Sunday, May 4, 2008

Jom Heboh @ Perlis



Bermula semalam (3 Mei) sehingga hari ni berlangsung Karnival Jom Heboh TV3 di Kangar...tadi aku bawak anak-anak aku pi jenguk jugak la Karnival ni...

Pengalaman aku pada Jom Heboh yang lepas di Kangar jugak..ada dua tiga benda benefit yang boleh kita dapat...antaranya Jom Heboh berjaya menghimpunkan peniaga-peniaga besar seperti Dutch Lady, Lady's Choice, Julie's dan lain-lain lagi di bawah satu nama karnival...dan peniaga besar ni akan menjual produk mereka secara murah..betul...

Tadi aku beli Dutch Lady Latte pek 6 tin pada harga RM7.50..walhal kalau sesaje nak beli kat luar..satu tin dah dekat RM 2...barangan Julie's dan lain-lain dihimpunkan dalam pek satu beg berharga RM10.00...walhal barang-barang tu semua berjumlah dekat-dekat RM20.00...

Tu semua adalah sekadar satu contoh kenapa pada aku Jom Heboh kira bagus jugak la..macam mana pun aku tak nafikan ada tak bagusnya la..tang aspek konsert la kot...

Tapi...

Kalau majlis kecil-kecilan anjuran orang perseorangan pun..ada buat nyanyi-nyanyi ni..apa bezanya..kan?Rumah kenduri pun pasang lagu atau siap ada penyanyi live...Majlis hari lahir orang kenamaan pun ada nyanyi-nyanyi...

Kalau konsert tu dalam suasana yang terkawal..rasanya tak dak la besaq sangat masalah tu...so far aku tengok penganjuran konsert Jom Heboh di tempat lain kira ok ja...

Apa yang aku sentuh sikit ialah berkaitan apa yang Mufti Perlis nyatakan baru-baru ni..rasanya semua orang pun tahu kan...pasal konsert dan Faizal Tahir...

Kenapa secara peribadinya Mufti Perlis hanya menyerang atau tidak mengkehendaki Faizal Tahir untuk buat persembahan?Terlompat2..terkinja2...rambut panjang...rasanya banyak lagi artis yang macam tu...Pakaian artis perempuan yang lebih teruk dari perbuatan membuka baju oleh Faizal Tahir rasanya lebih wajar diperangi...Kenapa perlu disebut nama Faizal Tahir secara terang-terang...tak boleh hanya sekadar menyebut secara umum??...Walhal anda juga bersama bekas Menteri Besar yang lalu selalu memperkatakan tentang larangan Allah untuk mengaibkan seseorang muslim yang lain...nak menegur ada caranya...bukan secara terang-terangan begini...ini adalah kata-kata anda sendiri sebelum ini...

Lagi satu..Jom Heboh dah pernah dianjurkan di Perlis di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar yang lama..dan Mufti Perlis ok je pulak..kenapa yang kali ni agak keras penentangan beliau?

Bila aku jalan kat Jom Heboh tadi..aku rasa memang kat Perlis perlu jugak benda-benda macam ni..sorry to say..orang Perlis (jangan campur orang luar yang kerja atau study kat Perlis la..macam Mufti tu dia orang Penang..) jarang ada pendedahan kepada perkara-perkara macam ni...so bila ada sesekali penganjuran karnival macam ni..dapat la jugak diorang tengok dunia luar...pendedahan tentang stesen TV...tentang penggambaran...tentang dokumentari..tentang kadar jenayah..semua ada kat Jom Heboh...

Sesuatu benda tu ada positif dan negatifnya..terpulang kepada setiap individu untuk judge samada nak ambil yang positif atau negatif...Dunia Siber Internet ni pun ada baik buruk dia..kalau nak yang buruk..dihujung jari je..nak yang baik pun hujung jari gak...kita yang buat keputusan...Kalau kita memang nak pandang jahat dan buruk je..maka itulah yang akan kita nampak...

Apa pun...aku ok je...dah aku janji dengan anak-anak aku nak bawak pi..aku dah bawak tadi...kita kena ingat..dunia kita tak sama dengan dunia kanak-kanak..dunia seorang dewasa tak sama dengan dunia seorang dewasa yang lain...aku pi tadi tak lama pun..kami sampai kat Jom Heboh jam kereta aku pukul 11.15 pagi...aku naik kereta nak balik pulak..jam kereta aku pukul 12.10 minit..tak sampai sejam pun...tapi aku beli apa aku nak beli...anak-anak aku dah have fun sepak penalti la...jenguk booth Kids @ TV3 la...dan aku berpeluang melihat wajah Zakiah Anas 999 (lawa..selama ni wife aku kata dia lawa aku tak percaya..kat TV lain sikit...rugi tak sempat bergambar..hehe..jangan marah sayang ye...)...kira ok la kan...





Lain orang maybe akan lain kadar masa yang diorang spend kat situ..dan lain barang yang dibeli..dan lain hasil kunjungan yang diorang dapat...Dan mungkin ada jugak yang langsung tak mau jenguk karnival macam ni...ada yang letih...(my wife tak pi..ye la..aku pun kesian dengan perut dia tu...)...ada yang memang malas nak ramai-ramai...ada yang mengharamkan..err...hehe..sori kalau terjujur ye...ada yang nak pergi tapi sebab dah kata tak boleh..jadi tak leh la nak pergi kan...hehe..apa nak dikata...

4 comments:

wutedo said...

Huh.. asal unkel tak amek gambo zakiah anas tu.. tapi kire ok ler bole ade gak jom heboh...

kat sp ni pon ade karnival gak.. karnival digi "gege riuh" tapi dah jadik hambar sebab MB kedah turun tak kasi diorang buat konsert..

jalak lenteng said...

x jumpe FAFAU ker?time2 men kat johor la die wat karnival kat perlis..time men kat perlis satu karnival pn xde..

Azhar Abdullah said...

-->edo...sekadar pandang je..tak amik gambar pun..hehe..ok la tu ada gak karnival..

-->men...aku tak jengah pun hot fm punya booth...ada agaknya...
ko kat johor tu lagi bapak punya karnival pun ada la..bila balik sini weih?

LaiNi said...

seumur hidup baru skali gi sure heboh ni uncle.. barang² mmg murah .. tapi yang x tahan raaaaamai sgt org.. ditambah lagi dgn wangi²an.. huh.. nak tecabut kaki bejalan.. jauh sgt park keta.. pasal faizal tahir tu rasanya x yah la dipanjangkan, bukan dia bogel pun.. hik hik hik..