Monday, April 28, 2008

Avram Grant dan Tal Ben Haim Punya Pasal...

Aku pelik betul la...Chelsea nak datang Malaysia..nak lawan dengan team Malaysia (aku tak mau cerita part berapa gol nak kena tu ye..hehe..)...tapi ada ramai orang tak setuju kerana Avram Grant, pengurus Chelsea dan Tal Ben Haim, salah seorang player Chelsea adalah warganegara Israel..ermm...


Avram Grant


Tal Ben Haim

Perlu aku nyatakan dua perkara...

Yang pertama..aku tak minat team bola Malaysia..maaf ya..baik aku bagitau terus terang dari aku nak berdolak dalik kan...

Yang kedua..aku tak minat Chelsea..aku adalah GUNNERS forever...hehe...

Tetapi..
Dalam hal Chelsea nak berkunjung ke Malaysia Julai ni..aku rasa aku lebih terbuka untuk menerima kunjungan diorang..sebab at least biarlah rakyat Malaysia dapat merasai suasana perlawanan bolasepak yang hebat sekali-sekala...ni asyik tengok Liga Super dan Liga Perdana yang tah hapa hapa tahapnya tuh...sori ya..no offense...

Selain tu..diorang bukannya datang atas dasar politik la..dia nak main bola...berapa ramai pemain bolasepak yang kita puja-puja tu dari bangsa Yahudi???Terang-terang Yossi Benayoun (Liverpool) tu pun dari Israel...boleh pulak kita minat...

Jadi apa masalah yang sebenarnya??Dulu dah pernah sekali kita terlepas kunjungan Manchester United..pun kerana sebab yang remeh..kononnya mengganggu perlawanan Piala AFC (yang kita sememangnya jauh api dari panggang la nak masuk final...)...ni nak terlepas Chelsea pulak...

Andai Arsenal la yang nak datang dan ada pihak-pihak yang buat perangai membantah ni..aku akan pastikan kunjungan Wenger dan anak buahnya tetap berjaya...bila la Wenger nak bawak budak-budak dia mai Malaysia ni....hehe...apa nak dikata...

3 comments:

swing bowler said...

Without doubt we must oppose chelsea coming to Malaysia and no sane muslim should support chelsea FC. Pemilik, manager and player sah yahudi. Ada org akan kata ini bola bukan international politik. BUT duit Tiket, merchandise dll yg di spend utk kelab chelsea akan masuk poket abrahamovic. Dan dia secera openly hulur duit kpd Israel.Dan israeli army bunuh org2 Islam on daily basis. SO do you want to be a part of that. Think...

swing bowler said...

Terus terang aku nak cakap, I hate English premier leugue.Its enough that they become our MASTER for roughly 300 years, but now we want to be dijajah dari sudut bolasepak?I hate when the result of English soccer masuk front page newspaper kita.I hate when malaysian talk about supporting MUuu,Ass-anal,Shell-sea as if they are hardcore diehard lifelong british supporter.Of course u like them now, but will u support them when they are losing. Looking at the malaysian attitude toward their own national team, I know malaysian will happily switch sides when the team is losing.Such disloyal and coward we malaysians are. Long-time ago there were supporters of blackburn rovers and newcastle. WTF are they now.
I am very happy when any team from england(especially its pathetic national team) is eliminated from a footbal competion.
I always wonder, malaysian tengok bola EPL macam nak gila, but bila main bola ..macam orang gila.Tak kira samada kita org biasa main petang2 ataupun skuad bolasepak malaysia. Tak belajar kah kita sedikit sebanyak drpd EPL. Jgn tengok buta jer...learn from it...

Unknown said...

u got ur point there...

tapi kena beza antara peminat bolasepak dengan pemain bolasepak...

peminat bukan nak main..diorang nak tgk game yang bagus dan performance yg baik..tak semesti menang..

aku wlupun game Derby lwn Sunderland akan aku tonton..sebab mutu yg jauh lebih baik dr Malaysian Football...

pasal yahudi segala tu..kalau beli barang kat Tesco pun kita sumbangkan kat yahudi..tapi ada choice??aku betul2 cakap tak sanggup nak minum Cola yang tah jenama apa2 selain Coca Cola..rasanya hambar!!

Dalam Quran Allah Firman : Dan sediakanlah untuk menghadapi musuh kamu dengan persiapan yg kamu mampu dr segi kekuatan...

Maknanya kita yg kena bersiap sedia utk hadapi diorang..bukan kita menidakkan keupayaan diorang..

Supporters kelab kecik2 tu masih ada..ada kawan aku yg sokong diorang pun..aku sokong Arsenal sejak dari aku kat sekolah...memang tak pernah beralih arah...pasal itu kena kenal penyokong dengan peminat..beza dua tu...kalau setakat kalah dah nak alih kelab..tu bukan penyokong...tu cuma peminat...dia minat bila menang je...

apa pun semua ada hak utk fikir...bolasepak malaysia masih ramai penonton..in fact sehingga season lepas aku tak pernah terlepas dari kunjungi stadium kangar..but now aku ada sebab tersendiri utk tidak meminati bolasepak tempatan..for my own reason pun..bukan nak ajak sesapa join aku...

thanks spendere for the comments..u ada points u tersendiri..