Tadi tengok Buletin Utama terperanjat aku..Ustaz Muridi, Imam Masjid Negeri Perlis kena tipu sms Akademi Fantasia...terus aku cari berita mutakhir dalam suratkhabar dan jumpa kat Berita Harian...
Imam masjid negeri ditipu panggilan SMS
KANGAR: Ketika menerima satu SMS pada 20 Mei lalu, Imam Satu Masjid Negeri,
Ustaz Muridi Mohamad, begitu teruja kerana mesej itu menyatakan beliau
adalah pemenang wang sebanyak RM14,000 anjuran Astro.
Namun, sejam selepas itu, beliau mendapati sejumlah wang dalam simpanannya
Namun, sejam selepas itu, beliau mendapati sejumlah wang dalam simpanannya
hilang selepas memberi nombor akaun banknya kepada penghantar mesej itu.
Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, imam berusia 42 tahun itu berkata,
Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, imam berusia 42 tahun itu berkata,
selepas menerima SMS pada jam 1.13 tengah hari, beliau menghubungi nombor
telefon yang diberikan melalui SMS itu.
Yang mengherankan aku..bukan kah selalu ada pesanan dari Astro tentang penipuan sms Akademi Fantasia ni...lepas tu masa aku nak pergi bayar bil Celcom kat Kangar ni..ada jugak amaran bertulis yang dilekatkan kat situ tentang penipuan lebih kurang ni..kalau tak salah aku dekat CIMB Kangar pun aku pernah tengok amaran ni...
Tapi kenapa masih ada yang sering tertipu dalam masalah macam ni?
Aku rasa ni semua ada kait mengait dengan keadaan ekonomi hari ni yang begitu mendesak la...makin ramai orang nak cari wang lebih..dan dalam masa yang sama penyamun-penyamun ni semua pun nak cari duit jugak dengan menipu..maka terhasil la penipuan ni...
Heran jugak aku macam mana begitu mudah orang keluarkan duit dari akaun CIMB kita...bahaya tu..aku pakai CIMB nih...
Aku selalu dapat e-mail mengatakan aku menang Loteri UK..banyak wooo kalau nak dikirakan...pernah sampai 350 Pound Sterling..hehe...dah lebih dari jutawan tuh...apa yang dia mintak?Dia nak kan beberapa maklumat peribadi termasuklah nombor akaun untuk dimasukkan wang tersebut..part tu yang aku tak berani...aku ni bukan banyak duit...nanti yang sikit kat dalam bank tu pun kena kebas baru betul putih bijik mata aku...
Jadi harap-harap kita semua makin berjaga-jaga la lepas ni...terlalu banyak cara menipu sekarang ni...depan mata kita saja depa boleh tipu..kita yang kena tipu ni hanya boleh buat laporan Polis saja lah..harap nak dapat balik duit tu payah la...apa nak dikata...
4 comments:
sangat mengejutkan, tetapi tidak mengherankan jika ada yang tertipu kerana tamak dan cetek maklumat
http://sabahanblog.com/tanakwagu/
Kelemahan manusia .. bukan kalau ustaz ni baca kuthbah dia kata , dia mengingat diri dia dan siapa yang dengar ... jangan gelak satu hari mungkin kita pula yang kena !
betul bro..nak gelak sangat pun tak berani..
tapi kalau semua email menang lottery ni betul kan ke best..tiap2 hari dapat nih!!!
Modus operandi sindiket tu dah bertukar daripada memerlukan kebodohan orang untuk memindahkan duit kepada hanya dapatkan maklumat.
http://sebolku.blogspot.com/2008/05/penipuan-sms-kononnya-kad-sim-menangi.html
Post a Comment