Tuesday, May 27, 2008

Iklan Melayu Pengganas:Apa Reaksi Kita?

Semalam tengok Buletin Utama aku terkejut jugak dengan apa yang YB Senator Tan Sri Jins Samsuddin bagitau..baca kat sini..tentang iklan British Marine yang menggambarkan Melayu sebagai pengganas...

Ini iklan nya...

NOTA: RASANYA YOUTUBE MUNGKIN TELAH REMOVE VIDEO NI DARI LAMAN DIORANG..SEBAB ADA MASALAH NAK TENGOK SEKARANG NI...TAPI SAYA JUGAK TELAH DOWNLOAD DAN BOLEH DITONTON MELALUI VIDEO DI BAWAHNYA...





Pada aku memang tak patut la..kenapa Barat ni nak buat sesuatu kena gambarkan orang lain semua jahat?Dia nak buat iklan kononnya Marine dia la yang best..buat je la iklan tu semua cakap Inggeris...biarlah pelat Arab ke, India ke, Melayu ke...tapi bukan dalam Bahasa Melayu atau bahasa ibunda sesuatu bangsa tu...tu dah kira menghina terang-terang...

Kalau dulu Kerajaan Malaysia pernah terpaksa memohon maaf kepada Kerajaan China atas dasar tidak usul periksa dalam kes ketuk ketampi bogel...maka rasanya sekarang Kerajaan Malaysia pulak kena la bertegas menuntut maaf dari Kerajaan British supaya menghentikan iklan tersebut dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia...

Masalahnya boleh ke Kerajaan Malaysia hari ni bertegas kepada Kerajaan British??Jangan terus malukan diri sendiri selepas peristiwa Pulau Batu Putih kini pulak kita dihina macam ni...takkan nak diam saja...

Kalau Kerajaan kita masih tak buat apa...tak tau la apa nak dikata...

3 comments:

mohad said...

iklan apa tu...

Unknown said...

iklan Royalnavy UK

swing bowler said...

The question is ..sapa mamat melayu yg belakon jadi pengganas tu. Pandai nyer dier belakon. Boleh dapat anugerah pelakon terbaik ni.