Friday, June 20, 2008

3D Goggles and Stupid ASsTRO...

Esok 21 Jun kat Disney Channel akan ada Konsert Miley Cyrus (Hannah Montana) secara 3D..anak-anak aku memang dah lama tunggu...masalahnya nak dapatkan 3D goggles tu hanya melalui MPH ataupun EZY Video Stores...

EZY tu memang la tak dak dekat-dekat sini...MPH pulak yang terdekat sekali adalah Sungai Petani...Hari tu masa balik Butterworth aku agak tergesa-gesa..so tak sempat la nak beli benda alah tu...

Sejak semalam aku dok teringat nak cari goggles tu..pasal anak-anak aku memang minat sangat Miley Cyrus...dan diorang dah lama sebut nak tengok 3D Konsert tu...so aku pun melilau cari..mana nak ada kat Kangar ni...

Lepas tu pagi tadi aku bukak laman web Disney Channel Asia..ada info kat dalam tu bagitau selain dari MPH dan EZY...aku boleh dapatkan goggles tu dari Astro Customer Service Centre...



Wah...ini sudah bagus pasal bila aku cek dalam web Astro..ada satu centre kat Alor Star..cuma dalam 45 minit drive saja dari Kangar ni...tapi tak ada nombor telefon la pulak dalam website tu...



So aku call la Astro punya Toll-Free tu...nak mintak nombor yang Alor Star...Punya menyakitkan hati...dah la dalam 7 minit aku kena tunggu...bila dah dapat bercakap..si Mamat ni boelh tak tahu pasal 3D Goggles untuk Konsert tu...siap dia ingat aku nak masuk contest apa tah...Lepas tu dia put aku on hold punya la lama...then dia come out dengan solution "Encik kena dapatkan dari MPH atau EZY.."...mangkuk!!!

Aku cakap kat dia..dalam Disneychannel Asia kata boleh dapatkan dari Astro Customer Service Centre..so saya cuma nak dapatkan nombor telefon diorang..pasal kang nanti dah drive 45 minit tiba-tiba tak dak stok ka hapa ka...minyak dah la mahal sekarang ni....so dia pun put aku on hold lagi...hawau!!!

Then dia kata...mintak maaf encik..kena call KL HQ la..dia pun bagi nombor HQ dan aku call sana....aku ceritakan pada Minah yang jawab fon tu...Minah tu suruh aku call Toll-Free yang tadi!!!Aku kata..aku dah call la tadi tu...dan aku huraikan apa yang aku dapat tadi...

Then dengan nada bengang yang amat aku kata..."Tak de fon line ke kat Alor Star's office tu?"...budak tu boleh jawab.."Takde.."..aik..aku tanya macam mana HQ berhubung dengan diorang...dia kata.."Kitorang e-mail je encik.."...Looooooorrrrhhhh....bodohnya ASsTRO ni...kalau e-mail kat mana-mana pun boleh...alangkah senangnya kalau kerja kat Astro Customer Service Center...ko duduk kat rumah pun boleh pasal boss hanya akan emai ja...kat rumah pun boleh access!!!

So...

Aku dan wife pun ambil langkah drastik...aku cari kat internet macam mana nak buat 3D Goggles..dah dapat aku terus pegi dengan wife aku beli barang-barang dia...so inilah hasilnya...DIY 3D Goggles....bentuknya tak la komersil..tapi proven and tested dah tadi kat internet...canteeekkk!!!!



>

Tapi memang teruk la Customer Service ASsTRO ni...kalau bab baru nak langgan atau upgrade package..memang cepat diorang kerja...bab lain...hampeh!!!...apa nak dikata...

9 comments:

Rifaie said...

hahhahaha....
mmg kretip btol uncle ngan wife ek..
btol2 jadik.. salute r..

-asstro tu mmg hampeh, siaran pon skrg ni selalu je ade problem..

Suria said...

wahhh..unkel..tu jari jemari isterimu ke..halus runcing je ek..mcm french fries....ekekkek..

SYARIENARIFEN said...

UNKEL...NAK 1 LEH TAK?
HEEEE....

Little Bookworm said...

hehe...not bad la pak ndak n mak ndak! n i agree with mak ndak...ur fingers sgt cantik! :-P btw...seriously tak sangka holland pun boleh kalah dgn russia. huhu. tak sabar tgk spain ngn italy tonite ;-)

Azhar Abdullah said...

Sakinah,welcome to blogosphere..nak tinggal komen kat your blog tapi takde ruangan komen la...
Still remember those Spelling Bee day kat Loughborough...kat Ladybird tu kan...
Eh..I don't know you into football...Yusraa ya la betul...Russian tu semua kena radioaktif Chernobyl dulu tu yang terer..hehe...

Little Bookworm said...

hehe...thank u. kak long baru nak b'jinak2 dgn blog...byk lg benda yg tak cukup kt blog tu. pak ndak rajin2 la bg pointers eh...adam n rayyan pn ntah2 lg terer. hehe! ohh, pak ndak smpat tgk ek my spelling bee tu??? yup, we were just talking about that jgk, coz yusraa baru2 ni wakil skolah dia masuk spelling bee. dptla num.2 :-P kak long, yusraa n ayah yg really into football. mayah sket2 je...aishah tgk bola, tp mls nak comment. hehe. too bad england tak dpt masuk euro. tp kalau masuk pn, mst dh kalah awl2 lg. huhu. miz u guys anyway!

Azhar Abdullah said...

Kak Long...email Pak Ndak at anytime..atau YM (azhar.shafie)...atau pakai Plugoo yang kat tepi Blog Pak Ndak ni saja...

England tu baik sikit dari Liga M je..hehe...Yusraa suka sgt Gerrard..Kak Long pun ka?

Little Bookworm said...

hehe...dah berjaya show d comments. thanx so much pak ndak!! :-D ok...pape lg kak long tny ek. hehe. erm...tak minat la liga M. dhla duk ada rasuah la apa ntah hari tu...jd lg tak minat. tak sangka ada footballers yg play for money! huh. ee...kak long tak minat gerrard!! i like ballack actually. ever since world cup 2006. sokong chelsea pn sbb dia je. hehe.

LaiNi said...

la.. kat umah ada 3 uncle... husband amek kat klcc ari tuh.. tapi x sempat nak guna pun. bila dan jam brapa kat disney tuh?