Tulisan ini ialah nukilan mahubelajar dari KMU...saya ambil dengan sedikit adaptasi tanpa mengubah isi kandungan rencana beliau..tujuan adaptasi ialah untuk menyesuaikan dengan kandungan blog dan meletakkan siri pertama dan kedua tulisan beliau menjadi satu...
.............................................
Anwar selalu mencabar media arus perdana untuk membuktikan tuduhan yang dia adalah agen yahudi. Tapi bila di buktikan maka dia akan cakap yang itu hanya alat kerajaan untuk menjatuhkannya.
Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk membuktikannya dalam media arus elektronik ini.
Hari ini kita akan buktikan penglibatan Yahudi di dalam FOUNDATION FOR THE FUTURE yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim.
Dalam blognya, pada 20 May 2007 iaitu Kenyataan media Anwar Ibrahim mengenai Foundation for the future. Kita akan analisis kenyataannya yang jika tidak di teliti akan menutup hati kita tanpa apa2 prasangka terhadap beliau. Hakikatnya, banyak kenyataannya boleh di pertikaikan dan membuktikan dia terlibat dengan agenda Yahudi menjatuhkan Islam.
Kenyataan Anwar : "Foundation For The Future (Yayasan Masa Depan) mula-mula di umumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat".
ANALISIS DAN KRONOLOGI YANG PERLU DIKETAHUI
1. FFF diumumkan oleh Condoleeza Rice (US Secretary of State) di Bahrain pada 12 November 2005 semasa merasmikan Forum For The Future.
2. Forum For The Future pula adalah usahasama antara Middle Eastern & North African Nations dan The Group of Eight (G8) yang ditaja oleh International Monetary Fund (IMF), World Bank, Asian Development Bank & The International Finance Corporation.
3. Menurut kenyataan US State Governments, penaja utama G8 Broader Middle East and North African Initiative adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI)
4. MEPI adalah projek US Department of State yang diuruskan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney) yang berjawatan sebagai Principal Deputy Assitant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North African Initiatives (BREMA).
5. Ini bermakna...Foundation For The Future (Yayasan Masa Depan) yang diketuai Oleh Anwar Ibrahim adalah projek US Department of State,yang dikendalikan oleh Elizabeth Cheney, dengan bantuan kewangan dari USAID, MEPI, BANK DUNIA, IMF & NATIONAL ENDOWMENT FOR DEMOCRACY (NED)
6. Keahlian FFF adalah gabungan antara Middle Eastern & North Africans Nations & The Group of Eight (G8)
Kenyataan Anwar: "Yayasan tersebut merupakan sebuah badan yang independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani ntuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara."
BACALAH DENGAN TELITI APA ISI KANDUNGAN KENYATAAN INI.
Yang pertama, adakah yayasan ini badan independent? Tidak, kerana ia adalah pro US dengan dikawal Elizabeth Cheney dan ditampung dananya oleh USAID, MEPI, World Bank, IMF & National Endowment For Democracy (NED).
Yang kedua, Elizabeth Cheney dibantu oleh Shaha Ali Riza yang dipindahkan dari Bank Dunia ke The US State Department oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia)pada September 2005.
Yang Ketiga, mengapa Shaha Ali Riza dipindahkan? Pemindahan Riza dari Bank Dunia adalah untuk menutup "conflict of interest" skandal peribadi dengan Paul Wolfowitz. Selain itu, kepakaran dan pengaruh Riza di Timur Tengah & Afrika Utara (semasa di Bank Dunia) adalah amat diperlukan untuk membantu Yayasan Masa Depan.
Yang Keempat, Riza mencadangkan kepada Elizabeth 3 nama Islam yang Pro US untuk menjadi jawatankuasa pemilih Board of Director yayasan. Mereka ialah Anwar Ibrahim (Malaysia), Rahma Bourqia (Maghribi) dan Bakhtiar Amin (Iraq). Ketiga-tiga mereka ini mempunyai sejarah peribadi iaitu pernah dibiayai US.
Yang Kelima, ANWAR IBRAHIM, Pengerusi Yayasan Masa Depan adalah bekas pekerja di Bank Dunia, John Hopkins & Georgetown University, US. Dia dianggap sebagai "Duta US" di negara-negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tenggara dan Asia berdasarkan perlantikannya sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York.
Rahma Bourqia(Naib Pengerusi Yayasan) & Bakhtiar Amin tidak perlu dibuktikan lagi kecenderungan mereka kepada US dan Yahudi.
Yang Keenam, Anwar menyebut tentang 'kerajaan dan masyarakat madani'. Adakah Kerajaan Malaysia mengiktiraf pertubuhan ini di Malaysia? tentu TIDAK! Jadi kerajaan mana yang mengiktiraf Yayasan yang dibawa Anwar? Pastilah kerajaan yang mahukan New World Order diterima di serata pelusuk dunia. Kerajaan US yang didalangi Yahudi.
credit to mahubelajar from KMU.
1 comment:
Setuju dgn saudara. Maklumat lanjut..
Video 1
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew
Video 2
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related
sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
Post a Comment