic, Greece
Group C: England, USA, Algeria, Slovenia
Group D: Germany, Australia, Serbia, Ghana,
Group E: Netherlands, Denmark, Japan, Cameroon
Group F: Italy, Paraguay, New Zealand, Slovakia
Group G: Brazil, Korea DPR, Côte d'Ivoire, Portugal
Group H: Spain, Switzerland, Honduras, Chile


Ini pula bola rasmi...Jabulani...


dan ini pulak Charlize Theron yang sentiasa lawa...David Beckham jugak la untung dapat cium pipi dia malam tadi...damn...


Lawa kan...



Untuk yang nak bersedia awal dan perlu lihat jadual group games...sila tengok siap-siap jadual itu ya...tapi nanti dekat-dekat World Cup tu banyak la pihak yang print magazine segala mak neka tu...




p/s: Aku agak malas update blog sekarang...dan aku jugak akan sedikit sibuk menjelang adik aku nak kawen ni...semoga tahun 2010 ni aku rajin sikit...ok...

Friday, November 20, 2009

Kerja, Kerja dan Kerja...



Zaman ni zaman susah cari kerja...ramai sangat graduan dan masih ramai veteran bekerja...so akibatnya yang baru agak susah la nak cari kerja...anak buah aku Si Jalak pun baru dapat kerja kat kilang apa tah..tak pe la, kerja la dulu..nanti-nanti ada peluang lebih baik tu...

Teringat kisah silam aku dan kerja...

Kerja pertama yang bergaji aku buat ialah mengajar..lepas habis sijil khas aku kat Ma'had Tarbiyah Islamiyah Perlis tu, sementara menunggu dapat ke Universiti aku ditawarkan mengajar sementara kat situ...so ironik sebab aku kena mengajar subjek Sejarah form 1 dan 2...sedangkan SPM aku dulu aku dapat sejarah 7...hehe..cukup lulus je...ala, Sejarah je...kan..

Masa tu aku mengajar penuh semangat...maklum la baru start keje kan...stamina dan daya fikir masih tinggi...hehe...

Then aku sambung belajar...

Balik je dari belajar tu, Alhamdulillah aku dapat kerja mengajar jugak, tapi kat satu IPTA di KL...bunyi macam hebat, tapi diorang bagi aku taraf sementara je..bongok betul...sebab masa tu tengah sibuk privatisation tempat tu...so cukup setahun aku blah...benefit apa kebenda pun tak de, tunggu buat apa lagi...

Then dari situ aku mula kerja macam-macam...

Aku pernah kerja sekejap jadi Account Executive kat satu advertising company...bila aku tunjuk sijil-sijil aku, bos kat situ kata talde satu pun yang relevan dengan kerja tu, tapi dia nak hire jugak aku katanya...aku belajar satu bidang yang aku tak pernah tahu pun selama ni...

Tak lama lepas tu aku kerja pulak kat satu rangkaian restoran franchise dari German...tapi restoran tu dah takde sekarang, tak survive...kat situ aku mula dari dok kat bahagian bakery nya, front counter, sandwich line, pizza line...sampai la aku jadi supervisor dan dihantar ke cawangan lain untuk manage kat situ...

Then aku balik ke tempat tumpah darah aku...aku buat dua kerja...sebelah awal pagi aku meniaga kat pasar...then kemudiannya aku mengajar sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih...dalam masa sama aku apply kerja yang lebih sesuai dan relevan...

Alhamdulillah aku akhirnya dapat tawaran jawatan Pensyarah kat satu IPTS kelolaan kerajaan Negeri di Perlis...so bermula lah episod kedua hidup aku kat Perlis...dulu belajar (dan kerja sekejap)..now kerja dan berkeluarga...

dari pertengahan 1999 hingga hujung 2001 aku kat situ...IPTS ni baru nak naik..so semua kena buat kerja yang banyak. Baru nak apply LAN (Lembaga Akreditasi Negara - now known as MQA), aku siapkan paperwork semua tu dengan kengkawan pensyarah lain. Kena jadi bahagian Hal Ehwal Pelajar la, kena jaga pejabat Pendaftar la...macam-macam...

31 Disember 2001 aku dapat rezeki menggolek...Menteri Besar Perlis masa tu, Dato' Seri Shahidan Kassim panggil aku ke pejabat...sepatah je ayat dia masa tu.."esok you mai angkat sumpah jadi Pegawai Khas I.."aku masa tu macam nak tanya dia buat lawak apa...then aku diminta resign oleh pentadbiran IPTS tu dengan backdated sebulan surat resign aku...hahaha...

so 2002 bermula dengan aku kerja baru...dan kerja inilah yang paling lama aku buat sepanjang kehidupan aku bekerja...selama 5 tahun 9 bulan aku jadi Pegawai Khas beliau..paling aku seronok ialah aku tak tahu apa yang akan aku hadapi esok hari...sangat berbeza dengan sebelum ni aku Pensyarah, dah tahu jadual kerja selama satu semester...

Dan aku paling banyak belajar selok belok kerja waktu ni...satu amalan aku watu kerja kat situ ialah aku buat semua kerja...aku tak pernah arah orang fotostat apa yang aku nak, aku fotostat sendiri je..aku taip sendiri (kecuali kalau sibuk sgt la)..dan aku enjoy kerja tu...

Then 1 Oktober 2007, aku ditawarkan kerja kat lain pulak...kali ni kira macam sikit upgrade la..jawatan aku sekarang ni lah...cuma aku tak enjoy sepertimana aku enjoy sebelum ni...sebab kerja tak mencabar...tapi tak pa, aku akan kerja jugak sebaik mungkin..tanggungjawab kan...

Itu sinopsis kerja-kerja yang aku dah buat...nampak macam simple, tapi sebenarnya terlalu banyak pengalaman aku dapat sepanjang apa yang cerita kat atas tu...pengalaman tu semua membuatkan aku akan buat apa saja tugasan yang dicampakkan kat aku walau susah macam mana sekalipun, dan aku akan realisasikan benda tu...benda tak boleh akan aku usahakan jadi boleh jugak...

Dan hasil kerja dan tugasan semua tu jugak dah menemukan aku dengan macam-macam jenis manusia, kecil dan besar, kaya dan miskin...dan depa masih boleh tegur aku macam dulu jugak sebab sepanjang kerja dan tugasan aku dulu aku tak meninggi diri...tu memang sikap aku (bukan puji diri tauuu..aku memang baik..hehehe)..aku boleh sembang hisap rokok dengan Pembantu Am Rendah, Kerani N17, Kerani N27, PTD M41, PTD M44, malahan PTD M52 pun masih ada yang jumpa aku mesti pow rokok aku...hahaha...kita mesti berkawan dengan semua orang...kan..

So kepada adik-adik dan anak-anak yang baru nak masuk bidang kerjaya ni...buat kerja dengan sungguh hati...jangan peduli kalau ada colleague kita yang curi tulang..jangan tiru, tapi do your best and give your best...kalau tak dibalas hari ni, esok lusa apa yang kita buat tu akan nampak hasilnya...trust me...been there done that!!apa nak dikata...

Friday, November 13, 2009

Tun Mahathir On History Channel



Ok, entri untuk yang meminati, menghormati dan menyayangi Tun Mahathir Mohamad...kepada yang tak suka tak yah komen, pi main jauh-jauh, tunggu your idol on History Channel or any other channel including Zionis TV...

History Channel (Astro 555) akan menayangkan dua episod khas berkaitan Tun Mahathir...petikan dari laman web History Channel :

With exclusive access to Dr. Mahathir, HISTORY uncovers the life of Mahathir Mohamad from his early days in a small rural town, alongside life under Japanese occupation during World War II, to his emerging political activism protesting British colonialism, and his meteoric rise in politics that would see him serving as Malaysia’s Prime Minister for a staggering 22 years.


Mahathir modernised Malaysia and instilled confidence and pride in his Malay race but power struggles, crises and scandals would plague his illustrious career. See how a man so fearless and powerful, who makes bold outrageous statements, would suddenly break down in tears at the podium.


Seperti lain-lain siaran di Astro, ia akan di ulang tayang beberapa kali...ini jadual Episod Pertama :

Sunday 15 November 8:00 PM HK/SIN/MAL 7:00 PM Thai/WIB
Monday 16 November 1:00 AM HK/SIN/MAL 12:00 AM Thai/WIB
Monday 16 November 1:00 PM HK/SIN/MAL 12:00 PM Thai/WIB
Monday 16 November 10:00 PM HK/SIN/MAL 9:00 PM Thai/WIB
Tuesday 17 November 4:00 AM HK/SIN/MAL 3:00 AM Thai/WIB
Tuesday 17 November 4:00 PM HK/SIN/MAL 3:00 PM Thai/WIB


sebenarnya ada banyak lagi tarikh, pergi baca kat SINI...

Untuk Episod Kedua pulak :

Sunday 22 November 8:00 PM HK/SIN/MAL 7:00 PM Thai/WIB
Monday 23 November 2:00 AM HK/SIN/MAL 1:00 AM Thai/WIB
Monday 23 November 2:00 PM HK/SIN/MAL 1:00 PM Thai/WIB
Monday 23 November 10:00 PM HK/SIN/MAL 9:00 PM Thai/WIB
Tuesday 24 November 4:00 AM HK/SIN/MAL 3:00 AM Thai/WIB


Rujuk SINI...

Monday, November 2, 2009

Aku Sebatang Pen...

Pen merah pen biru, you marah I love you
Aku dilahirkan di sebuah kilang di ibu negara.Aku bersama rakan-rakan aku telah diwarnakan dengan pelbagai warna, dan diriku telah diwarnakan biru.Bermula lah kehidupan aku sebagai sebatang pen biru.Kami dimasukkan ke dalam kotak untuk diedarkan ke seluruh negara.

Ok, abaikan perenggan pertama karangan budak sekolah rendah tadi tu.

Hari ni anak-anak aku mula exam akhir tahun. Paper pertama tentunya Bahasa Melayu.Anak-anak aku bukan cemerlang dalam penulisan bahasa Melayu, sekadar cukup makan je, tu pun makan kena suap.

Selalu yang akan bantu ajar anak-anak aku dalam BM ni ialah my wife, bahasa Melayu dia lebih baik (penulisan lah, kalau percakapan aku pun lancar jugak...)

Dan hari tu aku overheard dia ajar anak aku buat karangan macam yang kat atas tu la...Aku Sebatang Pen..

Suddenly aku teringat satu hari anak aku balik dan bagitau hari ni dia belajar penulisan email dalam subjek Bahasa Melayu, and I was like...Wahh..sekarang syllabus dah ada penulisan email ya, bagus tu...and really aku tak tau pulak bahawa menulis email ada formatnya, ye la, kan dah ada template siap kat situ, To, C.C, B.C.C, Title dan apa bala lagi...rupanya ada format jugak ya...tak apa lah...

Ya, aku pakai email Yahoo je...

And it really shows how technology benar-benar memajukan kita semua...sampaikan kat sekolah rendah pun budak dah diajar guna email, maka sebab tu aku heran kalau ada kakitangan kerajaan yang kalau mintak sesuatu dan aku kata akan scan dan email, dia jawab..eh ko fax la senang, aku malas la nak bukak email..tetiba dia boleh pulak komen status aku kat Facebook...kan macam hawau...maybe dia kena masuk sekolah rendah semula...

Then otak aku menerawang lagi...sampai bila agaknya anak-anak kita akan terus menulis karangan berbentuk aku sebatang pen tadi...

Sebenarnya bagus karangan macam tu, sebab menjadikan budak tu mampu imagine diri dia selain dari manusia...cuma maybe boleh dikembangkan jadi Aku Sekeping LCD TV ke...Aku Sebuah Laptop ke...Aku Sebuah MP3 Player ke...Aku Sebuah Thumbdrive ke...atau the worst pun maybe Aku Sebuah Remote Astro ke...kan..

Sebab pen tu dah selalu la, dan zaman aku dulu dah buat karangan tu...so untuk selari dengan perkembangan teknologi, maka ubah la kepada sesuatu yang relatif dengan anak-anak zaman sekarang, tapi jangan plak buat Aku Sebatang Rokok, sebab akan jadi pendek sangat karangan tu...

Berbalik pada perubahan dan perkembangan zaman...

Sekarang dan dulu amat jauh berbeza...aku kadang-kadang cuba nak buat macam zaman dulu dengan anak-anak, tapi kerana masa dan zaman dah berubah, kena jugak la kita adapt dengan perubahan, cuma still dalam batasan dan lingkungan budaya dan adab kita...

Anak-anak aku bebas berblog, ber-facebook (in fact Adam diminta oleh cikgu dia kat sekolah tolong setup facebook untuk cikgu tu, cool kan...)...tetapi semua tu kat rumah, depan mata mak bapak diorang...dan search engine aku siap dah filter (bila aku pakai aku disable la filter tu, aku kan dah dewasa...hehe..)

Selera muzik diorang pun lain...Rayyan akan bukak Fort Minor...Adam dengan Jonas Brother, High School Musical dan Miley Cyrus dia (jiwang mamat nih..)...tak masuk betul dengan aku..tapi aku still download jugak la dah anak suka kan...

And aku masih mencari jalan nak bantu anak-anak aku buat karangan Bahasa Melayu yang baik..I mean my wife la yang bantu, aku sambil dengar je...

Hopefully both my sons (and my friends' kids also) will do their best in exam dan akan berjaya with flying colours...

Demikian lah kisah hidup aku sebagai sebatang pen. Aku gembira kerana telah dapat berkhidmat kepada manusia di dalam mencari ilmu sepanjang hayatku.Harapanku ialah aku akan dikitar semula dan akan dapat hidup semula sebagai sebatang pen yang lebih glamer..eh...pen boleh recycle tak???...apa nak dikata...

Wednesday, October 21, 2009

Belacan Punya Pasal...

Siapa tak suka makan belacan?

Mungkin ada yang tak suka..atau bagitau dia tak suka makan belacan...tapi hakikatnya hampir semua kita makan belacan samada secara sedar atau tak...

Belacan bukan smuggle

Orang yang ada sinus atau resdung, mungkin tak mau makan belacan atau mungkin kurangkan belacan...orang yang tak kisah pulak, mungkin makan belacan macam makan keju...ada ke?

Takpe...

Yang penting aku nak cerita nih, dah kebetulan malam ni aku mengadap Buletin Utama tadi...

Kisah seorang makcik penjual belacan di Terengganu yang nyaris kena penjara pasal jual belacan...

Aku terus terbayang ini...



Tengok dari minit 6:20 hingga 8:20 untuk kisah belacan...kalau nak tengok yang lain-lain pun bagus...evergreen...

Kemudian terbayang pulak kisah ni...



Belacan punya pasal nak bunuh..minit 0:35 hingga 0:40...selebihnya boleh tengok lobang hidungmu tatap menjadi pojaan hatiku...haha...best...

Ok, back to topic...

Rupanya makcik tu didapati salah menjual belacan yang kandungan proteinnya hanya 23%, sedangkan mengikut akta (ada akta beb, siap ada nombor2 akta, aku tak ingat, esok korang beli paper la baca..) belacan mesti mengandungi sekurang-kurangnya 25% protein...

Fuhh..aku ingat buat belacan ni senang, tangkap udang geragau...jemur...tumbuk...apa-apa lagi then wallah...jadi belacan, pek letak nama..jual tak yah smuggle...

Rupanya kena ikut akta jugak ye...kena tau kandungan dan komposisinya...

Patutlah tak de pokok belacan kan, macam P.Ramlee tanyakan dalam Ahmad Albab tu...kalau ada pokok belacan tak payah makcik tu susah-susah nak pastikan kandungan protein dalam belacan dia...

Kesian aku tengok muka makcik tu tadi dalam TV...betul-betul muka innocent...muka yang membayangkan dia hanya jual je belacan tu tanpa tahu protein tu apa...mungkin makcik tu pernah dengar, tapi dia tak tahu apa protein tu...

Oh ya, dia kena denda kalau tak salah aku tadi...

Satu soalan la aku nak tanya...

Bila kita makan belacan, tak kira la kuah rojak ke...sambal belacan ke...kuah cicah buah-buahan ke (tempat aku panggil garam belacan)...adakah kita kategorikan makanan tu semua sebagai makanan berkhasiat???Hehe...apa nak dikata...

Wednesday, October 14, 2009

Things I Learned From Him...

I am a father...and as a father I wan't to raise my kids to be better than me...

And I am a son, and as a son I learned a lot from my father...

Abah aku seorang yang strict...berprinsip...disiplin...punctual...and put some more interesting attitude in a man, and you'll find him...

He was a teacher, a Mathematics teacher...abah mula mengajar Matematik dari zaman orang putih...bukan setakat mengajar kat sekolah, laman rumah aku dijadikan kelas tusyen...dengan yuran sebanyak RM10 (sepuluh ringgit) sorang, abah ajar beratus (or is it beribu??) orang budak yang nak ambik SRP Matematik...Setiap Sabtu dan Ahad kami hanya duduk kat rumah tengok tv, dan abah ajar tusyen luar rumah...but we do berjalan bercuti sekali sekala...

Dalam hidup, aku banyak di disiplinkan oleh cara abah didik kami...zaman tu rumah aku takde video player...aku takde game Atari...

Abah sangat pentingkan moral value...makan nasi kat meja mesti sekali semua ahli keluarga...mesti pakai baju (takleh berlenggeng la makan kat meja..)...tak leh tengok wayang sendiri (masa kecik aku pergi tengok King Kong satu family)...

Bila kami meningkat besar...kalau ada lah 'kawan' perempuan yang call rumah, mesti melalui badan penapisan yang FINAS pun boleh surrender...kalau niat caller tu suci hanya ingin tanya homework apa yang perlu buat, maybe lepas...maybe...kalau niat serong, baik hang up awal-awal kalau dengar suara abah la...hehe...

Bab sembahyang jangan cakap la...on time...so does bab pelajaran...aku ingat lagi, masa aku SRP tahun 1987 (ye, aku agak berusia tapi belum tua...)...abah siap pesan nanti tanda jawapan kat kertas soalan Matematik...bila abah sampai balik dari sekolah, belum buka baju dah abah minta check kertas tu...aku salah satu soalan je...diulangi salah satu soalan saja...tapi abah marah macam aku betul satu soalan saja...serius...aku makan nasi terlebih masin sebab ada unsur kimia air mata dalam nasi aku masa tu...

Abah amat jarang pukul...cuma sekali abah sound je semua terkucil..terdiam...dan setiap tindakan abah tu mendapat sokongan padu dari emak aku...kalau call yang 'kawan' tadi tu dapat kat mak aku, maka saringannya tidak kurang hebat, malahan mungkin lebih power lagi...nasib baik aku tak ramai girlfriend tau...aku bukan romeo...hehe...

Bila makin meningkat dewasa, abah banyak bagi kami buat keputusan hidup dengan sendiri..abah akan bagi nasihat dan tunjuk ajar...kalau ada sesuatu yg tak kena atau tak betul, abah akan terus direct to the point, samada call atau panggil jumpa, abah bagitau abah tak suka gini gini gini...

Dalam pada gitu pun aku selalu gak lari-lari tengok wayang...haha...aku kaki movie, mana boleh...dan abah tau jugak aku dok pi tengok wayang tu, cuma masa tu aku dah bawak motor, dan aku hanya spend masa tepat-tepat wayang plus perjalanan pi panggung je...so aku tak kena tindakan la..

So does my brothers...ada gak yang bercewekan...haha...jangan tak mengaku weih...hehe...tapi masing2 jaga batasan dan kelakuan, dan yang paling penting tiada panggilan telefon ke rumah atau pun bawak balik rumah...itu maknanya memang ko menempah maut la...haha...

Then it comes to masa kini...sampai sekarang abah masih punctual macam dulu...masih disiplin macam dulu...dan abah tak nampak dimakan usia walaupun dah berumur 72 tahun...serius, kalau korang pernah tgk my father, tak macam 72...



Aku selalu jugak membayangkan kalau aku tak dijaga macam tu...adakah aku akan jadi macam sekarang..?Aku pun tak pasti...tapi yang penting aku berterima kasih pada abah yang telah menjadikan aku orang yang ada disiplin, punctual dan ada prinsip...

Hanya Allah yang mampu membalas jasa abah...

Sunday, October 11, 2009

Wali Enggan...

Wali yang aku nak cerita ni bukan kisah wali songo atau wali sepuluh ke hape ke...tapi pasal wali nikah...

Dalam Islam, setiap perempuan yang nak bernikah mesti ada walinya...samada wali nasab - ayah, abang, bapak sedara, adik atau yang menurut turutan dalam syaraknya, mahupun wali hakim - iaitu Kadi atau jurunikah yang ditauliahkan oleh pemimpin agama sesuatu kawasan atau negeri...

Kalau takde wali jangan harap nak boleh nikah...hatta kalau nikah kat Siam pun mesti pakai wali, selalunya diorang belasah wali hakim le...

Apa itu wali enggan?(apasal ayat macam ensiklopedia nih?)

Ok, kalau lah wali seseorang perempuan tu tak mahu atau tak bersetuju menikahkan anak perempuan (atau tanggungannya), maka si perempuan layak memohon wali enggan...

Perempuan tu mesti memfailkan permohonan wali enggan di Mahkamah Rendah Syariah tempat dia tinggal...ada la borang dan syarat-syarat, antaranya kena dapat pengesahan Imam Kariah tempat dia tinggal tu...then pihak mahkamah syariah pulak akan 'summon' (bukan saman, tapi panggil hadir) si wali yang enggan tu, masuk court dan nyatakan sebab kenapa dia tak suka dan tak setuju pernikahan dijalankan...andaikata Hakim berpuashati bahawa sebab tidak setuju itu tidak syarie, maka Hakim akan rule bahawa perempuan tersebut layak mendapat wali hakim...so boleh la menikah...tapi kalau kata Hakim berpuas hati bahawa sebab walinya tu syarie, maka tak leh la menikah jugak...

Antara sebab yang tak syarie ialah kalau wali tu memilih nak yang kaya ke...yang sama bijak ada PhD ke...atau nak yang pangkat Dato' ke baru nak setuju...itu tak syarie la...Yang syarie pulak, kalau lelaki yang nak menikah tu penjenayah ke...penagih dadah ke...atau memang diketahui takkan mampu memikul tanggungjawab seorang suami, maka itu syarie...

Baru kejap tadi abah aku call, ada sorang kawan dia, anak sedara kawan ni dah lari ikut lelaki boyfriend dia dan nak menikah kat Selangor pakai wali hakim...diorang ingat senang sangat kot, maka tak lulus lah...so tanya pendapat aku...

Aku bukan pandai bab Mahkamah Syariah ni, dan aku tanya kawan aku seorang Hakim Mahkamah Syariah tentang hal ni...dia terangkan kat aku prosedur yang aku sebut kat atas tu la...

Ok, sekarang nak sembang sikit...

Yang wali-wali ni, especially ayah la kan, kalau boleh cuba jangan terlalu menekan dalam memilih bakal menantu tu...kalau dia bukan penjenayah, dan kita yakin dia mampu jaga anak kita lepas kahwin nanti, bagi lah izin...kesian kat anak kita jugak...kalau dah sampai dia lari ikut jantan tu, maknanya dia betul-betul sayang dan sanggup kahwin dan menerima kehidupan lepas bergelar isteri nanti, waimma senang mahupun susah...

Jadi jangan lah keterlaluan...aku pernah handle satu kes dulu yang mana parents perempuan tu nakkan menantu yang sama level pendidikan dengan anak mereka...anak perempuan diorang ada Masters dan lelaki tu hanya SPM..tetapi mereka saling mencintai dan lelaki tu betul-betul sayang dan nak jaga perempuan tu...so aku bantulah apa patut, dan mereka berkahwin selepas prosedur wali enggan diluluskan dan Alhamdulillah mereka bahagia sampai hari ini..(I know you are reading this, and I keep praying for your happiness)...

See...kadang-kadang sebagai seorang ayah, kita terlalu overprotect anak kita, especially anak perempuan...kita tak mau diorang sedih lepas kahwin, tapi kita kena ingat bahawa semua ketetapan itu datang dari Allah...kalau kita usaha sebaik mungkin pun tapi mereka tak bahagia, itu luar kuasa kita. Bukan takde yang kahwin kaya raya tapi bercerai berai...kan..

Dan di pihak anak pulak, cubalah selami dan fahami kehendak ayah atau wali anda...apa yang mereka inginkan...andai pilihan hati anda bukan pilihan mereka, cuba yakinkan mereka bahawa itu ialah yang terbaik buat anda...ajak la yang lelaki tu sama main peranan, dia nak menikah dengan anda, jadi jangan la dia pandang dari belakang jauh-jauh je...kata orang, sekeras-keras kerak nasi, kena rendam air lembut jugak...so pandai-pandai la ambik hati bakal pak mertua tu...jangan bila dia keras ko pun nak keras sama...makan batu le jawabnya...

Bukan apa, kalau kita tengok, kadar yang lari rumah ni makin hari makin banyak...kadang-kadang sebab remeh macam ni la...ayah tak suka pakwe dia...ayah tak berkenan tunang dia...so lari...

Jangan ambik mudah sangat...dua-dua pihak kena bertolak ansur dan give and take...ayah kena fahami hati anak dan bakal menantu...anak dan bakal menantu jugak kena faham kehendak ayah...baru aman dunia...kahwin pun senang, boleh buat kenduri...boleh jemput orang ramai...

Prosedur wali enggan memang ada, tapi kalau masing-masing boleh selesaikan masalah tanpa prosedur tu, lebih manis dan elok...tak le timbul ayat.."Dia kahwin tu ayah dia bukan restu tu..."..."Menantu sikit hensem macam tu boleh bapak dia tak suka..."...

Dan korang yang kahwin setelah direstui oleh ayah dan wali tu, jaga elok-elok rumahtangga...jangan sampai terkeluar kata..."Tu pasal la dulu aku tak berkenan...tengok, anak aku dah jadi janda...!!"....apa nak dikata...



p/s : Ni satu contoh akad nikah kat Siam...tah betul ke tak video ni,tapi aku gelak keras perut la jugak...hehe..

Sunday, October 4, 2009

Barang Dulu dan Barang Sekarang...

Pernah dengar orang bandingkan kualiti barangan dulu dengan kualiti barangan sekarang?
Selalu kan...Aku pun selalu komplen macam tu..

Hari tu beli mee segera Maggi, sebab dah lama tak makan, maka kami pakat-pakat mintak wife masakkan...bukan maggi bodo je tau, siap tumis masuk sayur segala la...Biasanya untuk kami 4 orang, wife akan masak 5 bungkus...tapi hari tu wife kata macam sikit, tak macam dulu...dulu packaging rasa macam banyak, sekarang sikit..dah la tu perencah pun macam tawar je...

Kipas angin rumah aku (kipas yang jenis letak bawah tu...) patah, sebab anak aku Zain masukkan mainan apa entah masa tengah pusing...masa tu aku teringat KDK standing fan yang aku pakai sejak 1999 sampai sekarang...bukan setakat jatuh, kipas tu pernah terguling-guling masa nak pindah rumah dulu, aku siap alter tempat wayar dia supaya lebih mudah dan panjang...tapi masih setia berkhidmat sampai hari ni takde patah apa satu pun...cuma habuk je la banyak...hehe..

Kepala paip air (orang panggil pili)...dulu semua pakai besi..nak patah agak mustahil la...cuma getah washer dia akan haus by time...sekarang dah pakai PVC...kalau ganas-ganas masa nak mencebok atau nak mandi, bukan setakat dapat mandi atau cebok, tapi hasilnya kena tukar kepala paip jugak...

Terbaru yang aku alami...masa bulan puasa hari tu rumah aku kena serang hendap...ya...tidak lain tidak bukan tikus...bukan besar pun, kecik je..kata orang cencorot...dan dia dari spesies yang kurang hajar...pasal apa aku kata gitu, sebab dia boleh sesaje je tengah-tengah kitorang nak berbuka puasa lari ke tengah bawah meja makan dan langgar kaki wife aku...nasib baik dah siap masak nak makan je, kalau tak maknanya berbuka dengan kurma je la pasal tobat dia tak masuk dapur for the rest of the day..geli...

Kemudian dia masuk dan berjimba-jimba atas kain baju..wah, macam ada pesta pulak...

So masa aku nak balik rumah my parents di Butterworth, aku pergi beli gam tikus...ala yang hitam tu...

Aku pasang 8 keping kadbod tebal dengan gam tu, dan letakkan kat 8 tempat yang telah dikenalpasti sebagai laluan biasa si tikus ni...dan kami balik kampung...

Esok petangnya masa kami sampai semula kat rumah, anak-anak dah teruja nak tengok tikus yang terkena gam...cheh, rupanya begitu lekehnya kualiti gam tikus sekarang, siap ada tapak kaki kecik binatang tu berjalan-jalan atas lantai rumah aku dengan kesan gam...faham tak?Maknanya dia naik atas kadbod tu, ambik umpan makanan yang aku letak dan dia siap menari-nari tengah dapur nak tunjuk bahawa dia survive...pergh..hangin betul aku masa tu...

Maka aku terus pergi ke kawasan Denai Larian Tebing Sungai Perlis...aku nak ambik buah pong-pong..tahu buah pong-pong?


haaa..ni buah pong-pong...
ada orang panggil buah pelir kambing...
korang jangan tanya aku pesal diorang panggil gitu...
aku tak pernah tengok buah pelir kambing sama tak macam tu..heh..


Menurut penceritaan, buah ni merupakan pantang kepada tikus...katanya bau getah yang dikeluarkan oleh buah tu mampu membuatkan tikus pening dan lari...dan ada lagi mitos yang lebih tinggi tarafnya kata kalau tikus terlanggar buah tu maka kakinya akan patah dan dia jadi OKU...betul tak betul aku tak tau, tapi pengalaman aku masa kat rumah lama aku dulu, dalam tahun 2000 kalau tak salah, memang mujarab...aku letak gam tak kena, bila aku letak buah tu dan gam berdekatan, esok pagi terus dapat hasil tangkapan...dia pening-pening terus lepak atas gam agaknya...

Aku pun bawak balik 9 bijik buah pong-pong tadi ke rumah...letakkan kat tempat strategik...

Malam esoknya memang tikus tu mati, tapi aku tak tau samada itu hasil buah pong-pong atau tidak sebab dia mati kena pukul oleh maid Indonesia yang aku panggil untuk kemas rumah pasal nak raya, dia nampak binatang tu dan dia kejar satu rumah, dia bantai binatang tu dengan kayu tas yang dah lama aku simpan beli dari orang Asli dulu...ganas maid Indon tuh...

Tapi buah pong-pong tu aku biarkan je dalam rumah aku sampai sekarang...

Dan aku yakin sekarang ni masih ada seekor binatang tu yang dok dalam rumah aku, cuma spesies yang agak pendiam dan pemalu, dia tak kacau kami dan tak kecahkan rumah, cuma aku pernah terserempak dengan dia satu malam masa aku tengah slongkar dapur cari habuk kuih raya dan malam tadi aku terdengar dia marah-marah bila Anton Ferdinand scored own goal menyebabkan Man U draw dengan Sunderland...hehe...

Maknanya buah pong-pong sekarang pun kualiti nya dah jatuh berbanding buah pong-pong dulu!!

Itu la kan, payah kalau kita nak cari sesuatu yang sama kualitinya dengan yang dulu...barangan yang sama bentuk dan nilai, tapi kualiti makin rendah...kekdang tu lagi dahsyat nilainya berlipat kali ganda mahal, tapi kualiti macam hampeh...apa nak dikata...



p/s: Chikedees sekarang pun dah tak sedap macam dulu kan???

Tuesday, September 29, 2009

Malaysiakini, Please Do Some Homework..!!

Aku amat-amat jarang baca Malaysiakini...

Pagi tadi staff aku sms, "Institut Sunnah masuk Malaysiakini"...

Aku yakin bukan sesuatu yang bagus, sebab tak pernah aku buat apa-apa program aku jemput Malaysiakini...aku lebih suka Sinar Harian dan mainstream medias yang lain...

Then aku pun buka la laman web Malaysiakini...



Jumpa la berita ini dan ini...

Berita mengenai pertukaran Imam Masjid Al-A'la Behor Temak, Kangar...dikatakan imam tersebut tak mahu mengikuti ajaran Wahabi maka dia ditukarkan...

Yang menariknya, dalam muka yang sama, penjelasan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, Abdul Malik Hussin dan disiarkan...tu yang aku heran Malaysiakini nih...

Aku tak mau panjangkan cerita tentang Wahabi, Sunnah Perlis atau Salafi kat sini...

Yang aku nak marah ialah pasal ni...



Pertama : Institut As-Sunnah Negeri Perlis bukanlah NGO (Badan Bukan Kerajaan)...Institut As-Sunnah Negeri Perlis ialah unit di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, gaji aku sebagai Pengarah dibayar oleh SUK Perlis, gaji staf aku juga dibayar oleh SUK Perlis...jadi Malaysiakini telah menampakkan kedangkalan diorang kat situ...

Kedua : Institut As-Sunnah Negeri Perlis dikaitkan dengan pengembangan Wahabi di Perlis??? Ko tahu tak apa yang ko tulis ni wahai Jimadie Shah Othman?? Apa yang ko tahu tentang bidang tugas Institut As-Sunnah Negeri Perlis?
Kalau ko nak tahu, kami berperanan menganjurkan program-program keagamaan dan ilmiah di negeri Perlis...dan kami so far bekerjasama dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain...Jabatan Pelajaran, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis, Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Perlis...dan banyak lagi...yang aku sebut tu adalah yang kerap...

Dan selain itu, kami juga berperanan sebagai Institut Integriti Negeri Perlis, di mana kami selalu bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia untuk sebarang program diorang di Perlis...

So tang mana yang kata kami mengembangkan Wahabi?

Aku bukan jenis puak-puak yang akan saman berjuta-juta...(kalau saman best jugak, kot2 aku boleh jadi kaya kan..haha)...tapi aku akan terpaksa mengeluarkan satu kenyataan media kepada mainstream medias hari ni untuk meng-clear-kan nama Institut As-Sunnah Negeri Perlis...kalau tak maka imej aku sebagai Pengarah kat situ akan terjejas...

Lain kali buat kerja wartawan tu biar betul-betul..jangan main quote sumber kosong macam tu saja...aku ni duduk tercongok kat sini ada, kenapa ko tak tanya...damn...dah jadi sibuk aku hari ni..apa nak dikata...

Sunday, September 27, 2009

Antara Lalat dan Najis...


Gambar hiasan, susah nak cari lalat hurung najis sambik baca sok kabar, tapi manusia banyak yang buang najis sambil baca sok kabar..kan...


Entri merapu...serius aku bagitau siap-siap, tapi ada jugak ilmu yang bakal kita dapat walaupun dari benda merapu...kan...

Sejak malam tadi aku asyik mengutarakan (eceh ayat) persoalan lalat yang menghurung najis...(aku segan nak tulis taik, so pakai najis la ya nampak macam baik sikit...)

Malam tadi kat Facebook aku dah soal...
Fenomena lalat yang selalu menghurung najis; adakah :
A. Mmg perangai lalat hurung tak kira apa benda,najis ke tidak...
B. Sifat najis yg mahukan perhatian ramai pihak,tetapi hanya lalat yg berminat memberi perhatian tu.Yg lain hanya pandang & mencebik...
C.Memang lalat & najis ditakdirkan bersama...
D.Sama je level dua2 tu,jadi biarkan la diorang bersama...
Apa pendapat anda?

Ada la jugak respons dari kengkawan dalam persoalan aku tu...

Aku nak teruskan lagi analogi lalat dan najis ni...

Andai kita dah usaha untuk meng-cover najis tu...siap dah bungkus dengan sok kabar lama, masuk plastik, letak kat tong sampah...masih ada jugak lalat yang berlegar-legar nak cari jalan masuk dan hurung...tak boleh dekat-dekat, jauh pun dia nak gak datang....kenapa?

Adakah memang tabi'ie si lalat akan mencari jugak si najis walaupun najis dah tak menonjolkan diri...

atau adakah memang sifat semulajadi si najis itu akan terus menggamit si lalat, walaupun dah kena cover oleh manusia (atau haiwan) lain pun tetap jugak dia melepaskan satu aroma yang mampu dihidu oleh si lalat lantas datang lah lalat tu...

Seterusnya...aku nak tahu jugak...adakah ada pihak lain yang ingin mendekati najis selain dari lalat tu?Pernah lihat binatang lain yang mendekati najis dengan penuh berahi dan keinginan?Manusia lagi jauh la, bau je dah lari apatah lagi rupa parasnya...

Dan adakah lalat tu memang ikhlas benar terhadap si najis? Adakah lalat akan bersama dengan najis hingga akhir nanti...atau nanti kejap je, bila najis dah kering maka lalat pun blah la cari port atau najis baru...

Perlu jugak kita ingat bahawa nafsu lalat bukan hanya pada najis..tetapi jugak pada sampah, bangkai, air sungai kotor, longkang...dan tak terkecuali jugak makanan dan minuman yang lazat dan manis-manis...

Jadi bukanlah 24 jam akan diperuntukkan oleh lalat kepada si najis, malahan si najis akan perlu berkongsi masa beliau dengan pemilik-pemilik nafsu lalat yang lain...

Aku, andai kata masa aku rehat, makan atau apa jugak sekalipun di ganggu gugat oleh si lalat ni, penyelesaian aku hanya satu..lalat itu mesti pergi...samada pergi jauh atau pergi terus...aku halau, kalau degil aku bantai...teruk sangat aku spray Ridsect (ini bukan iklan racun serangga ok...)

So, apa caranya nak selesaikan kisah lalat yang menghurung najis ni?

Senang...

Musnahkan lalat dan musnahkan jugak najis...sebab kalau ada salah satu darinya, ia akan menggamit memanggil yang satu lagi je...so kasi pangkas dua-dua sekali...

p/s : Entri ni boleh dibaca secara semantik luaran mahupun dengan niat memerli...haha...
Andai anda membaca entri ni, dan faham sedikit sebanyak pengajaran dari lalat dan najis tu, maka tahniah la, maknanya anda dewasa dan faham bahasa...bagus.
Tapi kalau anda tak faham yang tersirat...pergi toilet jangan lupa flush dan simbah air banyak-banyak, supaya kedua-dua najis dan lalat akan hanyut dan hancur jua akhirnya...

Thursday, September 17, 2009

Ular Menyusur Akar Takkan Hilang Bisanya...

Wow...lamanya tak update blog...

Selalu orang bagi alasan sibuk, tapi takkan aku nak join bagi alasan sama...sebab kalau kata sibuk, aku setiap hari online, melangut kat Facebook, mengulau kat blog kengkawan, dan macam-macam aktiviti sihat lain (sebab bulan posa kan...) kat internet...so alasan sibuk dah kena reject...

Nak kata takde idea, mencurah-curah sebenarnya nak tulis...cuma aku rasa satu je alasan paling sesuai...iaitu MALAS...yeap...sindrom malas melanda...

So bila dah lama tak update banyak la yang nak cerita...jadi kalau aku tercampur macam-macam cerita dalam entri ni sila jangan pening ok...

Selama hampir tiga minggu malam-malam aku dalam bulan Ramadhan ni diserikan dengan ibadah Terawih (aiseh ayat, hebat benau bunyik nya...)dan aku bukan berterawih di masjid atau surau berdekatan rumah aku, tapi jauh-jauh...

Sebabnya ialah aku ikut program anjuran Yayasan Pok & Kassim, satu yayasan yang dimiliki oleh bekas boss aku iaitu mantan Menteri Besar Perlis, YB Dato' Seri Shahidan Kassim...

Beliau ajak aku samada jadi imam atau bagi tazkirah sepanjang majlis dia...seluruh Perlis...

Suka aku imbau kembali (maafkan bahasa Malaysia aku yang hebat ni ye..) kenangan zaman beliau jadi MB dulu...mungkin ramai yang dah tahu, tapi yang tak tahu boleh ambik tahu...sejak awal dia jadi MB dulu, setiap kali Ramadhan, beliau akan anjurkan majlis Berbuka Puasa, Terawih, Tazkirah dan Pemberian Sumbangan kepada rakyat Perlis yang memerlukan di Dewan Warisan Kangar...sepanjang sebulan dewan tu akan transform jadi masjid...start dari berbuka puasa secara hidang, bukan buffet...kemudian Maghrib, kemudian tazkirah, kemudian Isyak, Terawih dan last sekali bagi sumbangan...

Setiap malam akan dijemput antara 700 ke 1000 (tujuh ratus ke seribu) orang...ya memang ramai...dan setiap kawasan akan dijemput...maka by the end of Ramadhan seluruh rakyat Perlis akan dapat merasa semua ni (yang memerlukan la, yang berada kalau nak datang sembahyang boleh je..)..

Aktiviti tu terhenti bila beliau berhenti jadi MB pada 2008...

Namun Ramadhan 2008 beliau masih Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, maka beliau buat program yang hampir sama di masjid-masjid seluruh Perlis...dengan jumlah jemputan dan perbelanjaan yang hampir sama...

Tahun ni beliau bukan lagi Pengerusi Perhubungan UMNO, hanya ADUN biasa...

Tapi tak menghalang beliau dari buat benda yang sama...atas nama Yayasan Pok & Kassim (Pok ialah Allahyarham ibu beliau dan Kassim Allahyarham ayah beliau), beliau menjelajah jugak segenap pelusuk Perlis, cuma kerana kekurangan jentera dan kakitangan, beliau ubah format sikit kepada Terawih, Tazkirah, Sumbangan dan Moreh...

Aku seronok menjadi sebahagian dari majlis tersebut..sebab ini satu peluang aku pun sama menjelajah masjid-masjid yang amat sukar untuk aku sendiri sampai atas kapasiti biasa...

Pengajaran yang aku dapat ialah, sikap pemurah dan pemberi ini kalau dah wujud dalam jiwa, takkan dapat siapa pun hapuskan ia...ko cabutlah jawatan dia sekalipun tetapi dia tetap akan usaha buat benda yang sama...sebab itu ialah jiwanya...

Dan aku paling terharu malam ini tadi, malam ke 27 Ramadhan, di Masjid Bukit Ketri Perlis, hampir 350 orang saudara baru turut sama jadi jemputan beliau...aku memang amat sensitif dengan saudara baru, sebab pada aku diorang lebih hebat dari kita yang lahir sebagai Islam...

Dan tadi juga adalah malam terakhir aku join beliau...sebab esok aku akan mula bergerak balik kampung...

Oh ya, dah nak raya kan...dah nak abis bulan Ramadhan yang mulia yang penuh dengan pahala...

Sempena dah nak raya ni aku, seperti tahun-tahun lepas, semakin menjauhkan diri dengan pejabat pos...bil pun bayar kat internet...setem dah lama aku tak tengok macam mana rupanya (anak aku punya nak beli setem sebab nak hantar poskad kat kawan dia, nak belajar guna pos katanya...)...last sekali aku pergi pejabat pos ialah ketika claim rebate road tax tahun lepas...tu pun pasal terpaksa...haha...

Tahun lepas dan sebelumnya aku wish orang hari raya dengan SMS...macam biasa, sms dah siap karang, tunggu nak tekan butang hantar saja...aiseh, tekan send la tuh...

Tapi tahun ni aku nak berubah...

Aku nak lebih jimat...

Aku hantar kad raya kat Facebook, aku post gambar kad raya kat wall aku dan tag nama kengkawan aku...dan usaha terakhir aku ialah melalui blog ini...seperti tertera di bawah :


Selamat Menghabiskan Ibadah dalam Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut
Aidilfitri kepada semua sahabat dan kenalan...ampun dan maaf dipinta, moga
diampunkan dosa kita semua bersama...Semoga AidilFitri ini akan menjadi bukti kemenangan kita mengharungi segala ujian di bulan Ramadhan...

Jadi kepada semua, maafkan aku kerana penjimatan ini ya...pasal aku rasa amat tak logik dalam pada nak mengucapkan hari raya, aku bagi Telco yang mengaut keuntungan dan kadang-kadang sms aku hanya sampai petang raya pertama...tak aci kan...

Itu alasan aku...hehe...

Kalau ada yang sms nanti, aku tak balas ye...ko boleh anggap yang kat atas tu sebagai reply in advance...siap boleh print..!!

Kepada rakan-rakan bukan Melayu, nanti bila raya korang aku akan post kan gambar selipar kad ucapan perayaan korang pulak ok...moga-moga usaha tersebut akan membuatkan kita semua berasa 'sedar diri' dengan kedudukan kita dan menghormati satu sama lain khususnya orang yang lebih berusia dan lebih berjasa dari kita...

Ok, aku dah makin jauh melalut...esok pagi nak kena hadir majlis berbuka puasapenyampaian sumbangan Aidil Fitri oleh Kerajaan Negeri Perlis kepada lebih kurang 1000100 orang penerima kalau tak silap aku...

Selamat Hari Raya dan selamat balik kampung...yang takde kampung tu, apa nak dikata...

Saturday, September 5, 2009

Beza Si Bijak dan Si Bodoh...

Nak tahu perbezaan paling besar antara si bijak dan si bodoh?

Senang saja...bandingkan dua laporan akhbar di bawah ni...anda pasti kenal siapa si bijak dan siapa si bodoh...

Laporan Pertama, Khamis 3 September 2009
Pelajar serang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk

JAKARTA: Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.



Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia. - Agensi


Laporan Kedua, Mutakhir Sabtu 5 September 2009
30 pelajar perubatan Malaysia bantu mangsa gempa bumi Indonesia

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar perubatan dari Malaysia yang menuntut di beberapa buah universiti di Indonesia sudah digerakkan bagi membantu mangsa gempa bumi yang berlaku di pulau Jawa pada Rabu lalu yang setakat ini mengorbankan lebih 60 orang dan mencederakan 400 yang lain.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata penubuhan pasukan sukarelawan itu atas inisiatif Kelab Umno Luar Negara dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata, pasukan itu yang diketuai Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Dr Junaidi Abu Bakar, sudah membuat persiapan kelengkapan serta barangan dan sudah mula bergerak ke kawasan bencana itu di Pengalengan Jawa barat, hari ini.

"Mereka akan memberikan bantuan makanan dan pakaian serta menyediakan juadah berbuka puasa kepada mangsa di kawasan terbabit selain membuat tinjauan dan penelitian bagi menentukan bantuan selanjutnya yang boleh dihulurkan kepada mangsa," katanya yang juga Pengerusi Kelab Umno Luar Negara.

Beliau berkata, program itu adalah sebagai pendedahan kepada pelajar berkenaan untuk memberi khidmat kesukarelawan kepada penduduk yang terbabit dengan bencana alam.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, gempa bumi pada magnitud 7.3 skala Richter itu memusnahkan lebih 87,000 buah rumah. - Bernama


Soalan aku kepada warga Indonesia di sana....Tak mahu baling telur kat sukarelawan Malaysia yang bantu gempa bumi tu kah?

Anda nampak beza sekarang antara si bijak dan si bodoh?

Lagu punya pasal pun boleh jadi hal...hehe...ini bukan mentaliti kelas ketiga..tapi really really really low class...Patrick dalam Spongebob Squarepants pun ada sikit bijak dari korang...hehe...apa nak dikata...

Monday, August 31, 2009

Mereka Ini Telah Merdeka...

Hari ini kita menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 52...

Tahun ni kemeriahan kita sambut merdeka tak seperti tahun-tahun lalu, sebab kita di dalam bulan Ramadhan...siangnya kita berpuasa, malamnya kita serikan dengan ibadah kepada Allah SWT...

Namun tak bermakna kita tak suka sambut merdeka...dan barangkali jugak jiwa kita tahun ini lebih merdeka sebab dalam bulan mulia ini syaitan dirantai, maka agak kurang runtunan ke arah maksiat dan kejahatan pada malam merdeka seperti tahun sebelum-sebelumnya...

Semalam aku baca kat sebuah akhbar harian satu berita yang membuatkan aku tersentuh hati, hampir mengalirkan air mata...



SEKELUARGA PELUK ISLAM

PONTIAN: Ramadan ini sungguh bermakna bagi Shahmizan Khoo Abdullah, 50, apabila beliau bersama isteri dan tiga anaknya selamat menjalani upacara memeluk Islam di kediamannya di Kampung Pontian Besar, di sini, malam kelmarin.

Majlis itu dianjurkan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Daerah Pontian, Majlis Agama Islam Johor bersama dan Agama Islam Daerah Pontian disempurnakan Imam Satu Masjid Besar Daerah Pontian, Abd Rahman Othman dan turut disaksikan kira-kira 200 orang.

Selain Shahmizan, isterinya, Umi Nurbaiyah Goh, 43, dan ketiga-tiga anak mereka, Muhammad Fahmizan Khoo, 21, Muhammad Helmizan Khoo, 20, dan Nuralisya Fariesha Khoo, 15, masing-masing selamat menjalani majlis itu.
-Sumber

SubhanalLah...Maha Suci Allah..

Hidayah Allah menjengah manusia tanpa mengira usia dan masa...

Pada usia 50 tahun beliau berjaya memerdekakan keluarganya...dan seluruh ahli keluarga turut sama ke arah kemerdekaan itu...

Cahaya Ramadhan yang Allah kurniakan kepada keluarga ini adalah amat berlainan dengan kita semua...dan sambutan hari kemerdekaan mereka juga pastinya amat lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya...

Allah dan Rasulnya menggambarkan kepada kita bahawa mereka yang memeluk Islam itu amat suci dan bersih hati mereka...sebab itu dipanggil Muallaf...atau selalunya di dalam Bahasa Arab disebutkan Al-Muallafatu Qulubuhum, bermaksud orang yang dilembutkan hati mereka...

Kita semua yang mewarisi Islam dari baka dan keturunan ini mempunyai tahap keimanan yang berlainan dengan mereka yang dilembutkan hati ini...sebab mereka menerima sesuatu yang baru dan menjadikan ia anutan mereka, manakala kita meneruskan sesuatu yang telah kita milik menjadi anutan kita...

Bezanya adalah seperti antara anak seorang kaya yang meneruskan kekayaan keluarganya dan anak seorang miskin yang mengeluarkan diri dan keluarganya dari kempompong kemiskinan...lebih kurang macam tu la..

Tahniah aku ucapkan kepada keluarga tersebut...dan harapnya pihak berwajib yang berhampiran mereka serta jiran tetangga akan membantu mereka ke arah lebih memahami apa yang mereka pilih sekarang...jangan tinggalkan mereka dalam dunia baru ni sendirian...

Satu perkara lagi yang aku nak cakap sikit pasal merdeka ni, bila setiap kali merdeka ja pasti kita dengar perkataan patriotik...sesaje bulan-bulan biasa jarang la nak dengar kat radio atau TV atau tepi jalan orang sebut patriotik...pemimpin politik pun jarang sebut perkataan ni waktu biasa-biasa, tapi kalau dekat-dekat merdeka tu, makan nasi pun sebut patriotik...

Dan selalunya patriotisme tu dikaitkan dengan pengibaran Jalur Gemilang...kalau tak kibar maka tak patriotik...

Betul ke?

Aku nak bagi satu simple example...

Ada seorang lelaki peniaga ni, dia setiap kali merdeka datang, van dia akan penuh dengan bendera...kedai makan dia penuh bendera...penuh dalam erti kata kalau ko nak basuh van dia, biasanya dalam setengah jam dah siap, tapi waktu dia letak bendera akan makan masa dekat dua jam sebab banyak kawasan ada bendera...

Tetapi...dia bertutur dengan anak-anak dan isteri nya dalam bahasa asal mereka...dan dia akan 'balik kampung' setiap tahun ke 'tanah asalnya'...

Lupa nak bagitau, dia meniaga nasi kandar...

Patriotik kah dia dengan banyaknya bendera yang dia kibarkan tu?

Ada lagi satu, pun peniaga...setiap kali nak merdeka maka bendera akan berkibaran di depan kedai dia...dan kedai dia menjadi tumpuan ramai sebab dia jual harga borong...

Bila kita tanya dia lebih-lebih, dia panggil anak dia untuk bagi jawapan, dan anak dia akan kata..'sori la, bapak I tak berapa fasih bahasa Melayu..'...walhal dia dah jalan gunakan tongkat dan kulit dia lebih banyak dari isi dia..tua la tu maksudnya..

Adakah dia patriotik sebab tak pernah lupa kibarkan bendera setiap kali tiba hari kemerdekaan?

Ada seorang lelaki di sebuah kampung yang lain, dia terlalu sibuk dengan kerja, maklumlah nak bagi pendapatan keluarga yang cukup..maka dalam kesibukan kerja tu dia tak sempat nak gantung atau kibarkan bendera di perkarangan rumah dia...rumah pun kecik je...takde orang gaji...

Tetapi dia tak pernah abaikan tanggungjawab pada negara...dia cintakan negara tanah tumpah darahnya...dia tak lupa tunaikan tanggungjawab mengundi setiap kali pilihanraya...dia tak pernah lupa didik anak-anak nya untuk berbakti pada negara bila dah besar nanti...dan dia tak ada 'kampung halaman' selain Malaysia...

Apakah dia tidak patriotik sebab tak kibarkan Jalur Gemilang pada 'musim' orang mengibarkannya?

Jadi adakah ukuran patriotisme dengan hanya mengibarkan bendera setiap kali munculnya 31 Ogos?...apa nak dikata...

Thursday, August 27, 2009

Blur...

Tajuk entri ni tak de kena mengena dengan isi kandungannya...nak dekat 10 minit aku termenung cari tajuk sesuai dan aku blur...so aku letak tajuk Blur...please don't get blurred...
_____________

Tadi aku ditanya oleh seseorang...apa kepuasan atau reward yang aku dapat sebagai seorang blogger...?

Jangan salah sangka, beliau bukan sarcasm, bukan jugak penjahat, bukan jugak pengacau tepi kain orang...ada la sebab dia tanya soalan tu dan beberapa soalan lain, tak yah la aku nak cerita kat sini kan..hehe...

Aku macam biasa la, asal orang tanya je mesti berdesup jawapan dari mulut aku...itu stail aku...(sure orang yang tanya tu senyum baca statement nih..hehe..) tanpa mengira tah betul ke tidak apa yang aku jawab..yang penting keyakinan diri mesti ditonjolkan...eceh...

Aku jawab...takde rewards istimewa yang aku dapat dari blogging (ye la nak harapkan Nuffnang berapa sen lah sangat dia nak bayar aku tu..)..tetapi kalau bercakap tentang kepuasan...ya...aku memang dapat kepuasan...

Aku puas dapat keluarkan apa yang terbuku dalam hati aku...aku puas sebab dapat tulis apa yang aku nak tulis...aku puas sebab kalau takde orang lain baca pun aku tetap akan baca sendiri semula berulang kali apa yang aku tulis...

Kalau korang ikuti blog aku (macam best je ayat ni kan..hehe..), aku ni meneroka pelbagai genre dalam blogging...sosial, famili, syok sendiri, politik, pro kerajaan, hentam kerajaan, marah orang, kisah anak aku...semua aku hantam...aku takde blog lain yang aku publish untuk orang baca..

Sebab nya ialah blog aku ialah ibarat personal diary aku...cuma bezanya personal diary ni aku share dengan orang ramai untuk baca...sebab tu aku tak tulis kat sini waktu aku keluar dating apa aku buat...hehe..tipu, dah 12 tahun aku tak dating tau..

Aku kongsi apa yang aku rasa...aku bagitau apa yang aku berkenan...aku ceritakan apa yang aku seronok...

Aku tak kisah kalau orang baca then orang sengih sambil kata..."tah apa-apa blog mamat nih.."...serius aku tak kisah...

Waktu aku menulis secara serius tentang mantan pemimpin kita yang pakat ramai-ramai desak turun tu dulu, blog aku tersenarai dalam salah sebuah Blog Directory yang menempatkan ratusan lagi blog-blog tersohor...sebab masa tu diorang ingat aku anti kerajaan agaknya...

Tapi bila kawan tu dah turun, dan aku bow my pledge kepada kawan yang baru, tengok-tengok blog aku dah dikeluarkan dari list tu...

Ada aku kisah?

Takde pun...

Pasal aku bukan target audience yang ramai masuk baca blog aku...aku bukan nak hit yang tinggi..aku cuma nak korang rajin-rajinkan sikit klik iklan Nuffnang kat atas tu je aku cuma nak share apa yang aku rasa...kalau pembaca tak leh terima pun aku tetap takkan ubah pendirian aku...so sebab itu aku bagi nama Apa Nak Dikata...

Melalui blogging jugak aku dapat ramai kawan...kawan yang bloghopping..kawan yang blogging...kawan yang cuma baca tak komen then bila jumpa kat luar tegur "eh aku ada baca blog hang laaa.."...macam-macam..dan aku suka suasana ramai kawan...

Jadi jangan bosan kalau bila korang buka blog ni dan tengok tak de apa yang menarik pun kat sini...sebab aku luahkan apa yang aku rasa (ni lirik lagu ke?)...dan jangan marah kalau aku tak post apa-apa dalam tempoh yang panjang, sebab otak tua aku ni bukannya macam Google yang ko taip je apa-apa keyword terus keluar pilihan jawapannya....

Sekali sekala aku akan tulis pasal politik lagi...lama jugak dah aku tak tulis pasal politik kan...sebab fed up yang sebenarnya...nanti lah aku story kan...

So, terima kasih atas kunjungan ke blog marhaen aku ni...dan terima kasih juga kepada yang bertanyakan soalan tu tadi kepada aku, awak tengok, saya dah boleh tulis satu entri berdasarkan soalan awak tadi..hehe...walhal bukan ada idea pun nak update blog...haha..apa nak dikata...