Wednesday, May 28, 2008

Sekitar Sambutan Kepulangan Tun Mahathir

Sekitar sambutan kepulangan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Terminal Persendirian Petronas, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, Selangor pada 27 Mei 2008...

Foto-foto credit to Jinggo...
















Ramai yang hadir...dari Jerlun sendiri ramai..siap sewa bas sendiri...
Ni kenyataan akhbar dari Ketua-ketua UMNO Cawangan Jerlun :


KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA KETUA
CAWANGAN UMNO BAHAGIAN JERLUN

1. Kami dari ahli akar umbi UMNO bahagian Jerlun
memberi kenyataan akhbar seperti berikut :-

Kami memberi sokongan padu serta memahami tindakan
YAB Tun Dr Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas tindakan beliau keluar
daripada UMNO demi untuk memperkukuhkan UMNO dengan
memberi kesedaran kepada pucuk pimpinan UMNO untuk berundur
dan seterusnya membenarkan pucuk pimpinan baru mengambil alih
teraju UMNO supaya proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan
segera bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang.

Kami memahami bahawa proses membaikpulih parti akan memakan
masa dan proses ini perlu dilaksanakan segera. Kami diperinkat akar umbi
tidak berkeyakinan bahawa pucuk pimpinan sediaada mampu untuk
menerajui proses pemulihan ini.

2. Kami juga menyokong dan berada dibelakang ahli Parlimen kami
YB Dato’ Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk terus lantang menyuarakan
hasrat akar umbi untuk mengkritik pucuk pimpinan demi keutuhan UMNO.
Dengan ini kami memohn supaya tiada tindakan dan juga sebarang
tekanan dikenakan keatas ahli Parlimen kami kerana tindakan beliau
mengkritik pucuk pimpinan. Kritikan terhadap pucuk pimpinan
tidak bermakna yang beliau mengkritik UMNO.

Pada hemah kami kritikan beliau adalah untuk memperkukuhkan UMNO
dan tanda sayang beliau dan kepercayaan beliau bahawa hanya UMNO
yang menjadi wadah perjuangan bagi agama, bangsa dan Negara.

3. Kmi juga ingin menyatakan bahawa tindakan Ketua Bahagian kami
Dato’ Abd. Rahman Arifin yang mengeluarkan kenyataan baru-baru ini
menyarankan agar ahli Parlimen kami YB Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
tidak membuat sebarang kenyataan berhubung dengan pucuk pimpinan bukanlah satu tindakan yang mewakili ahli akar umbi UMNO
Bahagian Jerlun. Tiada sebarang perbincangan dan
mesyuarat diadakan degan diperingkat akar umbi.

- Sekian –


No comments: