Friday, April 4, 2008

Hanya Jauhari Mengenal Manikam...

Bukan aku yang kata..pepatah Melayu tu yang kata...

Kadang-kadang kita ada satu dua benda yang berharga dalam hidup kita..yang memudahkan kita..tetapi kita rasa ada yang lebih elok lagi..lalu kita buangkan benda-benda tersebut...Belum pun lama..ada orang lain ternampak kita buang benda tersebut (yang bukan lagi dalam posession kita) maka orang lain ambik dan gilap semula dan letakkan ia di tempat yang sewajarnya..menjadikan orang tersebut memilik benda yang berharga yang satu ketika dulu kita pernah memilikinya...

Dalam hidup ni ada perkara yang kita harus berpegang pada prinsip...ada perkara pulak yang kadang2 kita terpaksa fikirkan lebih jauh ke depan...ada kalanya pulak kita dikaburkan bila berpegang pada prinsip kita..tetapi bila kita cuba untuk membuang prinsip tersebut barulah kita sedar bahawa prinsip yang selama ini kita pegang tu hanyalah satu dogma semata-mata..bukan satu yang hakiki...

Mungkin ada yang bertanya..kenapa posting aku kali ni lain bunyi nya...pelik kah?Ada la...hehehe...tunggu nanti2 la...

Sesuatu kejatuhan itu kadangkala merupakan satu kebangkitan kepada pihak lain...macam game bola..satu team kalah..satu lagi sure menang...dalam politik jugak macam tu..satu calon menang..satu lagi kalah lah jawabnya...

Ada kekalahan yang membawa kepada kejatuhan..ada pulak kekalahan yang membawa kepada kebangkitan...terserah dari perspektif mana kita menilai sesuatu kemenangan dan kekalahan tu..

Aku teringat lagu Keris Patih ni:

Jangan lagi kau sesali keputusanku,
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini,
Meski tiada sanggup untuk kau terima

dan lagu Fauziah Latif :

Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran
......
Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

So lain kali kalau nak buang sesuatu benda dari hidup kita tu..fikirkan elok-elok..adakah kita akan menyesal kalau orang kutip dan hargai benda tersebut...kalau orang kutip dan buang terus kat tempat sampah tak pa lah..kita puas hati..tapi kalau orang ambik dan polish balik..letak dalam frame..gantung kat tempat yang strategik...apa nak dikata...

No comments: