Tuesday, June 24, 2008

Koleksi Posting Pendek lll

1. Congratulations My Boys...

Tahniah buat anak-anak Baba, Adam dan Rayyan kerana mendapat nombor 3 dalam kelas masing-masing...maybe next exam akan lebih baik ya..



Thanks a lot to my beloved wife yang sentiasa bantu anak-anak dalam pelajaran...Love you dear...


2. Buat Kerja

Ni ada satu banner tergantung kat Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis...aku lalu kat situ dua hari lepas dan sempat ambik gambar ni masa traffic light merah...



Menarik kan pesanan dia....ringkas dan padat..takde ayat meleret-leret Kerja Bersama Saya ke hape ke...retorik je lebih...asyik tidur je...


3. Be Humble; You Lose Nothing

Ini satu konsep kerja dan sosial yang aku amalkan sejak dulu..merendah diri atau humble...dengan mana-mana pihak sekalipun aku berurusan atau berjumpa..baik kerana kerja atau kehidupan biasa...aku akan merendah diri...kerana kita tak betul-betul kenal sesorang tu dari segi kehebatannya..maybe dia seorang yang bertaraf atasan...atau saudara-maranya bertaraf atasan, tetapi kita dah awal-awal mendabik dada menunjuk hebat...maka morally kita dah kalah...

Tetapi andainya kita memang lebih tinggi taraf pekerjaan, pendidikan mahupun di tangga masyarakat tetapi kita humble..maka morally kita akan dipandang mulia kerana tidak sombong dan bongkak diri...

First impression yang orang letakkan pada diri kita adalah penting...sekali dia kata kita menyombong...selamanya kita menyombong di matanya...sekali kita baik hati, selamanya kita akan dicop sebagai baik hati...

So...ko dah kata macam tu kat aku..then ko expect aku nak bantu selesaikan masalah ko ke...no way jose...


4. Pejabatku...

Tobat aku tak nak pergi lagi pejabat aku tu waktu dekat-dekat nak Maghrib!!!!Aku pun bukan pernah pergi waktu tu..cuma kemarin tu ada satu dokumen yang aku tertinggal dan aku nak serahkan waktu malamnya...so aku pegi la ambik...

Apa yang aku jumpa???Tah la..biar la aku simpan dalam kamus ketakutan aku saja...siot...


5. Usul Bantah ke Usul Sokong???

Mana usul undi tak percaya???Ni yang aku marah ni..cakap berdegar-degar..tiba-tiba yang ada usul menyokong kenaikan harga minyak...

Ni apa punya cakap ni???Atau bila BPR tiba-tiba menyiasat Presiden SAPP maka semua pihak yang nak melawan jadi takut...maklumlah..kang tak pasal-pasal kena siasat dengan BPR setelah melawan..tak lawan tak apa...eiiii...geramnya aku...

....apa nak dikata...

5 comments:

Little Bookworm said...

Wow, congrats to Adam and Rayyan! And congrats to their parents jgk...lps ni tak payah susah2 hantar dorg gi tuisyen. hehe.

Hmm....apa yg pak ndak nmpak kt office?? hantu ke?? huhu..

Unknown said...

Thanks Kak Long..still kena tusyen..kat rumah cuma support..

Nak kata hantu ke apa ka tah..tak mau cerita dah..tak mau ingat!!!hehe...

FareeNi said...

citer la.. nak baca... jarang² dapat baca pengalaman dari org dikenali.. ehehe..

Unknown said...

ok la...cerita sikit..macam ni..
My office skrg ni adalah satu unit kuarters kerajaan yang telah diubahsuai menjadi pejabat..ruang dia memang agak smart la..dengan kawasan luar yg luas dan ada pokok besar..ala-ala bungalow kat Cameron Highlands la sikit...hehe...

Maghrib tu aku pegi nak ambik satu dokumen penting atas meja aku...jarak bilik aku dari main entrance dalam 10 meter gak la..

Bukak je pintu utama, aku terus bagi salam..hehe..then masuk kebilik aku terus, amik dokumen, terus nak keluar..elok aku matikan suis lampu tepi main entrance je..ada suara lelaki tegur aku dari luar..sial...terkejut aku memang gila masa tu..dari masuk je dah meremang..lelaki tu datang dgn bini dia naik kancil putih..dia kata diaorang dulu duduk rumah tu masa kuarters kerajaan..saja lalu nak singgah..

So dia mintak nak jenguk2 dalam tu..aku pun bukak balik lampu, diorang masuk..lps tu bini dia tanya..takde gangguan apa2 ke kat sini..aku kata siang2 Alhamdulillah la...dia kata lepas diorang keluar dari situ dulu, orang yg duduk kat situ selalu mengadu kena kacau...pompuan tu siap tunjuk kat mana bini penginap tu kena kacau, siap dia bukak bilik aku dan kata tu bilik anak orang tu dulu menginap dan anak dia kena kacau kat situ...sial la..meremang nih...

then lepas tu dia nak balik..aku pun tak mau lama..dah nak gelap kan...terus aku salam dgn dia dan kami berpisah..dalam keadaan aku yang meremang sangat2...

sampai rumah je aku memang tak pernah rasa mcm tu...aku rasa lain mcm betul..wife aku plak tgh pregnant, so naluri dia lebih la...Alhamdulillah lepas kami solat Maghrib dan baca doa2...hilang perasaan tadi tu...

Wife aku tanya...betul ke orang yg datang jumpa you tu?Aaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Little Bookworm said...

oh my god!!! scary gile!! kak long baca pun meremang!! emm...i was wondering the same thing. betul ke org yg dtg tu??? question mark...

kesimpulan: try jgn pi blk office time mlm. at least bwk mak ndak ke sape2. huhu.