Kes rompakan di KLIA berlaku pada 9 April 2008..dan semalam (20 April 2008), pihak Polis telah berjaya menahan kesemua suspek rompakan beserta wang tunai hampir RM800,000.00....(baca lebih lanjut)
Pada aku ini membuktikan kecekapan PDRM...dalam masa 11 hari kes berjaya diselesaikan...pasal tu bila ada orang pertikai pasal PDRM tentang satu dua kes seperti kanak-kanak hilang dan lain-lain..pada aku bergantung kepada satu-satu kes dan petunjuk dia...
Kalau sampai takde petunjuk dan takde satu klu dari orang awam yang dapat membantu..maka agak payah la nak selesaikan...makan masa la...
Tapi andai kata ramai orang awam yang boleh membantu..lepas tu pulak ada banyak petunjuk..maka cepatlah boleh selesai..aku pasti kalau diikutkan hati..mesti pihak Polis nak semua kes dapat diselesaikan macam kes ni..sesegera mungkin..
Tahniah PDRM...
Satu hal yang berlainan pulak berlaku pada golongan wanita Malaysia yang tertipu..anda boleh baca setiap hari ada berita mereka kat akhbar...sekarang ni ada dua orang wanita Malaysia dalam tahanan reman kat Malta selepas ditahan mengedar dadah..mereka dibawa dari Malaysia ke Madrid dengan alasan nak jadi pelayan dengan upah yang amat lumayan...
Too good to be true...ayat ni kita kena ingat betul-betul...kalau kita dengar sesuatu benda atau tawaran yang terlalu mewah dan lumayan dalam masa yang singkat..pasti ada yang tak kena tu...Jangan terus-terus nak setuju pulak tu..
Memang ya..semua orang nak jadi kaya dan hidup senang...aku pun nak mewah dan kaya...tapi kalau sampai memerlukan isteri anda (yang mengandung 3 bulan pulak tu!!!!) pergi ke luar negara bekerja sebagai kerja yang tak ketahuan pucuk pangkal dan anda pulak berhenti kerja untuk melepaskan dia pergi..ni apa cerita ni...
Ada kawan aku yang bini dia pergi kerja kat Emiriah Arab Bersatu sebagai Jururawat..yang ni tak pa la..melalui hospital-hospital di Malaysia pun ada jugak mereka employ..memang lumayan gaji..sebelum pergi dah ada permit kerja dan sebagainya...
Tapi yang sampai kita tak tahu apa kerja nak dibuat oleh isteri kita kalau pergi ke luar negara nanti tu..tak payah la....kat Malaysia ni kalau kita rajin..Pak Berahim dekat rumah aku ni agak 'kurang cerdik' jugak..tiap-tiap hari kerja dia kutip ulam-ulam dekat kawasan kampung..jual dari rumah ke rumah..dapat la untuk dia makan tengahari dan malam...
Ramai jugak orang Malaysia sekarang agak tak gemar ambik pembantu rumah asing..so kalau orang Malaysia sendiri boleh offer perkhidmatan membersih rumah (tak perlu 24 jam..sekadar datang pagi balik tengahari) aku rasa ramai yang akan ambik bekerja...
Pepatah Melayu ada kata..Hujan emas di tempat orang, mana nak sama hujan batu di tempat sendiri...aku tak setuju sangat pepatah ni...pasal kalau betul hujan emas kat tempat orang..baik kita pergi..buat apa nak tadah hujan batu..kan...
Tapi andai kata ko pegi tempat orang..hujan pulak bukan setakat batu..tapi segala macam bentuk najis..maka baik lagi la hujan batu kat tempat sendiri kan...apa nak dikata...
Nota Tambahan:
Majlis Makan Malam Anjuran Majlis Peguam dan di bayar sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia hari tu...selain Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan..mana ada Hakim-hakim yang lain hadir...kata majlis untuk memperbaharui kepercayaan kepada Badan Kehakiman..tapi hakim tak hadir pun..yang ada hanya hakim-hakim expired yang kena pecat saja...
Baca apa yang Rocky nyatakan...kan saya dah kata..ianya satu agenda..hehe..apa nak dikata...
No comments:
Post a Comment