Monday, May 19, 2008

Tun Mahathir Keluar UMNO

Aku rasa aku antara blogger yang lambat post tajuk ni..rata-rata semua blog tulis tentang hal ni hari ni...jadi aku tak payah nak letak link ke mana-mana berita atau blog tentang hal ni...

Cuma aku nak tujukan ucapan-ucapan berikut saja :

--->kepada Tun Mahathir....kami bersamamu...ramai yang sokong anda wahai Tun...anda amat berani kerana anda di pihak yang benar...

--->kepada Pak Lah....kalau anda masih tak letak jawatan...bersedialah untuk dimalukan dengan lebih teruk..terutamanya dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan Disember nanti...

--->kepada Noraini Puteri UMNO...jangan membodohkan diri...Tun Mahathir keluar UMNO kerana beliau sayangkan parti melebihi segalanya...bukan macam statement anda...

--->kepada Musa Hitam...nasib baik anda di Malaysia...kalau anda berada di Thailand...tahu lah apa yang jadi...

--->kepada semua Menteri/Ahli Majlis Tertinggi UMNO...apa jugak yang anda katakan tentang perletakan keahlian oleh Tun Mahathir takkan mengubah tanggapan umum yang sayangkan Tun Mahathir...kami lebih yakin dengan Tun Mahathir berbanding Pak Lah...kami besar di zaman beliau...kami maju di zaman beliau...kami pandai di zaman beliau...maka pada kami beliau jauh lebih berwibawa berbanding Pak Lah...


beza antara Pak Lah (Kaki Tidur) dan Tun M (sentiasa alert)

Tadi aku terbaca kat sini...dia kata tentang apa kesan dan impak perletakan keahlian oleh Tun Mahathir kepada semua peringkat...mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO akan berlangsung tak lama lagi...maka akan terjadi apa yang akan terjadi...

Pak Lah...sejarah telah membuktikan.."step down or you will be humiliated..."dan anda telah memilih untuk being humiliated...so please be prepared...masa tu apa nak dikata...

No comments: