Rabu dah nak raya...sekejap je kan rasanya..
Aku pun dah berada di kampung mertua aku ni...sampai hari Ahad sini...saja travel awal sikit sebab ada baby kecik ni kena la plan elok-elok...
Semalam dalam perjalanan masih tak banyak kenderaan lagi di highway...adik aku pun bertolak hari yang sama tapi ke arah Utara dari Kuala Lumpur...sama jugak tak jam katanya...
Walaupun hanya sekupang (10 sen) harga petrol turun kali ni, bagi orang yang travel jauh macam aku ni terasa jugak la kelegaannya...
Pasal cuti raya ni pun satu hal...tadi kawan aku yang kerja Pegawai MAS kat KLIA sms tanya aku raya mana...then dia bagitau yang dia tak dapat cuti tahun ni, kena kerja...aduh kesiannya...anak-anak semua dia dah pos balik ke kampung mertua kat Perak...wife dia tunggu last minit kot-kot dia dapat cilok cuti atau pergi berjumpa tuan doktor yang berhampiran...heheh
Oh ya...ingat dulu aku pernah tulis kat sini pasal program Ramadhan yang Dato' Seri Shahidan Kassim dok buat tu kan...ingat tak?Tengok balik kalau tak ingat dan jugak sini....
Baru-baru ni aku terperanjat bila baca blog anak aku si Adam...ada satu pagi tu memang aku terperasan dia dok menaip selepas Subuh tu...kalau rajin korang baca la apa dia tulis tu...
Raya 1 Oktober 2008...ehhhhh...bukan ada orang janji apa-apa berkaitan Kerajaan baru ke 1 Oktober ni??Ke aku silap...ke aku tak tahu perkembangan terkini???Hehehe...
Ni ada satu lawak untuk travel dalam kereta di Hari Raya....Kalau korang dengar CD lagu apa-apa jugak pun dalam kereta...bila nak tukar lagu..hati-hati dengan ayat-ayat..."Tukarkan Track Number lain pulak..."!!!!Hehehe...sapa yang faham akan faham la kan...
Di kesempatan ni aku nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua sahabat dan pengunjung blog ni yang sentiasa tak jemu walaupun kadang-kadang bahan aku ni membosankan...aku jugak nak ambik kesempatan mintak maaf Zahir dan Batin...sebarang silap faham harap dimaafkan....
Kepada yang bakal memandu tu, hati-hati di jalan raya...kepada yang memasak tu hati-hati di dapur...kemalangan boleh berlaku di mana-mana...apa nak dikata...
Banyak perkara berlaku dalam hidup kita..tapi berapa banyak yang boleh kita perkatakan...?
Monday, September 29, 2008
Thursday, September 25, 2008
Akhirnya...Aku Penyunting Filem!!!
Hehehe....setelah sekian lama, igat lagi posting aku pasal HandyCam lama aku tu dan Mini DV nya?...yaaa...minggu lepas aku telah poslaju kan semua kaset-kaset Mini DV tu kepada sepupu aku yang best, Abang Dixx untuk dia convert ke DVD...
Selasa hari tu aku selamat terima kembali 8 DVD yang sungguh indah hasilnya...anak-anak aku sehari suntuk dok sebut.."Baba, uncle Dixx ni terer la...macam mana dia buat haa?"...hehe...(ops..aku belum bayar Abang Dixx, sat lagi la bro I bank in yaa...)...
Selepas tu aku pulak la nak tunjuk terer..hehe...bukan apa, sebenarnya dah lama ipar-ipar aku mintak kami compile semua rakaman berkaitan Arwah Bapa Mertuaku dalam satu CD, sebab kami banyak compilation video Arwah...dan dalam DVD-DVD yang Abang Dixx convert tu ada banyak la, cuma tak dalam satu CD...
Maka aku pun bertanyalah pada Yahoo Answer, kemudian call sahabat tersayang Pae pulak, semua kerana nak tanya apa software nak pakai...hehe...aku segan nak call Abang Dixx dah, pasai dia dah convert untuk aku tu...
Jadi aku dapat maklumat tentang Corel Video Studio...lantas aku pun mendownload la Trial Version 30 hari tu...
Alhamdulillah la aku ni jenis yang celik IT dan terang hati...hehehe...aku pakai trial and error saja, tanpa bertanya atau belajar...aku potong sana, potong sini, selit sana, selit sini...akhirnya aku berjaya buat satu movie yang turut sama memuatkan still photos of my late father in law...
Aku bagi la isteriku tercinta tengok hasilnya...macam aku expect la, air mata berguguran...fuhhh..untuk sebuah movie sedih kalau orang nangis kira amat success la tu kan!!
Maka aku pun ready nak burn ke VCD (pasal external DVD Writer aku tu entah apa installation yang tak betul, aku malas nak kacau, so pakai VCD Writer kat laptop je..)...
Sekali tak boleh daa...aku pun tak tau apa, dia kata 'unspecified error'...frust gila beb...berkali-kali aku try, tetap tak boleh....
Malam tadi, lepas berbuka (dah la aku berbuka pun monyok je, wife aku tau la jenis aku ni kalau satu benda tu tak jadi)....so lepas makan, aku duduk semula depan laptop dan aku copy satu persatu clips yang aku dah buat, beserta background music segala tu, buat semula satu timeline baru...then aku cuba burn...
Alhamdulillah....successful!!!
So selepas habis Buletin Utama yang menyiarkan turun petrol sekupang tu...diulangi sekupang saja ya....dan berita Amy Search kena saman oleh bapak yang anaknya kena tumpah tomyam panas kat Restoran Laksamana Cheng Ho oleh pelayan tu (ke anak dia yang buas kat restoran??)...aku tontonkan VCD tu pada isteri aku....dan dia nangis lagi...maknanya aku berjaya...
Sekaligus aku jadi hero pada anak-anak aku...dua-dua (Zain belum bercakap, kalau tak jadi tiga-tiga tu..) kata "Fuhh..Baba terer dah la...You can make a movie.."...macam biasa ayat aku melawak dengan depa..."Well..you know me.."....hahahaha...
Tapi pada aku satu kepuasan buat benda-benda ni. Kita hasilkan sendiri. Abang Dixx pun pernah kata kat aku, kalau edit sendiri ni lebih syok, pasal our videos, kita yang lebih tahu...
So lepas ni kalau korang nak sunting filem...aku dah boleh buat...Abang Dixx jangan takut..saya tak curi customer...hahaha...tak de la..aku suka-suka saja buat ni...aku memang nak ilmu-ilmu ni semua, tapi untuk kegunaan peribadi saja...
Anyhow thanks very much to Abang Dixx, Rifae Hafiz, Yahoo Answers...dan tak lupa isteri serta anak-anak yang tak berhenti bagi semangat dan tak kacau aku selama dua hari ni..hehe...akhirnya aku berjaya menjadi Penyunting Filem...hehe..apa nak dikata...

Saturday, September 20, 2008
Antara Fitrah, Pembersihan Jiwa dan Jiwa Kacau...
Dah 20 hari kita melalui Ramadhan Al-Mubarak 1429H...Alhamdulillah kita meniti medan tarbiyah yang Allah bagi kat kita dengan penuh tabah...mana yang tak lengkap tu kena fikir-fikir la nanti ye...hehe...
Sebelum berakhir Ramadhan ni..kita kena ingat satu lagi tanggungjawab, iaitu Zakat Fitrah...satu jenis zakat yang wajib dikeluarkan setiap Ramadhan oleh yang berkemampuan....Zakat Fitrah ni wajib ke atas semua yang bernyawa...tak kira yang masih bayi ataupun orang tua sakit terlantar tak boleh bergerak dah...selagi ada nyawa selagi itu kena bayar...cuma orang yang bertanggungjawab la bayar, takkan nak suruh baby tu bayar pulak...
Perkataan Fitrah tu bermaksud Suci..Bersih...Perkataan Zakat jugak membawa makna yang sama...sebab tu hanya kita Melayu sebut Zakat Fitrah, tapi Arab akan sebut 'bayar Fitrah saja'...pasal Fitrah ialah zakat yang special untuk bulan Ramadhan dan wajib kepada semua...
Jadi kalau kita keluarkan zakat dari harta kita, itu ialah untuk menyucikan harta dari saki baki yang tak elok...dan kalau kita jelaskan Fitrah pulak, ialah untuk membersihkan jiwa kita, selaras dengan kehendak Ramadhan untuk menyucikan jiwa...
Tahun ni kadar berbeza jugak pada Fitrah...sebabnya Fitrah ni sebenarnya kita kena sedekahkan makanan asasi kepada mereka yang fakir atau miskin...tapi nak mudahkan maka di convert ke matawang...ni kadar di Malaysia :
Johor = RM6.50
Melaka = RM6.30
Negeri Sembilan = RM6.50
Selangor = RM5.20
Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan = RM5.20
Penang = RM7.30
Kedah = RM7.00
Perlis = RM6.00/ RM7.00
Perak = RM7.00
Pahang = RM7.30
Kelantan = RM7.60
Terengganu = RM6.00/ RM7.00/ RM8.00
Sarawak = RM7.50
Sabah = RM7.70
Walaumacam mana pun, aku tetap dengan bagi beras sebagai Fitrah...aku akan beli beras untuk diri aku dan tanggungan aku (isteri dan 3 anak - tahun ni 3 anak aku dah!!!) dan cari mana-mana orang susah (kat Perlis ni senang nak cari lagi)..dan sedekahkan dapa dia sebagai Fitrah kami...
Dengan bermulanya esok jugak adalah bermulanya sepuluh malam penghabisan Ramadhan...di mana Allah janjikan Lailatul Qadr...maka sepatutnya penghujung Ramadhan ni kita sibukkan diri dengan ibadah dan amalan..bukannya dengan perkara-perkara yang dibawa oleh orang yang jiwanya kacau...mungkin jiwa mereka perlu disucikan jugak ni..tapi tak tau la macam mana ya...
Jiwa kacau ni kalau dia sorang-sorang tak pa...tapi ni dia nak heret orang lain sama untuk mempercayai apa anutan dia...dan ada pulak tu yang nak ikut!!!Pelik manusia ni kan...tapi tu la...kita tak mampu menghalang manusia yang lain, kita hanya mampu berdakwah saja..yang lain tu adalah kerja Allah SWT...apa nak dikata...
p/s: Selingan...setelah puas menunggu dan mencuba..akhirnya dapat capture foto Zain senyum masa dok main-main dengan kami...selalu elok ambik je kamera dia terus serius...haha...
Terubat duka di hati kan...

Wednesday, September 17, 2008
Antara 17 Ramadhan dan 'Asyarah Al-Awakhir...
Hari ni 17 Ramadhan...agak terlewat posting aku ni sebenarnya, tapi tak pa la...bukan apa..terleka dengan 16 September urusan lain...hehe...
17 Ramadhan ialah Nuzul Quran...maknanya hari Al-Quran diturunkan...tapi bukankah Al-Quran menyatakan bahawa Kitab Suci itu diturunkan pada Lailatul Qadar, dan malam Al-Qadr tu pulak tak diketahui bila?
Memang kita tak tahu bila Lailatul Qadr..cuma berdasarkan beberapa hadis dari Rasulullah SAW, Baginda pernah menyebut ianya pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan Kareem ('Asyarah Al-Awakhir)...dan ianya dikecilkan fokus kepada malam-malam ganjil...maknanya malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29 lah...
Tapi bukanlah tanggungjawab kita manusia untuk memilih beribadat...bila Allah dah bagi kemudahan yang begitu banyak dalam Ramadhan ni, sepatutnya kita gunakan tanpa mengira siang atau malam, ganjil atau genap, penghujung atau permulaan...
Ini janji Allah...Dia amat hampir dengan kita dalam bulan Ramadhan...maka kita gunakan peluang mendekatkan diri dengan lebih baik lagi...
Satu peristiwa berkaitan 17 Ramadhan jugak ialah Peperangan Badar Al-Kubra...peperangan pertama di dalam Islam...
Bayangkan betapa umat Islam ketika itu dengan fasiliti peperangan yang tidak seberapa, tidak pernah berperang, diperintahkan berperang oleh Allah SWT di dalam bulan puasa....
Peristiwa ini memberikan satu pengajaran yang amat besar...iaitu puasa bukan sebab untuk kita menyatakan kita letih...alangkan menggalas senjata kali pertama pun pada Ramadhan, inikan pulak tugasan seharian kita...
Satu pengajaran yang aku sendiri ambil dari berlakunya Peperangan Badar pada bulan Ramadhan ialah apa yang baru-baru ini berlaku dalam negara kita Malaysia...
Jika satu ketika umat Islam pernah di arahkan berperang menentang Kuffar Quraisy ketika berpuasa, umat Islam Malaysia jugak tahun ini menerima cabaran yang lebih kurang sama...musuh Islam (yang bertopengkan nama Islam) cuba untuk menjahanamkan kemakmuran negara dan kestabilan politik...makanya menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memerangi anasir ini...
Alhamdulillah apa yang diwar-warkan tidak menjadi, bahkan pelbagai alasan dan cara (trick) lain pulak yang didatangkan...tapi itu semua tak menghalang sebahagian manusia untuk terus menganut fahaman yang sama...masih terbelenggu dengan kepercayaan...yang syok tu...dia kata kita ni jumud tak mau bukak mata...yang dia dok kena tipu memanjang tu apa???hehe...
Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh ujian...Ujian Lapar, Ujian Sabar, Ujian Cari Duit nak Raya dan segala macam ujian lagi...
Jadi apa jugak yang melanda diri kita, itu ialah ujian...dan ingatlah perkataan ujian itu sendiri bertujuan menjadikan kita lebih baik...macam anak-anak kita ujian kat sekolah, untuk bagi jadi pandai lagi la kan...
So kita kena redha dan terima segala ujian tu...harungi...dan selesaikan dengan cara yang elok..pelan2...jangan gopoh-gopoh...
Bincang dengan orang lain apa cara kita nak selesaikan..dan kena ingat...two wrongs doesn't make one right...jangan selesaikan masalah dengan masalah yang lain...kalau tak boleh selesai jugak...kembalilah kepada Allah SWT...apa nak dikata...

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar
- Al-Qadr Ayat 1
Memang kita tak tahu bila Lailatul Qadr..cuma berdasarkan beberapa hadis dari Rasulullah SAW, Baginda pernah menyebut ianya pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan Kareem ('Asyarah Al-Awakhir)...dan ianya dikecilkan fokus kepada malam-malam ganjil...maknanya malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29 lah...
Tapi bukanlah tanggungjawab kita manusia untuk memilih beribadat...bila Allah dah bagi kemudahan yang begitu banyak dalam Ramadhan ni, sepatutnya kita gunakan tanpa mengira siang atau malam, ganjil atau genap, penghujung atau permulaan...
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
- Al-Baqarah Ayat 186
Ini janji Allah...Dia amat hampir dengan kita dalam bulan Ramadhan...maka kita gunakan peluang mendekatkan diri dengan lebih baik lagi...
Satu peristiwa berkaitan 17 Ramadhan jugak ialah Peperangan Badar Al-Kubra...peperangan pertama di dalam Islam...
Bayangkan betapa umat Islam ketika itu dengan fasiliti peperangan yang tidak seberapa, tidak pernah berperang, diperintahkan berperang oleh Allah SWT di dalam bulan puasa....
Peristiwa ini memberikan satu pengajaran yang amat besar...iaitu puasa bukan sebab untuk kita menyatakan kita letih...alangkan menggalas senjata kali pertama pun pada Ramadhan, inikan pulak tugasan seharian kita...
Satu pengajaran yang aku sendiri ambil dari berlakunya Peperangan Badar pada bulan Ramadhan ialah apa yang baru-baru ini berlaku dalam negara kita Malaysia...
Jika satu ketika umat Islam pernah di arahkan berperang menentang Kuffar Quraisy ketika berpuasa, umat Islam Malaysia jugak tahun ini menerima cabaran yang lebih kurang sama...musuh Islam (yang bertopengkan nama Islam) cuba untuk menjahanamkan kemakmuran negara dan kestabilan politik...makanya menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memerangi anasir ini...
Alhamdulillah apa yang diwar-warkan tidak menjadi, bahkan pelbagai alasan dan cara (trick) lain pulak yang didatangkan...tapi itu semua tak menghalang sebahagian manusia untuk terus menganut fahaman yang sama...masih terbelenggu dengan kepercayaan...yang syok tu...dia kata kita ni jumud tak mau bukak mata...yang dia dok kena tipu memanjang tu apa???hehe...
Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh ujian...Ujian Lapar, Ujian Sabar, Ujian Cari Duit nak Raya dan segala macam ujian lagi...
Jadi apa jugak yang melanda diri kita, itu ialah ujian...dan ingatlah perkataan ujian itu sendiri bertujuan menjadikan kita lebih baik...macam anak-anak kita ujian kat sekolah, untuk bagi jadi pandai lagi la kan...
So kita kena redha dan terima segala ujian tu...harungi...dan selesaikan dengan cara yang elok..pelan2...jangan gopoh-gopoh...
Bincang dengan orang lain apa cara kita nak selesaikan..dan kena ingat...two wrongs doesn't make one right...jangan selesaikan masalah dengan masalah yang lain...kalau tak boleh selesai jugak...kembalilah kepada Allah SWT...apa nak dikata...
Tuesday, September 16, 2008
Post 16 Sept Press Conference
Baru selesai menonton Sidang Akhbar DSAI melalui JustinTV...
Punya jauh pusing-pusing, PC dia nak cakap ni je:
Ni apa punya kes la...orang kalau dah kuat, you ajak semua tu lompat masuk dulu...then tunjukkan pada Pak Lah (dan dunia) kata you majoriti, then memang orang kena serah pun la kan...
atau...
Dia pakai reverse psychology dengan Pak Lah supaya Pak Lah akan berbincang dengan dia dan rakan-rakan sekaligus menyelamatkan tengkuk Pak Lah yang kini di ambang 'nak kena tetak' dan dia pun boleh capai hasrat dia....jeng jeng jeng...
Ermmm...make sense kan...any comment?Apa nak dikata...

1. Dia claim dah ada 'enough numbers' yang nak melompat tapi dia tak mau dedahkan siapa mereka takut 'harrasment'
2. Dia nak mesyuarat dengan Pak Lah supaya serahkan dengan aman kuasa pemerintahan kepada PR
Ni apa punya kes la...orang kalau dah kuat, you ajak semua tu lompat masuk dulu...then tunjukkan pada Pak Lah (dan dunia) kata you majoriti, then memang orang kena serah pun la kan...
atau...
Dia pakai reverse psychology dengan Pak Lah supaya Pak Lah akan berbincang dengan dia dan rakan-rakan sekaligus menyelamatkan tengkuk Pak Lah yang kini di ambang 'nak kena tetak' dan dia pun boleh capai hasrat dia....jeng jeng jeng...
Ermmm...make sense kan...any comment?Apa nak dikata...
Posting Pendek Sempena 16 September...
Monday, September 15, 2008
Sedar Pun Diri Tu Ya, Zaid
UPDATE - 6.50 petang
(sumber MalaysianInsider)
PM rejects Zaid's resignation
KUALA LUMPUR, Sept 15 - De facto Law Minister Datuk Zaid Ibrahim is not out of the Cabinet just yet.
Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi rejected the letter of resignation Zaid sent in today, telling him instead to take a two-week break.
Sources told the Malaysian Insider that Zaid informed the PM that he felt compelled to quit the Cabinet on a matter of principle because he disagreed with the use of the Internal Security Act (ISA) on journalist Tan Hong Cheng, DAP MP Teresa Kok and blogger Raja Petra Kamaruddin.
He felt that a minister or government official who is at odds with the policy or decision of the administration must offer his resignation.
Abdullah said issues and matters could be discussed and thrashed out in Cabinet.
S**L!!!!!!
ORIGINAL POSTING :
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.
Pak Lah bila lagi????

Syabas MUBARAK!!
Agak terkejut semalam tengok Buletin Utama kat TV3...dah la memang agak lama aku tak tengok news, boleh pulak semalam bukak tv, lepas tu siap tepuk tangan tengok news...hehe..
Presiden MUBARAK (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia), Tan Sri Abu Zahar Ujang semalam kasi kow-kow punya, sapu Pak Lah dan Zaid Ibrahim..best!!!
Heran jugak pasal TV3 bagi full coverge kat Tan Sri Abu Zahar menghentam Pak Lah...ni beberapa transkrip dari akhbar hari ni...
Tan Sri jugak semalam belasah Zaid Ibrahim yang konon Menteri jaga Undang-undang, tapi masa Bar Council buat forum yang menghina Islam hanya berdiam diri...
Di bawah ni aku embed kan klip Buletin Utama 14 September 2008 kot-kot ada yang nak tengok semula komen Tan Sri Abu Zahar...korang boleh tengok dari minit 5.40 hingga minit 15.05 komen Tan Sri tu...(in case korang tak leh tengok kat sini, pergi tengok kat Site Buletin Utama ni...
Nampaknya tsunami sudah sedia untuk menggegarkan Pak Lah supaya bangun dan sedar serta turun dengan eloknya...aku pernah tulis dulu, jangan Pak Lah malu diturunkan masa Disember 2008...baik turun sendiri...kalau macam ni punya gelombang, rasa aku tak lama la tu...kita tunggu la...apa nak dikata...

Kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan kepada ahli parti untuk memutuskan mengenai peralihan kuasa kepemimpinan parti adalah selaras dengan Perlembagaan Umno, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang.
“MT tidak boleh ketepikan hak dan suara perwakilan dan setiap ahli perlu hormati perlembagaan parti. Jangan amal sindrom bisu dan sindrom pak turut,” katanya.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) berkata, bahagian UMNO tidak perlu rasa terikat dengan persefahaman peralihan kuasa yang dicapai sebaliknya berhak mencalonkan mana-mana pemimpin menjelang pemilihan parti Disember ini.
Katanya, walaupun telah ada kompromi atau permuafakatan namun UMNO tidak boleh lari daripada mematuhi Perlembagaan parti yang telah menggariskan kaedah-kaedahnya.
''Peralihan kuasa tahun 2010, itu hanyalah satu persefahaman. Ia tidak mengikat dari segi undang-undang. Ia sama seperti memorandum persefahaman (MoU) sahaja.
''Oleh itu dalam hal ini setiap ahli UMNO, tidak kira siapapun kita, mesti akur kepada Perlembagaan parti kerana ini undang-undangnya,''
''Siapa yang tidak ikut Perlembagaan, ini yang salah, bukannya mereka yang tak ikut pelan peralihan kuasa. MT pun dipilih oleh bahagian melalui perwakilan.
''Soalnya kita mesti berbalik kepada Perlembagaan UMNO dengan Fasal 9 (3) menyatakan setiap Perhimpunan Agung yang ada pemilihan merupakan medan untuk menentukan pucuk pimpinan parti bagi tiga tahun akan datang.
''Ada yang kritik kata kita kena ikut pelan peralihan kuasa. Menteri yang jaga undang-undang pun ada cakap macam itu sedangkan cakap seperti itu cakap orang yang tidak faham undang-undang. Patut dia berhenti sahajalah jadi menteri.
Tan Sri jugak semalam belasah Zaid Ibrahim yang konon Menteri jaga Undang-undang, tapi masa Bar Council buat forum yang menghina Islam hanya berdiam diri...
Di bawah ni aku embed kan klip Buletin Utama 14 September 2008 kot-kot ada yang nak tengok semula komen Tan Sri Abu Zahar...korang boleh tengok dari minit 5.40 hingga minit 15.05 komen Tan Sri tu...(in case korang tak leh tengok kat sini, pergi tengok kat Site Buletin Utama ni...
Nampaknya tsunami sudah sedia untuk menggegarkan Pak Lah supaya bangun dan sedar serta turun dengan eloknya...aku pernah tulis dulu, jangan Pak Lah malu diturunkan masa Disember 2008...baik turun sendiri...kalau macam ni punya gelombang, rasa aku tak lama la tu...kita tunggu la...apa nak dikata...
Friday, September 12, 2008
C'mon Pak Lah, Tunggu Apa Lagi?
Bermula dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak Pak Lah supaya meletakkan jawatan, dengan alasan pertengahan 2010 tu terlalu lama dan UMNO serta BN perlu diselamatkan segera...kini semakin ramai berani...
Datuk Seri Najib Tun Razak pulak kata sebarang pelan peralihan kuasa sepatutnya ditentukan oleh mesyuarat Bahagian UMNO...maknanya akan dibawa usul ke dalam Perhimpunan Agong UMNO Disember ni la...
Hari ni Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pulak bercakap...
- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kepulangan Tun Dr. Mahathir ke pangkuan UMNO akan meningkatkan perpaduan ahli parti. Beliau yang mengalu-alukan keputusan tersebut turut menjelaskan UMNO tidak mempunyai masalah untuk menerima semula negarawan itu. "Langkah yang diambil Tun Dr. Mahathir juga akan memperkuatkan UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
- Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Sepedas mana pun pandangan beliau kepada UMNO sebelum ini, ia sebenarnya pandangan yang ikhlas. Pendapat Tun Dr. Mahathir sebagai bekas presiden parti tentu lebih bernilai dan mempunyai kredibiliti jika beliau berada dalam UMNO.”
- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menyatakan komitmennya untuk mencadangkan kepada MT UMNO supaya menerima semula Tun Dr. Mahathir. "Kalau tidak ada orang yang menerimanya dalam mesyuarat MT nanti, saya sebagai ahli MT akan cadangkan kita terima". Sementara itu, Mohamad mahu kemasukan Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO dibuat dengan telus tanpa mengenakan sebarang syarat.
dan ramai lagi sebenarnya...
So Pak Lah...masih mau menurut nasihat anak dan menantu anda kah?
Jangan sampai peralihan kuasa menjadi rampasan kuasa..masa tu tak boleh nak cakap apa la..Thaksin Shinawatra pun cabut lari...apa nak dikata...

“Pendapat seorang atau dua pihak bukan penentu sebenar. Kalau suara datang dari akar umbi, tidak kiralah apa Majlis Tertinggi (MT) atau pucuk pimpinan cakap, tetap kena dengar suara mereka di bawah,”Tu belum kita tengok pendapat rata-rata pemimpin UMNO berkenaan ura-ura kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam UMNO...
- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kepulangan Tun Dr. Mahathir ke pangkuan UMNO akan meningkatkan perpaduan ahli parti. Beliau yang mengalu-alukan keputusan tersebut turut menjelaskan UMNO tidak mempunyai masalah untuk menerima semula negarawan itu. "Langkah yang diambil Tun Dr. Mahathir juga akan memperkuatkan UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
- Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Sepedas mana pun pandangan beliau kepada UMNO sebelum ini, ia sebenarnya pandangan yang ikhlas. Pendapat Tun Dr. Mahathir sebagai bekas presiden parti tentu lebih bernilai dan mempunyai kredibiliti jika beliau berada dalam UMNO.”
- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula menyatakan komitmennya untuk mencadangkan kepada MT UMNO supaya menerima semula Tun Dr. Mahathir. "Kalau tidak ada orang yang menerimanya dalam mesyuarat MT nanti, saya sebagai ahli MT akan cadangkan kita terima". Sementara itu, Mohamad mahu kemasukan Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO dibuat dengan telus tanpa mengenakan sebarang syarat.
dan ramai lagi sebenarnya...
So Pak Lah...masih mau menurut nasihat anak dan menantu anda kah?
Jangan sampai peralihan kuasa menjadi rampasan kuasa..masa tu tak boleh nak cakap apa la..Thaksin Shinawatra pun cabut lari...apa nak dikata...
RPK Detained Under ISA
Raja Petra Kamaruddin (RPK) today detained under Internal Security Act (ISA) at 1.10pm at his house.
Blogger Raja Petra Kamaruddin ditahan dibawah ISA di rumah beliau jam 1.10 tengahari.

Thursday, September 11, 2008
Theo Walcott : A Rising Star
Aku bukan peminat England di arena bolasepak antarabangsa...Aku cuma peminat dan penyokong Arsenal, The Gunners...
Secara tak langsung aku meminati France...cuma apa jadi dengan France sekarang ni aku pun naik heran jugak...
Tapi setiap Gunners, tak kira negara mana yang diwakilinya akan aku ambik berat jugak perkembangan diorang...
Salah seorangnya ialah Theo Walcott, budak muda Arsenal yang bermain untuk England, yang pada World Cup 2006 tak main sangat pun, tetapi kini dalam kesebelasan utama Fabio Capello...
Hasilnya...England kalahkan Croatia semalam dengan 4-1...dan Walcott jaringkan hatrik!!!Croatia kalah di Zagreb, sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah diorang kat home...
Gol Pertama Walcott, minit ke 26...
Gol kedua, minit ke 59...
Gol ketiga sori aku tak dapat cari versi Youtube, tapi korang boleh view kat SINI...
Pemain Arsenal jugak la...hehe...apa nak dikata...

Tuesday, September 9, 2008
Antara Ramadhan dan Kesedaran Umat...
Pagi ni baca-baca ruangan terkini kat Berita Harian Online, terjumpa berita yang menyayat hati :
Yang pasti penjenayah tu mesti warga asing :
Teringat pulak kepada satu hadis yang menyatakan bahawa Syaitan kena ikat atau rantai bila masuk bulan Ramadhan ni...maknanya tak dak la gangguan atau hasutan syaitan ke arah buat jahat kan...jadi kalau ada yang buat jahat tu dari mana??
Kalau dulu kecik-kecik, Ustaz aku akan kata.."tu memang diri sendiri la yang jahat..tak perlukan syaitan pun dah memang jahat.."...hehe...
Sekali fikir betul la jugak kan...kalau dah Syaitan kena ikat, maka manusia la yang jadi Syaitannya...
Apa pun Takziah kita sampaikan kepada keluarga mangsa...semoga roh Allahyarham akan ditempatkan di kalangan para solihin...meninggal kerana diserang dalam bulan Ramadhan dan ketika bangun untuk mengerjakan Sunnah Sahur...Hanya Allah yang akan memberi ganjaran...
Kepada penjenayah jahanam tu...yang masih terlepas tu aku doakan agar kena bala yang besar..biar dia tanggung akibat kerja jahat dia tu...kepada yang baru-baru nak fikir buat jahat tu pulak..tak payah la...cari jalan lain la nak cari duit raya pun...jangan kacau orang...
p/s: Kejap je dah seminggu lebih berpuasa...semoga jiwa kita lebih 'tabah'...hehe..apa nak dikata...
Wanita mati dalam kejadian samun ketika bersahur, dua penjenayah kecundangBila baca berita ni, aku rasa sedih, geram, marah dan macam-macam lagi...
SHAH ALAM: Seorang wanita meninggal dunia di hospital akibat ditikam dan dikelar sekumpulan empat penjenayah, dua daripadanya mati ditembak, dalam kejadian samun di sebuah rumah di Seksyen 13 pagi tadi ketika penghuninya sedang bersahur.
Raja Noriana Raja Ahmad, 41, meninggal dunia di Pusat Perubatan Selangor dekat sini akibat kecederaan yang dialami ketika bergelut dengan penjenayah itu manakala seorang anak perempuannya berumur 18 tahun patah pinggang ketika terjun dari tingkat dua untuk cuba melarikan diri, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar kepada pemberita di tempat kejadian.
Seorang lagi anak perempuannya berumur 20 tahun yang turut terjun cedera ringan manakala suaminya sempat menyelamatkan diri dari tingkat bawah.
Yang pasti penjenayah tu mesti warga asing :
Siasatan awal mendapati kesemua penjenayah berkenaan berumur dalam lingkungan 20-an dan dipercayai kumpulan sama yang terbabit dalam enam kes samun rumah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.Amat zalim penyamun tu pasal dah la masuk rumah orang waktu orang nak bersahur bagi mengerjakan ibadah puasa Ramadhan...lepas tu kalau dah kantoi dengan tuan rumah, apa kata korang blah je dari situ...anggap je gagal rompakan korang tu...tapi diorang ni apa yang dia buat :
Seorang daripada mereka memiliki pasport yang tamat tempoh manakala selebihnya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Beliau berkata polis juga mendapati pistol yang digunakan oleh kumpulan penyamun itu adalah hasil rompakan di rumah seorang kakitangan awam di Seksyen 3 di sini pada 3 Sept lepas.
Sebaik menyedari dua daripada rakan mereka telah ditahan polis, penjenayah yang berada dalam rumah bertindak menjadikan Raja Noriana sebagai tebusan dan mengurungnya di bilik utama manakala suami dan dua anaknya berjaya menyelamatkan diri.Sepatutnya Ramadhan menjadi medan untuk mentarbiyah diri bagi menjauhkan maksiat dan kejahatan, tetapi manusia-manusia macam ni tak langsung mencuba, malahan mengambil kesempatan pulak atas kesediaan orang lain menghadapi Ramadhan...
"Dalam rundingan dengan dua suspek berkenaan kira-kira tiga jam supaya melepaskan tebusan, penjenayah terbabit enggan bekerjasama dan mula bertindak ganas dengan membakar bilik mangsa dan mencederakannya," katanya.
Khalid berkata sebaik mendapati penjenayah mula bertindak demikian, polis menyerbu masuk dan melepaskan tembakan ke arah dua suspek berkenaan yang bersenjatakan sepucuk pistol dan beberapa bilah parang.
"Kedua-dua penjenayah itu mati manakala Raja Noriana cedera ditikam pada bahagian leher dan bahunya dikelar dengan parang," katanya.
Teringat pulak kepada satu hadis yang menyatakan bahawa Syaitan kena ikat atau rantai bila masuk bulan Ramadhan ni...maknanya tak dak la gangguan atau hasutan syaitan ke arah buat jahat kan...jadi kalau ada yang buat jahat tu dari mana??
Kalau dulu kecik-kecik, Ustaz aku akan kata.."tu memang diri sendiri la yang jahat..tak perlukan syaitan pun dah memang jahat.."...hehe...
Sekali fikir betul la jugak kan...kalau dah Syaitan kena ikat, maka manusia la yang jadi Syaitannya...
Apa pun Takziah kita sampaikan kepada keluarga mangsa...semoga roh Allahyarham akan ditempatkan di kalangan para solihin...meninggal kerana diserang dalam bulan Ramadhan dan ketika bangun untuk mengerjakan Sunnah Sahur...Hanya Allah yang akan memberi ganjaran...
Kepada penjenayah jahanam tu...yang masih terlepas tu aku doakan agar kena bala yang besar..biar dia tanggung akibat kerja jahat dia tu...kepada yang baru-baru nak fikir buat jahat tu pulak..tak payah la...cari jalan lain la nak cari duit raya pun...jangan kacau orang...
p/s: Kejap je dah seminggu lebih berpuasa...semoga jiwa kita lebih 'tabah'...hehe..apa nak dikata...
Saturday, September 6, 2008
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
Kita selalu dengar orang bila sesuatu benda yang baik berlaku, diorang akan kata Alhamdulillah...
Tapi bila suatu musibah melanda, kita akan cuba bersabar dan mententeramkan pihak yang kena tu dengan mengatakan itu ada hikmahnya...
Aku pernah terfikir...kalau kita bersedih kerana sesuatu hal, macam mana kita nak kenal pasti apa yang dikatakan hikmah tu...
Kadangkala hikmah yang terselindung tu memang khusus untuk kita..contohnya kita plan dah elok-elok nak pergi berkelah kat pantai...tiba-tiba ada kawan kita pulak datang bertandang ke rumah membuatkan kita terlewat lalu kensel terus trip tu...anak-anak mungkin marah...maka kita kata "Ada hikmah tu...entah-entah kalau kita pergi mungkin ada musibah jalanraya ke, tsunami ke..." tu contoh hikmah yang selalu kita sebut...
Tapi ada satu lagi hikmah yang ada kt situ...iaitu silaturrahim antara keluarga kita dan kawan kita tadi tu akan terus terjalin....hubungan yang selama ini mungkin dah hampir terputus, disambung kembali kerana kunjungan dia tadi...
Hari ini dan semalam aku belajar sesuatu yang besar dalam hidup aku. Ada satu hal yang berlaku di sekitar aku yang membuatkan aku jauh merenung...kejadian ini memang berkait dengan aku walaupun tidak secara langsung...tetapi aku merenung untuk cuba mencari hikmah di sebalik kejadian ini...
Dan aku dapati terlalu banyak hikmah yang tersembunyi...ada yang untuk diri aku pelajari...ada yang untuk ahli keluarga yang lain...pendek kata semua orang dapat pengajaran...
Jadi benarlah kata-kata bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...cuma it it a matter of time untuk kita dapat tahu bahawa itu ialah hikmahnya...yang penting ialah kita harus bersedia untuk menerima dan mempelajarinya...selagi tak nampak, selagi tu la bersabar ya...apa nak dikata...

Thursday, September 4, 2008
More On Zain Azhar...
Zain is now 28 hari..sekejap aja dah nak sebulan kan...
Satu tentang Zain yang aku nak cerita, tapi asyik lupa...hehe..my wife sure geram ni...tak habis-habis nak bercerita pasal hal ni saja...
Zain dan aku mempunyai garisan tapak tangan yang sama!!!
Garisan tengah tangan kami dua-dua belah kanan dan kiri lurus, membentuk angka 8 dalam tulisan Arab atau Jawi...(٨)
Aku bukanlah seorang yang percayakan benda2 numerology atau segala pelik-pelik ni...cuma dah lama aku cari dari kalangan siblings aku yang bergarisan tangan macam aku...ada sorang, Abang Lan, cuma sebelah tangan sama macam tu...
So Zain bin Azhar, tarikh lahir 8 Ogos 2008 (08/08/08)...mempunyai tangan kanan dan kiri yang dibaca 88...ermm...menarik gak fakta ni...hehe...
Macam aku kata la tadi...tak terlintas di hati aku sebarang tekaan atau bacaan nasib bila aku cerita pasal garisan tapak tangan ni...cuma aku seronok pasal pencarian aku siapa yang sama garisan macam aku akhirnya berjaya aku temui di tangan anak ketiga aku...like father like son, dia jugak kuat berpeluh!!!...apa nak dikata...
p/s: My son, Adam ada entri baru pasal puasa dia dan adik dia...

Tuesday, September 2, 2008
Ar- Rahmaan Ar-Raheem...
Pagi ni aku berjalan-jalan macam biasa kat alam maya...terjumpa satu blog yang amat menarik perhatian aku, Recovery From Drug Addiction...
Blog ini ditulis oleh seorang yang menggelarkan dirinya Ahmad Anon(ymous)...
Maha Penyayang Allah yang telah memberikan hidayahNya kepada beliau, dan beliau kini berkongsi bersama kita pengalaman dan pengetahuan beliau...
Banyak yang aku sendiri belajar dari blog beliau sepanjang aku baca tadi...pada aku satu blog yang sewajarnya mendapat perhatian ramai pihak...
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

I’m Ahmad Anon(ymous), 48, from Kelantan in Malaysia. You can call me “Ahmad” or “Mat” or “Mart”. And there’s nothing to stop you from calling me nasty names either; although I hope that you won’t. Or to mock, scorn or condemn what I had written above and elsewhere, should you be harbouring bitter experiences from your unfortunate relationship or contact with someone else who was a drug abuser. Your comments won’t be deleted just because you were nasty towards me.yaa..betul...dia seorang bekas penagih...yang pernah ditahan dipenjara dan pusat serenti...
Maha Penyayang Allah yang telah memberikan hidayahNya kepada beliau, dan beliau kini berkongsi bersama kita pengalaman dan pengetahuan beliau...
Banyak yang aku sendiri belajar dari blog beliau sepanjang aku baca tadi...pada aku satu blog yang sewajarnya mendapat perhatian ramai pihak...
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Monday, September 1, 2008
Sembang Ramadhan - Part 1
Tadi aku ke masjid masa Zohor, dah kebetulan Sahibus Samahah Tuan Mufti Kerajaan Negeri Perlis tak sihat dan tak dapat menyampaikan tazkirah, maka sahabat aku kat situ mintak aku gantikan...ok la..aku pun sembang2 la sikit...
Lepas habis selesai semuanya, sambil keluar tu ramai la yang datang sembang dan tegur..maklum lah hari ni cuti, so tak perlu nak bergesa-gesa balik pejabat kan...kalau balik rumah pun bukan boleh makan...ye tak...
So ada la satu orang ni dia kenal aku dari dulu lagi, dari zaman aku bekerja dengan DSSK...so dia tanya aku pasal program bulan puasa...aku kata tah la..takde aku dengar apa2 pun...yang aku tau DSSK akan mengadakan jugak majlis di kawasan DUN beliau, Tambun Tulang..dan dia ada ajak aku pergi jadi imam Terawih situ nanti...InsyaAllah aku akan pergi...
Jadi sahabat tu tadi pun kata la...sekarang ramai dah sebut...bulan puasa ni terasa 'kehilangan' yang amat...bukan setakat majlis malam-malam, tetapi peniaga di Pasar Ramadhan pun terasa...
Baru aku teringat, DSSK setiap hari dalam bulan Ramadhan akan round Pasar Ramadhan seluruh Perlis (gilir2 ikut jadual)...dan dia akan belanjakan sejumlah wang yang banyak untuk beli juadah, terutamanya dari gerai yang kurang mendapat sambutan...pasal dia kesian dengan peniaga yang bersemangat tu...kemudian juadah yang banyak tu akan diarahkan petugas-petugas beliau untuk menghantarnya ke masjid-masjid dan surau-surau mana-mana untuk buat berbuka puasa atau moreh...
Maka timbullah kata-kata sahabat tadi yang peniaga-peniaga pun akan merasa 'kehilangan' tersebut...
Tak pa...jangan la pening-pening...setiap manusia dengan cara dan gaya tersendiri...kebaikan yang kita lihat, ada pihak yang nampak sebagai kejahatan...manakala sebaliknya pun begitu jugak...bukan semua mata menilai dengan cara yang sama...cuma perbezaan darjat manusia biasanya akan membuatkan pandangan tu berbeza...
Kalau yang suka hanya orang kampung dan peniaga-peniaga kecil...mungkin yang tidak suka pulak ialah orang-orang kaya dan mereka yang telah berjaya...mana kita tahu kan...errmmm...apa nak dikata...
Selamat Beribadah.

Subscribe to:
Posts (Atom)