Monday, June 30, 2008

Let's Travel

Saja aku terasa nak bukak satu lagi chapter dalam blog aku malam ni..sebenarnya tak tidur nak tunggu bola, so merapu-rapu la...

Aku nak cerita tentang tempat-tempat menarik di dunia...aku dan isteri sebenarnya suka melancong...cuma dengan masa, anak-anak bersekolah..agak terhad la sikit...

So aku nak start cari beberapa tempat menarik melalui websites dan paparkan kat sini..kalau ada rezeki boleh aku pergi nanti, InsyaAllah...

Kali ni aku nak ceritakan tentang Salzburg, Austria...antara tempat menarik kat sini ialah Schloss Klessheim, atau dalam Englishnya Klessheim Palace (Kalau dalam bahasa diorang dia tulis macam ni Kleßheim)...



Initially, there was only a small court of a regional nobles’ house, the Kleshof. Prince Archbishop Johann Ernst Graf Thun purchased this property in 1690 and ten years later, the builder Fischer von Erlach started to build the pleasure castle “Favorita” in 1700.

When Prince Archbishop Thun died in 1709, the building was almost finished. However, Salzburg’s next Prince Archbishop Anton Franz Harrach stopped the construction to concentrate on the re-modelling of Mirabell Castle.

The Baroque park was altered into an “English Garden” (whatever that means, check it out yourself if in doubt) under the reign of Salzburg’s last Prince Archbishop Hieronymus Colloredo. After Salzburg was secularised, Schloss Kleßheim became property of Archduke Ludwig who got the builder Ferstel to erect the so-called “Winterschloss” or “winter castle”.

However, the best thing about Schloss Kleßheim Palace is the fact that it is owned by the Salzburg Federal Province – which rents it to the state-owned Casino company “Casinos Austria”. If you are older than 18, we recommend a visit in the evenings, to enjoy one of the nicest Casino venues in central Europe – and see some decent Baroque architecture at the same time!

In some of the side-buildings, Salzburg Province runs a tourism school. Schloss Kleßheim Palace was also used for a number of movies, some featuring proper stars such as Jack Lemmon, Toni Curtis and Peter Falk.

- Sumber


Schloss Klessheim ni terletak 4km ke sebelah Barat dari bandar Salzburg. Semasa Perang Dingin, Kerajaan Austria menggunakan Palace ini untuk melayan tetamu antarabangsa dan mengadakan seminar atau perbincangan, tetapi hari ini ia telah digunakan sebagai kasino....rujuk sini dan sini...

Memandangkan ada beberapa sites tersebut dalam Bahasa German (iaitu bahasa yang dituturkan oleh 85% penduduk Austria, kalau anda tak paham, maka gunakan Applied Translator ini ya...maka anda akan kelihatan amat fasih dalam mana-mana Bahasa di dunia ni..hehe..kadang-kadang aku pun buat macam ni jugak..kat sini, sini dan sini...pakai online translator je...hehe...

Ini ialah patung Helang yang diperbuat dari batu kapur yang menyambut setiap pengunjung di pintu masuk Schloss Klessheim...



Teringin nak pergi kan...tengok la nanti kalau ada duit boleh la pergi..kalau takde duit pakai search tengok dalam Internet saja la..dalam internet semuanya ada..maklumat hanya di hujung jari..hehe..Dieser Platz ist sehr schön. Wunsch I konnte dort sein...apa nak dikata...

Sunday, June 29, 2008

Who Will Reign?

Update: Tengok je gambar ni dah boleh tahu siapa menang semalam...syabas Spain...




Original Posting:

Penghujung sudah sampai...perlawanan akhir EURO 2008...








Played 19Played 19
Won 8Won 5
Lost 5Lost 8
Drawn 6Drawn 6
Goals For 26Goals For 21
Goals Conceeded 21Goals Conceeded 26


Siapa bakal menjulang trofi The Henri Delaunay kali ni??

Akan aku update selepas perlawanan awal pagi nanti ya...Pasukan pilihan aku ialah Spain..apa pun this is football..apa nak dikata...

Seludup Diesel : Sampai Bila?

Semakin hari semakin berleluasa...malam semalam tengok news pun ada pikap Thailand yang beli diesel kat Padang Besar, lepas tu siap ada tangki tambahan bawah tu untuk beli banyak...

Semalam pulak ada lagi..kali ni jalan laut pulak..dia nak seludup diesel melalui bot..bertong-tong diesel kena rampas...

Kalau korang semua tinggal di kawasan dekat-dekat dengan aku ni, Perlis atau Kedah, pasti akan terasa semak dengan kewujudan pikap-pikap Thailand masuk ke Malaysia untuk beli petrol atau diesel..maklumlah kat negara diorang mahal...

Tapi yang lebih geram, diorang ni bila dah masuk negara kita, cara pemanduan tu bukannya nak menghormati undang-undang kita sangat..keluar masuk simpang ikut suka saja...aku selalu drive sambil maki2 diorang kalau kena kat aku...

Persoalannya, kenapa Kerajaan kita mudah dan lembut sangat bagi orang luar beli petrol dan diesel yang disubsidikan untuk rakyat Malaysia???

Kata nak buat dua pam, bila tu?Elok la cepatkan sikit..aku nak sangat tengok diorang terpaksa beli dengan harga yang sama dengan negara diorang...

Kalau nak tengok gelagat kereta-kereta Thailand ni beli petrol/diesel kat sempadan..datang la berkunjung ke Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam...anda pasti muak tengok...apa nak dikata...

Saturday, June 28, 2008

Please Forgive Me...

Baru balik dari bawak family ke The Carnivall, Sungai Petani...belum larat untuk upload gambar..maybe esok akan bantu Adam dan Rayyan update kat blog masing-masing...

Yang paling penting...it was proven today that I am a lousy and clumsy husband...why??Gambar-gambar hari ni ada yang wife aku ambik guna kamera, ada yang aku ambik menggunakan fon aku...

Tapi aku tak ambik gambar isteri aku kat sana walau sekeping pun!!!!!Sedangkan dia ambik gambar aku punya la banyak..so my wife spent 6 jam kat The Carnivall tanpa sekeping gambar pun...teruk kan aku ni...

So kepada isteriku tersayang..I mintak maaf sangat...it was really my fault...sorry ya baby...

Korang tak yah komen pun tak pa..aku tahu betapa teruknya aku...apa nak dikata...

Friday, June 27, 2008

Be Brave

Aku dah dapat T-Shirt baru aku dari sahabatku Kadiology di KMU...korang tengok...ok tak?hehehe...



Be Brave
"We should not fear the leaders. We must love our country & be brave to reject those who brought the disaster to the country"
Speak Out
Dr Mahathir Mohamad



Ada yang nak order?Aku boleh tolong bagitau kat Bro Kadiology di KMU kalau sesapa nak...RM40 sahaja harganya, termasuk penghantaran di dalam Malaysia...

Nanti aku nak jalan-jalan Kangar dan Perlis memperagakan T-Shirt ni..err..agak-agak Polis akan tahan tak kalau aku pakai baju ni?Hehehe...apa nak dikata...

Salute Spain...

Memang hebat..dahsyat...aku tabik dan ucap tahniah pada pasukan Spain...

Russia sampai langsung tak dapat nak buat apa-apa sangat..semuanya berlaku dalam separuh masa kedua dan di'engineer'kan oleh Cesc Fabregas..(Gunner tu!!!!)...



Walaupun aku cuba untuk menyokong Russia semalam..aku tak dapat halang diri aku dari menjerit bila Spain scored..hehe...That's what a football lovers do..right..??





So final is Germany lawan Spain...waa...best best...tadi ada member sms tanya nak sokong siapa dalam final...aku jawab main-main je...pasal pada aku nak sokong ni bukan hanya kerana pasukan tu masuk final baru kita sokong...macam aku sokong France..walau dia kalah pun aku tak kisah la kan...

Untuk final dan jugak perlawanan lain-lain dalam mana-mana jugak kejohanan..andai pasukan favourite aku tak main..aku tetap akan menonton..tetapi kerana keseronokan dan enjoyment yang aku dapat masa tengok bola tu..bukan kerana nak sokong sapa-sapa...especially final Euro ni..football at their level akan pasti menyajikan sesuatu yang amat berharga buat peminat bolasepak...it's in the game (bak kata EA Sports yang buat games tu...)

Jadi sama-sama kita tunggu final 29 Jun ni ya...jangan ada gangguan siaran macam malam semalam dah la..apa nak dikata...

Thursday, June 26, 2008

Happy Birthday Adam dan Abah..

Today we celebrate a double birthday...my father and my first son, Adam....



Buat Abah..Happy 71st Birthday...tak sempat nak balik dan celebrate lagi since masih hari bekerja dan anak-anak sekolah...we will be there later Abah...

As for Adam...macam biasa..balik sekolah ada acara meniup lilin dan memotong kek...no present this year pasal Sabtu ni mereka dua beradik akan dibawa ke The Carnivall Theme Park kat Sungai Petani..sebagai meraikan birthday Adam hari ni dan kejayaan mendapat tempat ketiga dalam peperiksaan...





So Happy Birthday Adam...semoga terus menjadi anak yang baik dan berjaya dalam segala yang diceburi...

A Defeat With Dignity

Agak mengecewakan tengok Turki gagal melangkah ke perlawanan akhir Euro 2008 semalam...namun pada aku kekalahan Turki itu ibarat satu kemenangan jugak..pasal diorang bukan kalah macam team kebangsaan Malaysia kalah kepada Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, Laos ....dan sapa lagi ye...hehe...

Tapi Turki semalam berjaya memberikan tekanan kepada Germany...dalam keadaan kekurangan pemain akibat kecederaan (Nihat Kahveci dan beberapa lagi) serta penggantungan akibat kad kuning (Emre Asik, Tuncay, Arda Thuran)...still Turki berjaya menggegarkan palang gol Germany seawal minit ke 12...first half dikuasai oleh diorang..dengan gol pertama oleh Boral...

Tapi inilah bola sepak kan...dah betul punya hebat..gol Philip Lahm minit ke 90 menghancurkan harapan Turki...dah nak abis time pulak tu..nak kata apa...



Dalam pada semua orang dok kalut nak tengok...masa tu la pulak electricity kat Stadium St jakob tu terganggu..tu pasal la takde siaran selama beberapa lama pulak...rugi pakat-pakat tak dapat tengok gol Klose minit ke 79 dan gol Senturk minit ke 86...





Masa kelam kabut takde siaran tu aku pun teringat nak on laptop dan tengok MatchCentre melalui Euro 2008 Website..dapat la tahu kata gol oleh kedua-dua pemain tu...



Apa pun pada aku Turki kalah dengan penuh kebanggaan...penuh harga diri...betul-betul dikatakan takde luck untuk ke final...semangat pemain Turki sangat tinggi..diorang kat tangga ke20 FIFA..Germany pulak tangga ke5...jauh jurang tu...tengok la statistik..



Malam ni pulak Russia akan lawan Spain..aku agak akan hebat game tu jugak macam semalam...pilihan aku malam ni ialah Russia..hehe...tapi tak tau la kan..this is football...apa nak dikata...

Wednesday, June 25, 2008

RM1.5M Each..???!!!

Betul ka ex-gratia untuk bekas-bekas Hakim yang dipecat (yang diketuai oleh Tun Saleh Abbas adalah sebanyak RM1.5 juta setiap seorang???

Baca kat sini...

Semua ada 6 orang... 1.5 juta x 6 = 9 juta...huhuhu...

Dalam keadaan ekonomi yang meruncing ni..duit sapa yang digunakan untuk bayar kat diorang???Tax payer's money ka??

Kalau guna jumlah tu untuk program Bersamamu TV3 tu...rasanya mau habis separuh Malaysia punya keluarga miskin tu...tah lah...apa nak dikata...

Tuesday, June 24, 2008

Koleksi Posting Pendek lll

1. Congratulations My Boys...

Tahniah buat anak-anak Baba, Adam dan Rayyan kerana mendapat nombor 3 dalam kelas masing-masing...maybe next exam akan lebih baik ya..



Thanks a lot to my beloved wife yang sentiasa bantu anak-anak dalam pelajaran...Love you dear...


2. Buat Kerja

Ni ada satu banner tergantung kat Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis...aku lalu kat situ dua hari lepas dan sempat ambik gambar ni masa traffic light merah...



Menarik kan pesanan dia....ringkas dan padat..takde ayat meleret-leret Kerja Bersama Saya ke hape ke...retorik je lebih...asyik tidur je...


3. Be Humble; You Lose Nothing

Ini satu konsep kerja dan sosial yang aku amalkan sejak dulu..merendah diri atau humble...dengan mana-mana pihak sekalipun aku berurusan atau berjumpa..baik kerana kerja atau kehidupan biasa...aku akan merendah diri...kerana kita tak betul-betul kenal sesorang tu dari segi kehebatannya..maybe dia seorang yang bertaraf atasan...atau saudara-maranya bertaraf atasan, tetapi kita dah awal-awal mendabik dada menunjuk hebat...maka morally kita dah kalah...

Tetapi andainya kita memang lebih tinggi taraf pekerjaan, pendidikan mahupun di tangga masyarakat tetapi kita humble..maka morally kita akan dipandang mulia kerana tidak sombong dan bongkak diri...

First impression yang orang letakkan pada diri kita adalah penting...sekali dia kata kita menyombong...selamanya kita menyombong di matanya...sekali kita baik hati, selamanya kita akan dicop sebagai baik hati...

So...ko dah kata macam tu kat aku..then ko expect aku nak bantu selesaikan masalah ko ke...no way jose...


4. Pejabatku...

Tobat aku tak nak pergi lagi pejabat aku tu waktu dekat-dekat nak Maghrib!!!!Aku pun bukan pernah pergi waktu tu..cuma kemarin tu ada satu dokumen yang aku tertinggal dan aku nak serahkan waktu malamnya...so aku pegi la ambik...

Apa yang aku jumpa???Tah la..biar la aku simpan dalam kamus ketakutan aku saja...siot...


5. Usul Bantah ke Usul Sokong???

Mana usul undi tak percaya???Ni yang aku marah ni..cakap berdegar-degar..tiba-tiba yang ada usul menyokong kenaikan harga minyak...

Ni apa punya cakap ni???Atau bila BPR tiba-tiba menyiasat Presiden SAPP maka semua pihak yang nak melawan jadi takut...maklumlah..kang tak pasal-pasal kena siasat dengan BPR setelah melawan..tak lawan tak apa...eiiii...geramnya aku...

....apa nak dikata...

Monday, June 23, 2008

It's Kind'a Deja-Vu..Right Azzuri?

Hahahaha...baru korang tahu betapa kalah pada Piala Dunia dengan sepakan penalti..hehehe..rasa bengang tak???

Puas hati aku (mewakili France la kiranya nih..hehe)...bila melihat Casillas menyelamatkan sepakan penalti oleh De Rossi...hahaha..dia ni la score masa peringkat kumpulan untuk menyingkirkan France...so sepakan dia kena save...sungguh ironik!!!Selain sepakan tu..sepakan Di Natale jugak Casillas save...





Manakala sepakan penalti yang membawa kemenangan kepada Spain pulak disumbangkan oleh..jeng jeng...Cesc Fabregas..midfielder Arsenal la....ishhh...ironik lagi...Walaupun Buffon berjaya save sepakan Daniel Guiza..tapi tu tak cukup la...





So dalam semi-final EURO 2008 ni ada pemain Gunners..ada Liverpool..ada Chelsea...errr...ada Red Devils???Hehehehe...jangan marah yaaa...

Friday, June 20, 2008

3D Goggles and Stupid ASsTRO...

Esok 21 Jun kat Disney Channel akan ada Konsert Miley Cyrus (Hannah Montana) secara 3D..anak-anak aku memang dah lama tunggu...masalahnya nak dapatkan 3D goggles tu hanya melalui MPH ataupun EZY Video Stores...

EZY tu memang la tak dak dekat-dekat sini...MPH pulak yang terdekat sekali adalah Sungai Petani...Hari tu masa balik Butterworth aku agak tergesa-gesa..so tak sempat la nak beli benda alah tu...

Sejak semalam aku dok teringat nak cari goggles tu..pasal anak-anak aku memang minat sangat Miley Cyrus...dan diorang dah lama sebut nak tengok 3D Konsert tu...so aku pun melilau cari..mana nak ada kat Kangar ni...

Lepas tu pagi tadi aku bukak laman web Disney Channel Asia..ada info kat dalam tu bagitau selain dari MPH dan EZY...aku boleh dapatkan goggles tu dari Astro Customer Service Centre...



Wah...ini sudah bagus pasal bila aku cek dalam web Astro..ada satu centre kat Alor Star..cuma dalam 45 minit drive saja dari Kangar ni...tapi tak ada nombor telefon la pulak dalam website tu...



So aku call la Astro punya Toll-Free tu...nak mintak nombor yang Alor Star...Punya menyakitkan hati...dah la dalam 7 minit aku kena tunggu...bila dah dapat bercakap..si Mamat ni boelh tak tahu pasal 3D Goggles untuk Konsert tu...siap dia ingat aku nak masuk contest apa tah...Lepas tu dia put aku on hold punya la lama...then dia come out dengan solution "Encik kena dapatkan dari MPH atau EZY.."...mangkuk!!!

Aku cakap kat dia..dalam Disneychannel Asia kata boleh dapatkan dari Astro Customer Service Centre..so saya cuma nak dapatkan nombor telefon diorang..pasal kang nanti dah drive 45 minit tiba-tiba tak dak stok ka hapa ka...minyak dah la mahal sekarang ni....so dia pun put aku on hold lagi...hawau!!!

Then dia kata...mintak maaf encik..kena call KL HQ la..dia pun bagi nombor HQ dan aku call sana....aku ceritakan pada Minah yang jawab fon tu...Minah tu suruh aku call Toll-Free yang tadi!!!Aku kata..aku dah call la tadi tu...dan aku huraikan apa yang aku dapat tadi...

Then dengan nada bengang yang amat aku kata..."Tak de fon line ke kat Alor Star's office tu?"...budak tu boleh jawab.."Takde.."..aik..aku tanya macam mana HQ berhubung dengan diorang...dia kata.."Kitorang e-mail je encik.."...Looooooorrrrhhhh....bodohnya ASsTRO ni...kalau e-mail kat mana-mana pun boleh...alangkah senangnya kalau kerja kat Astro Customer Service Center...ko duduk kat rumah pun boleh pasal boss hanya akan emai ja...kat rumah pun boleh access!!!

So...

Aku dan wife pun ambil langkah drastik...aku cari kat internet macam mana nak buat 3D Goggles..dah dapat aku terus pegi dengan wife aku beli barang-barang dia...so inilah hasilnya...DIY 3D Goggles....bentuknya tak la komersil..tapi proven and tested dah tadi kat internet...canteeekkk!!!!



>

Tapi memang teruk la Customer Service ASsTRO ni...kalau bab baru nak langgan atau upgrade package..memang cepat diorang kerja...bab lain...hampeh!!!...apa nak dikata...

Glückwünsche Deutschland ; Adeus Portugal

Yessssssssssssssssssssssssss!!!!!

Portugal gagal ke separuh akhir!! Germany berjaya kalahkan Portugal dengan 3-2...


Gol pertama Germany oleh Bastian Schweinsteiger minit ke22


Gol kedua Germany oleh Miroslav Klose minit ke26


Gol Portugal oleh Nuno Gomez minit ke40


Gol ketiga Germany oleh Michael Ballack minit ke61


Gol Portugal oleh Helder Postiga minit ke87


Wajah Sugul






Jangan marah aaa....hehe..apa nak dikata...