Baru-baru ni kecoh kita dengar kat mana-mana jugak kes seorang bekas menteri yang menang bertanding di kawasan Parlimen beliau dalam PRU 12 yang tidak dilantik semula menganggotai Kabinet (fuhhh..dia punya description tu amat panjang..hehe..) yang dikatakan meraba punggung seorang pelayan dia Hotel Meridien (di tempat isap cigar - open area la tuh)...
Dan pelayan tersebut serta teman lelakinya telah buat laporan polis...
Semalam laporan polis tersebut ditarik balik...katanya pelayan tu mengaku salah faham dengan gurauan bekas menteri tersebut dan dia ketika tu tengah 'bad mood'..hehe..kasarnya melawak ye...hehe...
Dari sumber-sumber kuat yang aku dengar...bekas menteri tu ialah JJ..ala Jamaluddin Jarjis la..bukan aku kata sahih ye...jangan quote aku tau..aku pun dengar je...
Tetapi...jeng jeng jeng...
Apabila membaca lebih banyak sumber dari media-media alternatif yang ada...terdapat beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka...
Dikatakan bahawa JJ adalah orang Najib yang perlu dicantas demi memastikan masa depan Dinasti Tiga Beranak untuk terus berkedudukan baik. Cuba baca apa yang Agenda Daily katakan ni...
"Malah menurut seorang yang rapat dengan bekas menteri tersebut, ketika kejadian bukan sahaja teman rapat bekas menteri itu hadir tetapi salah seorang ahli keluarga Perdana Menteri ada bersama dengan bekas menteri itu. Ahli keluarga Perdana Menteri mempunyai janji temu dengan bekas menteri berkenaan di hotel tersebut. Sehubungan itu, apabila keluar berita yang mendakwa bekas menteri itu mencabul, ia sesuatu yang amat mengejutkan mereka."
Kemudian baca pulak apa yang Malaysia Today kata :
"Those close to the Deputy Prime Minister are not being spared either. Malaysia Today was given the name of the ex-Minister who has been accused of molesting the cigar girl in the Havana Club in a five-start hotel in KL Sentral. Malaysia Today’s initial investigation points to a smearing campaign aimed at bringing down all those close to the Deputy Prime Minister and it seems the incident has been denied by the girl concerned."
Fikir-fikir balik agak logik jugak ya...lawyer si pelayan perempuan tu ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah!!!Bukan sikit duit tu nak ambik lawyer tahap tu...Kurang-kurang dalam akaun dah kena ada banyak nombor tuh...
Agaknya kalau kes ni masuk mahkamah..kena la "salah seorang ahli keluarga Perdana Menteri" yang kebetulan ada sama kat situ naik kandang saksi ye...maka panjang lagi la cerita tuh..hehe...
Macam-macam hal boleh jadi ya...apa nak dikata...
No comments:
Post a Comment