MYKMU.net telah menganjurkan satu forum bertajuk UMNO PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE 12: SATU PENILAIAN semalam (1 April 2008) di Hotel Singgahsana Petaling Jaya...
Sepatutnya aku hadir program tu..dah siap sahkan kehadiran dengan Jebon..dan Jebon pun dok ulang kali telepon aku dok peringat...masalahnya anak2 aku exam start 1/4 tu la jugak..aku kesian kat wife aku yang tengah pregnant tu kalau nak lambak atas dia tanggungjawab nak hantar anak2 dan ambik depa balik exam..lagipun rasanya masa exam seeloknya aku kena ada dengan depa la kan...
So aku terpaksa untuk tidak hadir program tu..tak pa la..maybe ada next time...dengan Dick punya program Tomoi pun aku tak pi..pasai Sunday tu anak aku Rayyan kena flu..so nak exam lagi dua hari masa tu..aku terpaksa bagi dia ubat on time dan rehat banyak-banyak..mintak maaf la Dick and Nadya ya...
Ni ada sikit gambar forum KMU tu yang aku kongsi kat sini..rasanya ramai dah tengok berita RTM dan Buletin Utama malam tu masuk..heran jugak aku..TV3 mau siarkan berita program KMU buat..hahaha...maybe terlepas penapisan tuh...
ucaptama oleh YABhg Tun Dr Mahathir..(hensem kan..)
Timbul jugak masalah yang kata budak ketua pemuda cawangan UMNO Sekinchan cadangkan supaya dibawak masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO..kerana cadangan dia tu dia diheret keluar oleh peserta dan sekretariat...
Sebenarnya budak tu tah mana2 mai tu...lagi pun..logik la akal..ko pergi program orang UMNO (organised by KMU pulak tuh!!)..tang ko pegi sebut nama Anwar buat apa kan...
Kalau program ceramah PAS..ko hadir dan sebut2 nama UMNO..atau program KEADILAN..ko sebut2 nama Tun Mahathir..rasanya memang kena benda yang sama la kan..
Lagikan penyokong bolasepak pun ko kena jaga kalau ko berada dikalangan diorang..ni kan pulak penyokong politik..sendiri mau ingat la beb...
Tapi satu perkara yang paling penting kena ambik dari Forum ni ialah..kepimpinan UMNO harus ditukar SEGERA...kerana dah makin teruk..orang dah makin hilang dari UMNO hanya kerana kepimpinan..bukannya kerana UMNO tu sendiri...akar umbi dah bercakap...tinggal empunya diri yang masih gah di persada tanpa sedar diri...apa nak dikata...
No comments:
Post a Comment