Saturday, April 26, 2008

Pesta Buku : Pro dan Kontra

Bermula 23 April sampai 1 Mei ni berlangsung Pesta Buku Perlis 2008 di Dewan S.J.K.(C) Khoon Aik, Kangar...kemarin Jumaat 25/4 aku berkesempatan bawak family aku pi jenguk pesta buku tu...

Memang sejak dulu aku suka bawak anak-anak aku pi pesta buku..actually kedai-kedai buku macam MPH, Popular dan Borders memang jadi tumpuan kami kalau kami keluar dari Perlis...Alhamdulillah anak-anak aku ikut jejak langkah kami suami isteri suka membaca...

Cuma semenjak dua menjak ni aku agak malas nak pi pesta buku...semalam pun pasal Adam terlalu mendesak ajak pi jugak..maka aku pi...bukan apa yang membuatkan aku makin malas pi pesta buku...pasal makin hari makin tak relevan peserta-peserta pameran tu...

Aku tak bandingkan dengan Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC tu..yang tu memang best dan amat hebat...tapi peringkat Perlis ni terlalu banyak disertai oleh 'anchor' bookseller..seperti Grollier. Time Life dan macam-macam jenama lagi...depa ni akan jual buku secara satu set lengkap berharga amat tinggi...

Semalam..bila masuk je...Adam ni memang dia akan jadi satu macam perangai bila dia jumpa buku...so semalam dia menerpa ke booth peserta-peserta..semua tu pulak dah nampak budak yang minat buku apa lagi..semua nak panggil dia dan promote..ye la..kalau dah anak mendesak diorang tahu bapa akan beli...

So semalam Adam singgah di booth Time Life..(STP)...aku masuk lambat sikit...bila aku terpandang je diorang kat booth tu...aku dah tahu...leceh betul la...si mamat ni nama Raymond..bagus dia..baik budi bahasa..dia tunjuk ensiklopedia lengkap sains kat Adam..bila dia soal benda biasa-biasa..Adam boleh jawab..bukan nak puji anak sendiri..tapi Adam memang banyak membaca dan suka search macam-macam kat internet...

So mamat ni bukak buku yang lebih tinggi level (tahap Greenhouse...nak penaya anak aku la tu..) dan bercerita tentang buku tu....pendekkan cerita anak aku dah mula nak suruh aku beli...so aku tanya la pakej harga dia....

Agak-agak korang??RM2900.00.....ya...dua ribu sembilan ratus ringgit...hehe...maybe ada orang yang akan kata buat apa kedekut pada ilmu anak...

Masalahnya...set tu ada 32 buah buku...lebih separuh dari buku-buku tu mengandungi isi yang lebih kurang dengan buku-buku yang aku dah beli kat Adam dan Rayyan...memang aku selalu beli set kecik2 kat diorang..pasal aku tak nak beli set besar2 then simpan je kat almari...so pada aku amat membazir kalau aku spend RM2900 semalam untuk buku tu...

Satu lagi...dalam zaman siber ni...anak aku dah boleh search internet untuk cari maklumat..dah banyak kali terbukti...dia datang cerita about something yang dia baca dari dalam web...so aku rasa buat apa nak beli banyak-banyak buku yang separuh darinya dah ada kat rumah dan separuh lagi pulak boleh dijumpai dalam internet...

Tak tau la..ni pandangan aku...aku memang akan terus membeli buku-buku kat anak-anak aku..but not that kind of sets...pada aku syarikat-syarikat besar ni hanya mengaut keuntungan dari keinginan ibubapa untuk mendidik anak-anak...walhal buku yang lebih murah dengan isi kandungan yang sama boleh kita jumpa dan beli kat MPH, Popular, Borders, Kinokuniya dan lain-lain kedai buku lagi...

So sebab tu lah tadi aku kata sekarang ni aku agak kurang minat nak pi pesta buku dah..pasal dari sepuluh booth yang ada..6 daripadanya adalah syarikat-syarikat yang macam ni...kalau aku pi pun aku akan beli dari syarikat-syarikat kecik yang jual buku-buku cerita dan latihan kemahiran untuk anak-anak...

Oh ya..terlupa...dalam minggu lepas kot..aku pi Carrefour Seberang Jaya..ada la mamat jual buku Grollier kot..aku pun tak perasan nama syarikat dia..masa nak masuk dia panggil aku dan anak-anak..tapi aku jalan sambil cakap 'Thank you' je...then masa aku nak bayar..anak-anak aku jalan-jalan depan tu...dia panggil Adam dan cakap "dik..kalau nak jadi doktor bila besar nanti..ajak ayah beli buku ni.."....

Silapnya aku takde masa tu..wife aku cerita masa dah dalam kereta...kalau tak aku nak cakap kat mamat tu..."dua ribu lebih untuk set buku ni..baik I laburkan dalam mana2 Trust untuk anak I masuk Universiti nanti untuk buat medic dan boleh jadi doktor...rather than spend them to your books and end up with I'm broke!!"..hehe...

Tu la kan...aku rasa ramai yang rasa apa yang aku rasa...masalahnya..dengan kesedaran ibubapa yang tinggi untuk mendidik anak-anak..makin ramai yang mengambil kesempatan..apa nak dikata...


3 comments:

Najah Farahin said...

Salamz.

Tak singgah ker ke kedai kami IQRA' BOOKs sebelah booth Time Life. :-)

Unknown said...

Wslm..actually kami ada singgah kedai you...and my wife ada beli some books dari situ..tgk dalam blog anda, bila baca bout pregnant lady..I think you were there masa tu..

Thanks..

Najah Farahin said...

Terima kasih singgah juga IQRA' BOOKs....lain kali nak cari buku lagi datanglah IQRA' BOOKs di Plaza MARA, Pasaraya Hafifah baru.