Wednesday, April 9, 2008

Again, No Silverware...

Nasib masih tak mau menyebelahi Arsenal lagi la...memang pagi tadi waktu nak bangun tengok bola pukul 2.45 pagi tu aku tak menaruh harapan tinggi..pasal Liverpool ni kalau dalam Europe Tournament memang dia power..lepas tu plak kat tempat dia..tapi tengok jugak la...

Bila tengok mula-mula tu..gaya Arsenal nampak menyerlah betul..minit ke 13 Diaby score...



Lepas tu minit ke 30 pulak Hyppia tanduk bola masuk hasil corner..aku geram pasal punca corner tu hasil kesilapan Gunners sendiri...



Bila masuk second half..tengok ja aku dah kata Arsenal akan kalah..dari corak permainan aku dah agak masa tu..pasal permainan second half amat teruk pada pandangan aku la...

Macamana la diorang boleh biarkan si Torres tu terlepas sorang2...dah dia score..cantik pulak tu gol dia..(aku cuba cari gambar gol dia tapi belum dapat)...

Tinggal lagi 6 minit game baru la Adebayor score untuk samakan kedudukan 2-2..tu pun hasil larian hebat Theo Walcott..dia bawak sorang-sorang dari kotak penalti Arsenal sampai ke line gol Liverpool then cross leret untuk Adebayor..mamat Walcott ni bakal jadi star hebat nanti sikit hari lagi..tengok la...

Tak sempat nak syok mana-mana..seminit ja..dah Liverpool dapat penalti pulak dah..Aku tengok tak de la Toure tu buat apa-apa kat Babel tu..siap sampai kad kuning lagi..apa lagi..gol la Gerrard tendang..



Dalam kalut2 Arsenal nak cuba gol penyamaan..si Babel pulak terlepas dan dapat bola..gol lagi satu pulak..maka jadi la kedudukan 4-2..aggregat 5-3..maka tewas la Arsenal dalam suku akhir European Champions League...

Yang merumitkan keadaan...Flamini pulak injured...menambahkan senarai...



Dah la Sagna takdak..Rosicky masih injured..Flamini pulak...tak tau la aku macam mana nak lawan Manchester United Ahad ni...berserah ja la...

EPL dah tak nampak harapan..Champions League dah tersangkut setakat suku akhir...lain-lain lagi awal dah padam..maka jadi lah macam masa-masa hari tu..tiada piala langsung jugak untuk Arsenal...

Marah, marah jugak...tapi sokong tetap sokong...kita tunggu pulak musim depan la wahai Gunners..dengar kata nak beli Martins dan Nzogbia (Newcastle)...setakat ni kita sokong jugakkkkk...hehehe...apa nak dikata...

5 comments:

nadya.s said...

ajan, camne buat signature tuh.. best plak!.. nak try igt..

Sembrol said...

Apa dah jadi arsenal unkel?

Unknown said...

tah le man..aku pun pasrah je..sokong tetap sokong...hehe..

Iceblender said...

Semalam sedikit sebanyak memberi sedikit sisa-sisa harapan untuk Arsenal. Menang baki perlawanan, harapkan Chelsea dan Man U seri 1 kalah 1.

Unknown said...

waa..ni yg buat aku semangat ni...memang aku simpan je keinginan for the miracle tu dalam hati aku ni..andai terjadi lah..fuhh...