Friday, May 23, 2008

Falsafah Politik Tun Mahathir

Saya nak kongsi dengan para pembaca satu entri di Blog Dr. Novandri Hasan Basri yang saya baca semalam...

Mahathir Quits UMNO - 'Philosophy' Politik Dr Mahathir

Dr Novandri Hasan Basri



Siapa sangka kanak-kanak ini akan menjadi seorang negarawan terbilang Malaysia? Siapa sangka beliau mampu menerajui negara selama 22 tahun? Siapa sangka beliau akan mengoncang dunia dengan ketegasan beliau mempertahankan keamanan dunia dan mengkritik secara terbuka mengenai kewujudan proksi Yahudi yang mengenggam leher pemimpin-pemimpin tertinggi Amerika Syarikat?

Siapa sangka beliau telah berjaya merubah sosio-ekonomi Malaysia ke tahap yang gemilang seperti hari ini?

Siapa sangka di masa krisis matawang Asia pada tahun 1997, beliau menidakkan petua IMF, menyalahkan krisis tersebut kepada spekulator matawang dan mengubati dengan mengawal pengaliran kewangan negara serta menetapkan kadar pertukaran terhadap dolar Amerika Syarikat? Siapa sangka kaedah ekstrem ini berjaya dengan cemerlang dan rakyat Malaysia terlepas daripada menanggung kesengsaraan yang nyata seperti negara-negara tetangga?

Siapa sangka di tahap pencapaian tertinggi beliau, beliau mengumumkan persaraan secara tiba-tiba? Dan siapa sangka beliau telah mengumumkan perletakan keahlian beliau sebagai ahli UMNO?

Beliau ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baca seterusnya....

Baca juga tentang apa yang diceritakan oleh bekas Pegawai Waran Tentera Udara DiRaja Malaysia, Rosme Hasan berkenaan pengalaman beliau bersama Tun Mahathir, khususnya ketika menyertai rombongan memasuki Kaabah...



"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Sesungguhnya Tun Mahathir telah berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang amat tinggi di mata dunia...tapi sayangnya martabat itu kini semakin susut dah jatuh akibat kelemahan pemimpin hari ini...apa nak dikata...

1 comment:

Z[ack] said...

pak lah2.. naper la ko kluar umno?