Thursday, June 5, 2008

Pelbagai Tension!!!!

Aku tensen gila dah dua hari ni....

1. IE versus Mozilla

Oleh kerana selama hari ni aku dok guna Internet Explorer 7..maka aku teruja untuk mendownload Internet Explorer 8.0 ....ditambah pulak aku dah teruja dengan penggunaan Yahoo Messenger 9.0,maka aku terus install IE 8.0....tiba2 ada beberapa website yang tak boleh dibukak dengan sempurna...antaranya Blogger la!!!!

Aku tak boleh nak update blog aku...puas aku cuba untuk uninstall IE 8 dan install semula IE 7...tapi tak boleh la pulak...

Maka petang ni aku nekad, aku install Mozilla Firefox yang dah lama aku download tapi tak install...dan berjaya...pening betul la...

2. Ha**m Ja**h !!!!!

Petrol naikk!!!!
78 sen...menjadi RM 2.70

Yang lebih aku geram...selalunya di Perlis ni dia akan lebih satu sen dari negeri lain..aku pun tak tau kenapa...dulu masa negeri lain RM1.92..Perlis RM1.93...
Tapi kali ni nasib baik Perlis lebih sikit saja .... RM2.704...



Tadi aku isi RM 60.00 ....dapat 22.19 liter ja...hehe..





3. Asthma

Semalam anak aku yang kedua, Rayyan dengan rasminya mendaftarkan diri sebagai pesakit asthma yang keempat dalam keluarga kami...kami pun 4 beranak saja...hehe...

Start dari pagi dia asyik batuk-batuk...then bila petang dia makin teruk disertai bunyi dari pernafasan dia...so malam kami bawak dia ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar...depa bagi dia double dose nebulizer...doktor kata teruk jugak penat dia...



So another patients of asthma in HTF...Terima kasih kerana kekal kan subsidi perubatan ya Pak Lah!!!!

No comments: