Sekolah tengah cuti sekarang ni...start dari Sabtu lepas sampai la 2 minggu lagi...Mula-mula weekend tu tak rasa sangat..bila dah masuk weekdays ni mula la rasa panjang...
Tapi nasib baik wife aku rajin..dia beli buku-buku kerja dan latihan untuk ajar anak-anak aku masa cuti ni...
So setiap hari masa aku kerja dia akan 'melatih tubi' budak-budak tu dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris...dan bila aku habis kerja pulak aku akan ambik masa dengan diorang dalam Matematik dan Sains...Bahasa Arab pun nak kena ajar jugak ni..malu la pak pandai Arab anak tak reti...kami dua-dua reti berbahasa Arab tapi tak la bercakap Arab dengan anak-anak di rumah...hehe...
Bila dah cuti ni...masing-masing mengadap muka masing2 ja kat rumah ni..selain waktu belajar tu..macam-macam la aktiviti dalam rumah yang depa reka...ruang tamu dah jadi kotak penalti untuk main bola...boring main PS2 dan komputer, depa akan mencari aktiviti baru...maka selalunya akan tercetus la pertengkaran dan pergaduhan...aku heran la budak-budak ni...waktu depa baik akan baik sampai gelak-gelak peluk-peluk...waktu gaduh akan jadi macam Amerika dengan Iraq pulak...hehe...
Tapi satu perangai yang aku tak tahan ni ialah mengadu...sekejap Adam mai mengadu...(orang utara kata mengacom)..."Baba adik tendang kepala abang"...sekejap Rayyan pulak mengadu.."Baba, abang smackdown adik"...dan macam-macam aduan lagi la...
Sekarang ni aku terpaksa buat satu syarat...kalau nak main atau nak gaduh...semua atas risiko sendiri...JANGAN MENGACOM...pandai gaduh pandai la berbaik sendiri...settle la sesama hangpa adik beradik..tak yah nak libat Baba dan Mama..
So Adam dan Rayyan..ingat..JANGAN MENGACOM tau...mengacom ni memeningkan kepala banyak pihak la...dari hanya dua pihak hangpa yang gaduh..dah jadi banyak pihak yang pening kepala..kesian la kat Baba dan Mama ok...apa nak dikata...
2 comments:
bisa berbisa pedih terasa tajam menikam sungguh entri mu kali ini...hahaha..
mmg kelakar..secara realiti nyer mmg benar apa yg berlaku kepada adam dan rayan..suka MENGACOM..
Post a Comment