Friday, April 18, 2008

Antara Pak Lah, Tun Salleh Abbas dan Kakitangan Awam

Semalam satu majlis makan malam anjuran Majlis Peguam diadakan (organised by Bar Council but fully sponsored by Malaysian Government...pelik tak??)



Dengan ucaptama dari Pak Lah yang bertemakan Delivering Justice, Renewing Trust, majlis tu dihadiri jugak oleh Tun Salleh Abbas bersama 5 lagi hakim yang telah dipecat pada 1988 (termasuk jugak wakil2 dari keluarga hakim-hakim tersebut yang telah meninggal dunia) dan jugak oleh pemimpin parti-parti pembangkang.

Antara intipati majlis semalam :

->Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat pada 1988 memuji langkah bersungguh-sungguh kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memulihkan semula imej dan integriti sistem kehakiman negara.

->Abdullah sebelum itu mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim bagi membantu menilai serta memilih calon menggunakan kaedah yang sistematik dan berwibawa. Kerajaan turut mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim kanan yang dipecat itu.

->Lima hakim Mahkamah Agung dihadapkan ke tribunal itu adalah Tan Sri George Seah, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh. Dua daripada mereka, Seah dan Wan Sulaiman turut dipecat bersama Salleh.

->anak Wan Sulaiman, Wan Noor Azli Maula, memohon kerajaan membuka kembali kes itu bagi mengetahui keadaan sebenar berlaku pada 1988. Kami mahu tahu di mana kesilapannya sehingga tribunal mendapati ayah kami bersalah dan dipecat," katanya.

->Azmi pula berkata, keputusan Perdana Menteri itu menamatkan penantiannya selama 20 tahun untuk melihat badan kehakiman negara pulih sepenuhnya. keputusan itu adalah langkah terbaik berikutan badan kehakiman negara berdepan pelbagai masalah yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses keadilan di negara ini. paling penting ia hadiah untuk semua rakyat Malaysia yang mahukan keadilan," katanya.

->Anak Seah, Basil Seah, pula berkata, bapanya tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana lumpuh tetapi menjelaskan keluarganya berharap kerajaan mengemukakan permohonan maaf atas kejadian itu.

->Brenda Lim, cucu kepada Eusoffe, keputusan itu membuktikan kerajaan sentiasa berusaha memberikan keadilan kepada semua pihak.
diharap kerajaan terus memberi perhatian kepada badan kehakiman yang dianggap sangat penting," katanya.

->Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan, berkata pihaknya gembira dengan pengumuman Perdana Menteri untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan pemberian ex-gratia. ada banyak cara untuk mengakui kesilapan dilakukan tanpa menerusi ungkapan perkataan maaf yang dizahirkan, dan ia juga bukanlah isu perundangan yang wajar dituntut oleh Majlis Peguam. Apa yang kami mahukan ialah pengiktirafan bahawa sesuatu yang salah berlaku pada 1988. Bagi saya inilah perkembangan yang sangat baik," katanya.

->Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata pihaknya bersetuju dan memberi sokongan penuh terhadap keputusan Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya dan memberi ex-gratia.Bagaimanapun, kami bersyukur kerana akhirnya ia tetap menjadi kenyataan sekali gus membuatkan perjuangan kami selama ini tidak sia-sia," katanya.

Apa yang mengherankan aku adalah kenapa setelah 20 tahun, Pak Lah bukak kembali isu pemecatan hakim ni...adakah ini merupakan satu peluru Pak Lah kepada Tun Mahathir??

Tidakkan Pak Lah tahu bahawa pemecatan Tun Salleh dan hakim-hakim tersebut adalah diputuskan oleh Tribunal yang akhirnya pemecatan tersebut ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong???Adakah Pak Lah mahu menidakkan kewibawaan Tribunal dan mempertikaikan keputusan Seri Paduka Yang di Pertuan Agong pada masa tu??

Satu yang ironik ialah...Tun Saleh Abbas dan para hakim tersebut dipecat sebagai rentetan kepada pengheretan UMNO ke mahkamah akibat tindakan menyaman UMNO oleh 11 orang ahli UMNO tahun 1987...siapa mereka??Dengan diketuai oleh peguam Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad..turut serta ialah Marina Yusof, Zawawi Zin dan beberapa 'orang-orang Musa' dan 'orang-orang Dollah'..11 orang itu pada masa tersebut setiap malam bermesyuarat..dan mesyuarat pertama adalah di rumah Pak Lah di Jalan Medan Kapas, Bangsar pada masa tersebut..ya...itu hakikatnya...

Satu yang ironik lagi ialah...Tun Salleh Abbas ialah bapa mertua kepada Shah Hakim, CEO Scomi..ya la..syarikat anak Pak Lah tu la...maknanya tak dak beza antara Pak Lah dan Tun Salleh...masing-masing hanya menjaga menantu masing-masing...alangkah keciknya dunia ini ya...

Sebelum majlis makan malam semalam tu...kakitangan awam Malaysia telah dikecewakan oleh Pak Lah dengan penolakan pembayaran honorarium RM2000 seorang yang dicadangkan oleh CUEPACS...

Aku sebagai seorang kakitangan awam amat terasa..kalau setakat tolak honorarium tu aku tak marah sangat lagi la....tapi sebelah malamnya diumumkan pulak nak bayar kepada hakim-hakim yang pemecatan mereka telah disahkan oleh Tribunal dan Yang Di Pertuan Agong...orang yang dipecat nak dihargai..orang yang berkhidmat tak dipandang langsung...

Aku tak berani jamin apa-apa..tetapi pada pandangan aku..kakitangan awam akan membuka mata masing-masing selepas apa yang berlaku pada 17 April 2008...sebelah siangnya honorarium untuk mereka ditolak..sebelah malamnya ex-gratia untuk orang-orang yang dipecat pulak nak dibayar...

Andai berlaku lebih banyak penolakan kepada Pak Lah selepas ni...jangan nak kata apa dah la Pak Lah.. apa nak dikata...

No comments: