Tuesday, May 20, 2008

Keluar UMNO : Pendirian Datuk Mukhriz Mahathir

KENYATAAN MEDIA
UNTUK KELUARAN SEGERA
20 MEI 2008

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI PARLIMEN JERLUN
EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA


Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:

1. Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;

2. Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;

3. Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan

4. Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.

Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih.

Sekian.

5 comments:

Insan yang ingin memahami said...

Assalamualaikum saudara Azhar,

Saya ingin tahu daripada manakah saudara Azhar dapat kenyataan ini.Terima kasih.

Insan yang ingin memahami said...

Assalamualaikum saudara Azhar,

Saya ingin tahu daripada manakah saudara Azhar dapat kenyataan ini.Terima kasih.

Unknown said...

Waalaikumussalam Saudara Insan...

Saya dapat dari Fotopages Jinggo http://minaq-jinggo.fotopages.com/

dan juga terdapat di blog BGDC..

Thanks.

Insan yang ingin memahami said...

Terima kasih saudara Azhar.Saya agak terkejut begitu cepatnya saudara Azhar memberi balasan.Saya antara jutaan golongan muda dinegara ini yang terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia politik negara kita ini.Sesungguhnya saya berasa amat risau dengan masa depan golongan muda seperti saya apabila mengetahui banyak benda didalam negara kita ini berada dalam keadaan yang tidak stabil.Semoga individu-individu tertentu didalam persada politik negara kita ini dapat memperbetulkan keadaan ini.

Unknown said...

Secara kebetulan saya online sebaik anda post komen..so dapat la respons cepat..

Sama-sama kita berusaha dan berdoa supaya keadaan politik negara kembali kepada kebaikan.