Sunday, May 18, 2008

Air Dicincang Takkan Putus...

Semalam dan hari ni aku banyak perhatikan anak-anak aku...Sejak Jumaat yang lalu Mak Mertua aku dan mak saudara isteri aku ada kat rumah..so anak-anak aku ni kalau kami ada tetamu tak kira siapa jugak pun..diorang akan sedikit lebih hyper dan pelbagai aksi yang menduga kesabaran aku dan isteri...

Agaknya diorang tahu kalau ada orang lain kat rumah, kemarahan Baba dan Mama akan dapat dibendung terutama bila depan orang tu..walhal diorang tak tahu dalam dada aku ni membara dan membuak-buak...hehe...

Tapi bila aku tengok aksi-aksi diorang tu..aku jadi teringat zaman aku kecik-kecik dulu...agaknya aku pun macam tu la jugak dengan adik aku...walaupun kami beza umur sampai 5 tahun (anak-anak aku cuma beza 2 tahun)...tapi kami selalu bermain dan bergaduh jugak...maybe inilah karma..dulu kita buat kat mak dan abah kita..so sekarang anak-anak pulak buat kat kita...






Satu yang menarik yang aku dok perhatikan..anak-anak aku akan saling salah menyalahkan...bila aku tanya..siapa jatuhkan kerusi tadi...Rayyan akan kata "Abang!!" dan Adam akan kata "Adik!!"...bila aku masuk bilik air dan syampu dah penuh dalam kolah..masing2 salahkan orang lain...

Tapi...bila aku pukul seorang..bukan la aku pun pukul anak jenis tak ingat..tapi kena jugak garang sesekali...katakan aku rotan Adam..maka Rayyan akan menangis sama...dia akan pujuk aku supaya stop...sama jugak Adam kalau Rayyan yang kena...

Tadi lepas Maghrib...aku agak hilang sabar dengan perangai Adam..membuatkan aku panggil dia masuk bilik (ya la...mak mertua ada..mana boleh marah cucu depan nenek..hehe)...so aku sudah slow talk secara authoritative kat dia...dalam masa yang sama..Rayyan asyik terjenguk-jenguk nak masuk..takut abang dia kena marah teruk...masa tu aku terfikir betapa kasih sayang adik beradik takkan putus no matter how...betul la pepatah Melayu tu kata..Air Dicincang Takkan putus...

Masalahnya...kalau direct cincang air memang tak putus...tapi kalau orang kerat paip..atau getah air (hose)yang tu yang masalah tu....maka paip air yang hendak dipasang tu hendaklah dipastikan jenis yang baik...susah patah dan susah nak dipatahkan...jangan main sambar paip jenis murah saja...sudahnya budak-budak tersepak pun boleh patah..maka masa tu air yang asalnya dicincang tak putus tu akan bersepah la...lepas tu pulak cari jalan supaya takkan ada orang jahat yang nak patahkan paip tu atau cabut getah tu...tutup la macam mana pun..pakai simen ka..apa ka...janji orang takkan kacau...andai orang mai kacau jugak...maka cepat-cepat lah kita baiki...jangan bagi melarat..kalau dah melarat...apa nak dikata...

No comments: