Saya tak mau ulas panjang..semua orang dah baca berita-berita terkini dan dah tengok berita di TV...Pulau Batu Puteh kini milik Singapura setelah diputuskan oleh ICJ...
Saya nak ambil dari Blog Datuk Kadir Jasin, The Scribe apa yang beliau tulis...
Pandangan dan kesimpulan awal saya adalah, dalam bahasa paling mudah -- bahasa yang disebut-sebut oleh rakyat jelata kita -- kita sebenarnya KALAH.
Rakyat jelata kita tahu pertikaian ini atas nama PULAU BATU PUTEH. Kerajaan kita pun berhujah atas nama yang sama.
Sekarang Pulau Batu Puteh sah milik Singapura. Yang kita dapat adalah Middle Rocks --BATU bukan PULAU -- yang hampir-hampir tidak pernah disebut dalam kenyataan kerajaan.
Maka dari aspek psikologi dan propaganda, kita kalah kerana minda kita mahu menang Pulau Batu Puteh tetapi sebaliknya kita diberikan Middle Rocks.
Kita tunggu dan lihat bagaimana pakar-pakar "spin" media massa arus perdana akan mengolah berita ini untuk menyedapkan hati kita.
Dengan terlerainya kebuntuan ini, apakah pemerintah kita akan terus berdiam diri mengenai isu-isu tergantung yang lain seperti Jambatan Bengkok, perjualan air kepada Singapura, tanah KTM di Singapura dan wang rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) Singapura?
...lagi...
Untuk makluman semua..maybe dah tahu pun kan...pasukan Malaysia di ICJ diketuai oleh Duta Bebas merangkap penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Perdana Menteri, Abdul Kadir Mohamad yang juga merupakan ketua delegasi Malaysia bagi rundingan Jambatan Bengkok dengan Singapura dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada rundingan berkenaan – projek di wilayah Malaysia sendiri terpaksa dibatalkan kerana kononnya ditentang dan diancam oleh Singapura!...apa nak dikata...
3 comments:
bro, at least kita dapat 2 ketoi batu .. kira menang juga Malaysia-2Singapore -1.
tuntut Pulau dapat Batu..lepas ni kalau tuntut batu pulak alamatnya dapat habuk je la...
Mustafa Jr. berkata...
Al-kisah tak..paa,tak..pa.
Apalah nak stress sangat, take it positively; satu pulau 'middle rock' kedua terumbu 'karang selatan' jadikan satu pulau dan berikan dengan nama baru iaitu
PULAU BATU PUTIH SELATAN.
Tidak kah ini lebih baik dari apa yang Singapura dapat. Bermakna, disebaliknya tidaklah kita berputih mata dan kita masih ada peluang kedua yang sangat-sangat berharga. Buat lah sebaik mungkin. Apa kata kita buat tempat persingahan para pemancing dan nelayan,..OK? atau tunggu pasa kedua atau pasaraya untuk persinggahan DUYUNG!!!Apek Kah..Kah...Kah.
Post a Comment