Thursday, April 10, 2008

Rompakan dan Tembak Menembak di KLIA

Terkejut aku dengar radio pagi tadi lepas jogging...sejumlah SGD1.5 juta (kira- kira RM3.3 juta) dilarikan dalam rompakan yang melibatkan tembak menembak di KLIA..

Terus aku call member aku, SB yang base kat KLIA tu..Safian...rupanya dia masa tu memang dekat sangat dengan tempat kejadian..kat Pintu 8 tu memang selalu kalau aku pi KLIA pun akan lepak dengan diorang kat luar tu sambil smoking...parking pun hujung tu je..hehe...

Dia kata si Money Changer ni memang kerja dia setiap hari akan travel bawak duit ke Singapura..pagi sekali dan petang/malam sekali....setiap kali tu akan melibatkan sejumlah RM 2 atau 3 juta la...dia naik flight ke Singapura dan balik semula...macam tu la kerja dia..dia ada bodyguard dua orang...

Semalam, dalam jam 7.40 malam..bila kenderaan dia stop kat pintu 8 tu je...sebijik pacuan 4 roda jenis BMW hadang kereta dia..turun dan main tembak ikut suka ja...tu yang terkena sorang mamat Nepal (kesian..nak balik negara dia tuh..)...bodyguard dua orang...si money changer tu dua orang dan sorang polis Putrajaya yang kebetulan ada kat situ...semua sekali kalau tak salah aku Pian bagitau tadi ada 38 kelongsong peluru yang diorang kutip..duit diorang larikan la...



Kalau korang perasan..dinding KLIA kan kaca..so ada 3 panel besar tu pecah...katanya semua penjenayah tu berketurunan India..geng2 diorang jugak tu...

Yang tak syoknya..KLIA tu kan ke pintu masuk negara..so sedikit sebanyak tercemar la nama baik negara kita..sure panik gila orang ramai kat situ..waktu tu pulak memang ramai orang..nasib baik Pintu 8..hujung sekali..kalau kena dekat2 pintu 2 ke 3 ke..mahu lebih ramai orang awam yang kena...

Harap-harap Polis dapat la cari penjenayah tu semua...tapi sekarang ni diorang pun pandai..menyorok tak keluar mana-mana..ermm..apa nak dikata..

10 comments:

SYARIENARIFEN said...

ALAMAK..
CIK ABE AKU KAT SANE..
RISAU LA PLAK..

penyapubaru said...

hahhahaha...nak p melawat cik abe eina...

p/s nih mesti keje org dlm..leh plak cctv tak berfungsi...

swing bowler said...

wei ..kenapa kau letak nama kawan SB kau dalam blog..Sepian. Tak pasal2 kawan kau kene tindakan sebab berdiscuss pasal active case ngan civilian. Tak letak nama dia pon tak ganggu flow cerita.

Unknown said...

rileks la spendere...tu bukan nama sebenar pun..hehe..aku pun tahu jugak..hehe...
BTW..ko dok Adelaide ke?

swing bowler said...

Ehh camne kau tau? kau SB ker!! LAriiiii.
Apahal? Ade sedara kat sini ke?

Unknown said...

hehe..rileks spendere...ada sedara kat Sydney je...pernah sekali pegi Melbourne...my email azhar.shafie@yahoo.com

swing bowler said...

Aku ingatkan kat perlis takde internet. Produktif jugak kau ni. Banyak issue2 panas. Bravo.Tak lama lagi bolehlah tidor kat hotel kemunting.Apa email musa hassan hah? Nak report sikit...kih kih kih

Unknown said...

alalala..jangan bro..ada anak2 nak bagi makan nih..hehehe..perlis dah maju la sekarang..isu panas sikit-sikit je kat dalam ni..saja bagi meriah kunjungan..kalau tulis yang biasa2 je hit tak banyak la bro...

swing bowler said...

Ni org kuat shahidan dan mahathir ke nih? Aku pass thru the contents dan semua best2. Rasa tamak nak baca semua. Gambar baby kau 4D tu pon best.Lelaki kan?. Aku nak chow main bola. G luck. Wassalam.

Unknown said...

kuat takde la kuat mana..biasa ja..hehe..lelaki la bro..ok la tu...

tak best sembang sini ja..email la..atau YM.. azhar.shafie@yahoo.com