Hari ni aku terpaksa buang masa separuh hari..dari pukul 8 pagi sampai 11.45 pagi..dekat2 tengahari dah tu...di mana?.. Mahkamah Trafik Kangar...
Macam ni...dalam tahun lepas..22 April 2007..Kembara aku kena langgar dengan sorang budak sekolah tingkatan dua yang tiada lesen memandu dan tidak memakai topi keledar dan keluar simpang jalan minitar tak tengok kiri dan kanan...panjang description budak tu...Hasilnya Kembara aku kemek kat pintu belakang sebelah kanan dan bahagian tepi belakang...budak tu patah peha kanan dia...
Masa tu aku buat report polis dan pihak Trafik setelah menyiasat selengkap-lengkapnya merumuskan kesalahan di pihak budak tu la...so budak tu (bapak dia la kiranya) kena saman kesalahan lalulintas atas kecuaian...sepatutnya kalau kes patah kaki kena RM4000 tapi sebab yang patah pun kaki dia sendiri..maka Polis tu dengan murah hati dan baiknya turunkan seksyen kesalahan ke saman RM300 sahaja...
Al-kisahnya..terlalu percaya cakap lawyer yang nak buat untung..maka mak bapak budak ni tak mau bayar saman tersebut dan memohon supaya dibicarakan di mahkamah...aku pun tak tau la manusia ni...dah terang-terang buat salah...dan pihak polis dah begitu baik hati kurangkan kadar..pun mau lawan ka...
So tadi pagi la perbicaraan kes ni berjalan..kemarin petang tengah aku santai-santai kat rumah..ada orang ketuk pintu.."Encik Azhar?"...aku panik gak..sapa dia ni...bila aku kata betul...dia kata.."Ni sepina untuk hadir ke mahkamah esok"...Cheh...seumur hidup aku yang dah 36 tahun ni...ni kali kedua aku pi mahkamah...pertama tahun lepas..aku tolong jadi saksi kes fasakh Mastura orang gaji Filipino aku...tapi tu Mahkamah Syariah la...pastu Hakim tu kawan baik aku plak..tak la aku rasa gerun sangat...Mahkamah Sivil ni baru pertama kali...
Sepina tu kata pukul 8.30 pagi di Mahkamah Majistret ll, Kompleks Mahkamah Kangar...so aku yang penuh punctuality ni pun..seawal pukul 8.10pagi aku dah terpacak depan ruang menunggu kat depan Mahkamah Majistret ll tu...sekali ada satu officer mahkamah yang kenal aku dia mai tanya ada apa aku kat situ...then dia kata pukul 9 baru diorang nak panggil apa pun...cheh...
Aku berjalan ke depan tu beli rokok sekotak (aku ingat cepat..tak bawak la rokok)..dan hisap kat luar building sambil sembang dengan dua tiga orang yang ada kenal kat situ...
Lepas tu aku masuk balik..dan try cari signal WIFI dengan N95 aku..uish..dapat!!AADK_PERLIS...hehe..sori la pihak Agensi Antidadah ye..aku tibai WIFI free hangpa tadi...so tak la aku boring sangat....
Dalam pukul 9.30 pagi..ada satu Polis ni buka pintu Mahkamah Majistret ll dan panggil sapa-sapa ada kes masuk..aku pi tanya..saksi kena masuk ka?Dia minta surat sepina aku..bila dia tengok..rupanya bukan kat situ..building sebelah daa...Mahkamah Trafik baru buka rupanya...maka aku terpaksa meninggalkan WIFI Zone AADK tadi...pi tunggu sebelah sana...
Rupanya ramai anggota Trafik ada kat situ..semua nampak je aku diorang panggil aku dok dengan depa....so menyembang la...semua ke situ atas kes yang sama la...saksi untuk kes budak tadi la...bila polis hisap rokok kat situ..aku pun faham la kata tak pa kot smoking kat situ..maka sama naik la aku dengan polis-polis Trafik tu semua..hehe...
Bila mula dipanggil masuk sorang demi sorang untuk kenyataan..(masa tu dalam pukul 11.00 pagi dah)...aku masih lepak kat situ la...Then aku dipanggil untuk pengecaman oleh Pegawai Pendakwa tu..untuk cam bahawa aku yang buat laporan Polis pada hari kejadian...lepas tu keluar tunggu luar balik...
Sekali...dalam pukul 11.30 pagi...Pegawai Pendakwa tu keluar kilik fail-fail semua..dia kata peguam budak tu minta tangguh...Chait!!!!Alangkah marahnya aku masa tu...korang tau tak betapa banyak masa aku leburkan kat situ..kalau aku kat opis berapa banyak kerja boleh aku selesaikan!!!
So Pegawai Pendakwa tu kata depa akan hantar balik sepina lain untuk 26/5/2008....tapi sempat la dia sembang dengan aku kejap..dia kata buang masa ja lawyer budak ni..memang sah-sah dia salah dalam kejadian tu..kenapa tak bayar ja kompaun dan selesai saja...
Tu la kan..setengah orang ni dia tak tau..consequences dari satu tindakan yang dia lakukan tu betapa banyak kerugiannya...pagi tadi saja...aku, beberapa pegawai Trafik yang lain...semuanya terpaksa mengorbankan masa kerja kami yang begitu berharga untuk memuaskan hati mak bapak dia ja...ada Trafik tu tadi yang bukan syif dia bertugas...tapi terpaksa pi mahkamah jugak kerana sepina...
www.kiwee.com
Lain kali..dah salah langgar kereta orang..bayar je la saman tu...tak payah susah-susah..nanti kalau kalah bicara..kena bayar gak saman..court's fee lagi...lawyer's fee lagi...hehe...masa tu apa nak dikata...
3 comments:
uiks.. pelik betul bpk budak tuh. dia nak bicara untuk apa? x paham aku. dah terang² anak dia salah nak wat apa lagi? bayar je la 300 tuh, abis citer. ni mesti kena brain wash ngan peguam cekik darah tuh. gini la kehidupan skang, kita lak yang kena tanggung kepayahn dek kerana kebodohsombongan org lain. apa nak dikata uncle..... sabo je la..
Kekeke.. ni la cerita akal melebihi ilmu.. Keep simple things, Simple..
Nak berperang dalam court pulak, dia ingat bole untung ke.. huhu
itula jadinya bila perasaan tamak menguasai fikiran. Terang-terangan dah salah, nak ambil kesempatan untuk dapat untung plak...
Post a Comment