Friday, May 2, 2008

Al - Fatihah Buat Tan Sri NAZA




Tan Sri SM Nasimudin SM Amin telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru Hospital Long Beach, Amerika Syarikat. Allahyarham berada di sana untuk menemani isterinya yang menjalani rawatan bagi penyakit kanser. Jenazah Allahyarham kini sedang diuruskan di Vermont Islamic Centre.

Allahyarham adalah pengasas empayar automotif NAZA. Semoga roh Allahyarham ditempatkan oleh Allah di kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Naza Motor, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin meninggal dunia di Amerika Syarikat kira-kira jam 10 pagi waktu Amerika (10 malam tadi waktu Malaysia) kerana barah paru-paru.

Allahyarham berada di Amerika untuk menemani isterinya menjalani rawatan kanser di sebuah pusat rawatan di sana. Ahli keluarga Allahyarham sedang membuat urusan untuk membawa pulang jenazahnya ke tanah air untuk dikebumikan. Allahyarham menerajui Kumpulan Naza, sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang diasaskan pada 1974.

Kumpulan Naza sebanarnya terdiri daripada 14 bahagian perniagaan termasuk penjualan kereta motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, mesin dan jentera, kejuruteraan, perladangan, pengedaran, kredit dan pajakan, bot, hartanah, hotel dan agensi insurans.

Nasimuddin terkenal sebagai seorang usahawan yang low profile. Bagaimanapun, dengan mengambil kira jumlah jualan yang direkodkan, empayar automotifnya dianggarkan sudah mencatat hasil lebih RM4 bilion.


No comments: