Tuesday, April 29, 2008

'Alif' Serah Diri dan Pohon Maaf...

Perkembangan terkini kes 'ugutan bunuh' kepada Karpal Singh...

Seorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor.

Diiringi bapanya dan empat ahli Pemuda PAS Johor yang diketuai pemimpinnya Khairul Faizi Ahmad Kamil, pelajar lelaki itu tiba di ibu balai polis Johor Baharu selatan pada jam 1 tengah hari.

Menurut Bernama, selepas keterangannya direkodkan oleh polis, pelajar itu pergi ke pejabat naib pengerusi DAP Johor Norman Fernandez pada jam 4 petang.

“Semasa di pejabat saya, beliau menulis surat memohon maaf dan menyatakan rasa kesal kepada Karpal kerana memuatkan komen itu dalam lamanweb itu.

“Pelajar itu juga berjanji tidak akan memuatkan mesej seumpama itu lagi di masa depan," kata Fernandez.

Fernandez juga berkata pelajar itu, yang namanya dirahsiakan, berharap Karpal akan memaafkannya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Jumpa Karpal

Katanya DAP Johor akan bertemu Karpal esok untuk menyampaikan surat itu.

kepada Karpal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC II Amer Awal semasa dihubungi berkata polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi ugutan jenayah.

Polis juga dijangka merekodkan kenyataan daripada beberapa orang lagi.

Dalam laporan polis Sabtu lalu di Pulau Pinang, Karpal mendakwa komen pengulas yang dikenali sebagai "Alif" dalam lamanweb PAS, berbaur ugutan bunuh.

Katanya komen itu mendakwa beliau (Karpal) telah menghina Islam dan “darahnya halal dibunuh.”

Aku ni tak la pandai sangat dalam bab-bab teknologi hacking segala ni..tapi kalau setakat nkau post komen kat shoutbox tu..boleh trace ke?sebab shoutbox tu ko nak ubah nama setiap kali posting pun boleh kan...

Apa macam?Korang agak-agak nak ke Karpal maafkan 'Alif'??

Aku rasa sure akan maaf punya..demi nak jaga keutuhan PR diorang..tapi tak tau la..Karpal ni jenis kasar sikit..sebab..kalau dia tarik balik report polis dia..baru ni dia ada kata kat budak yang tarik balik report kes raba tu kan..kata menjadi kesalahan kalau tarik balik report...so apa macam Bai??Mau tarik balik ka itu report?Tarak tarik kalau itu PR punya nama ada busuk jugak..kalau tarik jugak itu awak punya nama jugak ada sikit busuk...apa mau kata...(hehe..apa nak dikata...)


No comments: